Sunday, July 25, 2010

PAS

Daripada www.pisau.net

(Pengakuan seorang bekas penyokong kuat PAS yang kini sudah insaf dan bertaubat. Sumber: En Aman B Daud)

Saya pun pada asalnya adalah penyokong kuat PAS, Alhamdulilalah apabila saya membaca beberapa tulisan daripada bekas aktivis PAS seperti Ustaz Omar Khalid, Dato’ Nakhae, Ustaz Mustafa Taib, Haji Ghazali bekas Ketua Ulama PAS Terengganu, Profesor Hj Noor Idris, dan lain-lain lagi menyebabkan saya menginsafi keadaan. Di sini saya petik dari buku“Parti Islam antara Realiti dan Fantasi”:


Parti Islam antara Realiti dan Fantasi Pt1.

Kaya Sebelum Berjuang & Miskin Selepas Berjuang

Kita dapati sesetengah pemimpin Parti Allah yang lampau merupakan individu yang kaya sebelum menyertai Parti Allah, tetapi setelah berjuang bersama Parti Allah mereka menjadi miskin.

Ini menepati sejarah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat seperti saidina Abu-Bakar saidina Othman, saidina Ab.Rahman bin ‘Auf dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin tersebut sebelum menyertai Parti Allah mereka terdiri daripada tokoh-tokoh korporat dan para saudagar.

Tetapi setelah berjuang dalam Parti Allah mereka telah mengorbankan harta ke jalan Allah sehingga mereka menjadi miskin.

Parti Allah dinaungi oleh masyarakat sejagat. Puncanya ialah kerana perjuangan mereka membawa mesej sejagat. Sebab itu ia mampu mengembangkan Islam ke serata dunia, kadang-kadang tidak perlu melalui peperangan dan penaklukan fizikal.

Caranya ialah dengan menyebar dan menyatukan hati-hati insan dengan fitrah (tabiat semulajadi) kasih sayang sejagat dan juga aktiviti-aktiviti bercorak kebendaan dan kebenaran yang diperlukan oleh masyarakat serta sesuai dengan semua fitrah manusia.

Kekuatan Parti Allah tidak terletak kepada kekuatan kebendaan semata-mata, tetapi kepada kekuatan takwa. Oleh itu penekanan asas dalam pendidikan pendukungnya ialah iman dan takwa, ukhwah dan kasih sayang, pengorbabanan, syura dan takut kepada neraka.

Parti PAS

Di Malaysia, jamaah PAS telah menamakan partinya sebagai Parti Islam. Namun dari segi nama memang parti Pas bernama Parti Islam, tetapi ciri-ciri yang sepatutnya terdapat pada sesebuah Parti Islam yang sebenar itu tidak ada pada parti PAS, sebab itu ia tidak layak dianggap dianggap sebagai Parti Islam yang hakiki.

Sesungguhnya dasar, teknik, kaedah, sifat, pendekatan, matlamat dan lain-lainnya, terlalu berbeza jikalau dibandingkan dengan Parti Allah yang sebenar pada zaman dulu dengan parti politik PAS sekarang.

Parti Islam bukan terletak kepada nama semata-mata, bahkan turut tertakluk kepada ciri-cirinya. Kalau namanya sahaja Islam sedangkan dasar, uslub, teknik dan pendekatan perjuangannya tidak Islamik, maka ia bukan Parti Islam.

Oleh itu kita jangan mudah keliru dengan label Islam yang dipakai, sebaliknya lihatlah pada dasar, amalan dan praktikal harian pemimpin serta anggota-anggota parti berkenaan.

Sejak akhir-akhir ini PAS berani mendakwa yang ia adalah Parti Islam tulen. Golongan yang berani mendakwa sedemikian ialah terdiri daripada para ulama’ dan pemimpin PAS kini. Pada peringkat awal penubuhan PAS dulu, mereka hanya mengatakan bahawa Parti PAS adalah parti orang-orang Islam sahaja (Persatuan Islam), padahal minda dan syakhsiah (jatidiri) peribadi pemimpin-pemimpin PAS serta ahli-ahlinya yang pertama dulu adalah lebih baik jikalau dibandingkan dengan akhlak dan budi bicara pemimpin dan penyokong PAS sekarang.

Memang semua orang berhak mendabik dada mengatakan partinya benar dan mengikut Rasulullah. Tetapi kebenaran adalah milik Allah, pengukur yang sebenar ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Bertolak dari sini marilah sama-sama kita mengkaji tentang kenapakah parti PAS ditubuhkan? Selepas itu kita mengkaji pula cara-cara perjalanannya, adakah ia sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya?

Sesungguhnya penubuhan Parti PAS tidak lebih daripada sebuah organisasi serpihan UMNO. Ia sekadar merupakan sebuah organisasi segelintir bangsa Melayu yang kecewa dengan organisasi bangsa Melayu yang lain.

Apa yang jelas ialah, organisasi parti PAS telah menerima perjuangan berdasarkan sistem demokrasi. Tindak-tanduknya juga jauh menyimpang daripada menghayati dan mencontohi sirah Rasulullah atau mengikut ijma’ fi’li (perbuatan para sahabat Nabi s.a.w..).

Untuk itu marilah kita bersama-sama mengkaji satu persatu secara ilmiah demi menentukan adakah Parti PAS benar-benar berjuang mengikut landasan dan menepati ciri-ciri Jemaah Islam tulen.

Parti Islam antara Realiti dan Fantasi Pt 2

Mengenal Parti PAS

Perjuangan parti PAS bukanlah untuk membentuk peribadi dan rumah tangga Muslim. Bahkan sasaran pemimpin PAS yang utama adalah untuk mengislamkan pentadbiran negara, melaksanakan hukum hudud dan takzir, yakni hukuman yang ada hubungan dengan negara semata-mata, pada hal Islam bermula daripada peribadi Muslim dan rumah tangga Muslim barulah negara Islam.

Pernah gendang “hukum hudud” dicanang habis-habisan sehingga mereka terlupa kepada soal-soal ibadah pemimpin dan ahli-ahlinya, kerohanian, akhlak, khidmat masyarakat dan kasih sayang sesama mereka dan juga sesama golongan Islam yang lain.

Mereka lupa kepada akhlak pemimpinnya yang suka memaki dan menghina orang lain, menuduh golongan yang tidak menyokong jemaah politik mereka sebagai kafir. Taghut dan menentang Islam.

Mereka sengaja melupakan ayat-ayat Allah yang telah menggaris lebih awal lagi; bahawa orang Islam tidak boleh menghina kumpulan atau individu lain, kerana mungkin kumpulan mereka lebih baik.

Mereka juga lupa kepada arahan Allah agar jangan memaki hamun walaupun kepada berhala yang disembah oleh orang-orang yang bukan Islam demi menjaga akhlak dan tutur kata penganut Islam dan juga hikmat-hikmat lain.

Jikalau kepada berhala yang jelas batil itu pun Allah melarang menggunakan perkataan yang tidak sopan terhadapnya, maka adakah boleh kita memaki hamun kepada sesama manusia, lebih-lebih lagi kepada manusia yang sama-sama berkiblat ke Kaabah serupa apa yang dilakukan oleh para pemimpin PAS?

Fatwa daripada pemimpin PAS

Sekiranya berlaku sesuatu isu yang tidak secocok dengan perasaan pemimpin PAS atau boleh menggugat parti mereka, maka fatwa atau hukum-hakam pun dilahirkan walaupun tidak mempunyai hujah atau nas yang qatee(tepat).

Dalam kontek ini kita dapati timbulnya fatwa yang berbeza-beza antara seorang pemimpin dengan pemimpin PAS yang lain. Yang malang lagi, kadang-kala fatwa itu berbentuk aqidah seperti kafir-mengkafir dan murtad walaupun terhadap ahli kiblat yang sama. Mana-mana individu atau jemaah lain yang menolak parti PAS sudah pasti mereka dicap sebagai kafir.

Padahal Saidina Husin bin Ali bukan setakat menentang biasa terhadap kerajaan Yazid bin Muawiah, bahkan beliau mengumpul bala tentera bagi memerangi kerajaan Yazid yang pada akhirnya Saidina Husin gugur dan menerima kekalahan teruk di tangan Yazid. Kenapakah PAS tidak menghukum kafir kepada Saidina Husin, sedangkan kerajaan Yazid yang dilawan oleh Saidina Husin adalah kerajaan Islam tetapi agak menyeleweng?

Kutipan Derma

Sebagaimana yang termaklum dalam PAS kutipan derma adalah dikira amalah biasa, penyokong-penyokong PAS sangat gemar menghulurkannya. Sifat seperti ini hampir-hampir sama pada zaman Rasulullah s.a.w. tetapi apa yang mendukacitakan derma-derma tersebut betulkah dipergunakan mengikut apa yang sepatutnya?

Sebagai contoh, di sini saya nyatakan antara derma-derma yang dipungut dan boleh dicurigai pelaksanaannya.

Contoh (1)

Derma jihad dalam Ijtimak(perhimpunan) PAS di Kok Lanas yang berpuluh-puluh ribu ringgit itu, dimanakah wang derma jihad PAS yang dipungut begitu banyak? Adakah dibentang penyatanya? Jawabnya tidak!

Contoh (2)

Wang Derma Pilihanraya Kecil Grik, saya telah melihat dengan mata saya sendiri bahawa orang yang diamanahkan untuk menyerah wang tersebut telah mempergunakan wang derma tersebut bagi membayar hutang peribadinya sendiri. Saya telah menanya beliau pada waktu itu, kenapakah dipergunakan wang derma daripada orang ramai untuk membayar hutang peribadi? Lantas beliau menjawab: “Apa salahnya! Saya sekarang adalah PAS, PAS adalah saya, tidak salah dipergunakan untuk saya kerana saya adalah PAS”.

Contoh (3)

Setahu saya lebih kurang 10 hari sebelum tahanan ISA (Operasi Lalang) PAS dibebaskan daripada Kem Tahanan Kemunting, satu kutipan derma secara besar-besaran dianjurkan di Dewan Zulkifli bangunan PAS Kota Bharu Kelantan, apa yang saya tahu wang yang berpuluh-puluh ribu itu tidak diberi kepada yang berhak menerimanya termasuklah saya. Sehingga sekarang derma khas tersebut tidak dapat saya dan tahanan-tahanan ISA lain menerimanya.

Contoh (4)

Pada suatu ketika (lebih kurang 10 tahun dulu) dalam PAS telah ditubuhkan satu institusi kewangan yang dinamakan “Darul-Mal” berjuta-juta wang terkumpul, seluruh penyokong PAS dikerah agar menyumbangkan sebanyak mungkin di dalam tabungan tersebut, ada di antara ahli atau penyokong PAS yang telah menjual tanah, menjual barang-barang yang berharga dan mengambil segala wang yang ada di bank-bank lain untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan Darul-Mal. Apakah yang terjadi sekarang?

Sesungguhnya wang tersebut telah hilang dan mati tanpa berkubur. Suatu tindakan undang-undang kepada pelaku sehingga kini belum ada kedengaran.

Inilah cara pemimpin PAS memimpin parti, dan inilah puak yang akan memerintah Malaysia secara Islam sekiranya parti PAS menang. Sewaktu berceramah atau mengajar/kuliah pemimpin PAS mengajar bukan main lagi, mereka mengajak kita melakukan keadilan, dan mestilah mengikut cara Nabi s.a.w. yang akan memotong tangan anak baginda Fatimah sekiranya mencuri, tetapi belum pun memerintah negara hanya sekadar memerintah parti atau memerintah sebuah negeri Kelantan sahaja sudah tidak mahu menjalankan keadilan sekurang-kurangnya menyeret mereka yang bersalah ke muka pengadilan mahkamah bagi melambangkan keadilan buat sementara waktu sebelum berjumpa mahkamah Allah. Tindakan seperti ini tentu boleh menolong menyedarkan orang PAS lain daripada melakukannya.

Contoh (5)

Di Kampung Jabi, Besut Terengganu, pemimpin PAS membuat pakatan bagi pelaksanaan perkampungan Islam, seluruh penyokong PAS diajak agar memenuhi rancangan ini. Penyokong-penyokong PAS menerimanya dengan suatu hakikat pengajaran Islam yang baik dan mereka pun mengikislah harta masing-masing bagi menyokong rancangan tersebut. Pemimpin PAS telah menjual tanah yang dipecahkan lot secara persendirian kepada ahli-ahli atau penyokong PAS, apakah yang terjadi sekarang? Rancangan tersebut nampaknya terbengkalai.

Derma Daripada Pemimpin PAS

Sebagai perkara makruf, hanya penyokong-penyokong PAS sahaja yang berlumba-lumba menghulurkan derma, manakala kebanyakan pemimpin PAS kedekut untuk menderma, derma tetap seperti sumbangan bulanan kerana menjadi ahli dewan atau sewaktu mereka menerima persaraan pun masih ada yang celaru. Perbuatan yang seperti ini adalah bercanggah dengan pemimpin parti Allah pada zaman Rasulullah s.a.w. dulu.
Ukhuwah sesama ahli

Antara perkara yang tidak digemari oleh pemimpin PAS ialah: menghadiri kuliah-kuliah agama, melawat para pesakit, menolong orang-orang susah dan sebagainya.

Mereka menghadirkan diri di majlis-majlis tersebut apabila ada sesuatu yang terpaksa, atau kerana menjaga kepentingan politik pilihan raya, atau menjaga hati pemimpin yang lebih atas. Kebanynyakan yang hadir di majlis kuliah agama ialah hanya para penyokong PAS yang berpegang teguh dengan fatwa pemimpin PAS sahaja.

Parti Islam antara Realiti dan Fantasi Pt 3

Parti PAS bukan Model Gerakan Islam

Parti PAS bukanlah menjadi model yang baik, malah jikalau diperhatikan kepada pejabatnya di seluruh kawasan akan di dapati berada dalam keadaan yang uzur dan tidak terurus. Alat-alat komunikasi yang canggih seperti komputer, fax dan sebagainya yang sepatutnya ada di seluruh kawasan khususnya di negeri Kelantan yang dikuasainya belum pun sempurna.

Kesimpulannya ialah: Parti PAS miskin tetapi pemimpinnya kaya-raya hasil daripada perjuangan di dalam parti, sila lihat kepada rumah setengah-setengah pemimpin PAS pula ada yang betingkat-tingkat. Oleh yang demikian keadaan ini menjelaskan kepada kita, bahawa PAS bukanlah PARTI ALLAH bahkan parti PAS adalah PARTI ISLAM CELUP.

Kes Mat Sabu

Apa yang diperkatakan bahawa pemimpin PAS seolah-olah pelakon filem yang sedang beraksi mencari pengaruh kini menjadi kenyataan. Sebagai contoh di dalam kes khalwat Mat Sabu-Norma misalnya.

Walau dalam apa jua bentuk sekalipun apabila lelaki dan perempuan yang tidak muhrim berdua-duaan di dalam sebuah bilik tanpa muhrimnya atau tidak kerana darurat, Islam tetap menghukumkan salah.

Mahkamah Syariah Kelantan telah menghukum tidak bersalah adalah disebabkan fakta-fakta perundangan yang tidak cukup untuk dihukum bersalah, kerana perbnicaraan tersebut melalui proses undang-undang dunia, sedangkan hukuman itu tidak boleh terlepas daripada dosa perbuatan Mat Sabu terhadap Allah SWT.

Yang anihnya dalam kes tersebut YAB Dato’ Nik Ab Aziz telah hilang pedoman dan melakukan kesilapan besar terhadap Islam yang dipelajari dan diajarinya. Atas dasar hukum Islam manakah yang menyebabkan beliau memberi kenyataan kepada pemberita dihari penangkapan bahawa: “Mat Sabu diperangkap” sedangkan pada masa itu beliau belum membuat siasatan rapi lagi, sepatutnya seorang Tok Guru tidak boleh meletakkan politik lebih atas daripada hukum Islam.

Adakah Islam mengharuskan wanita yang tidak muhrim berdua-duaan di dalam satu bilik? Mereka berdua-duaan di dalam bilik Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan sehingga sempat pegawai pencegah maksiat dan pemberita datang.

Sepatutnya dalam kes ini, Dato’ Nik Ab.Aziz merujuk kepada peristiwa yang berlaku kepada siti Aisyah isteri Rasulullah, bagaimana cara Rasulullah s.a.w. menyelesaikan kes tersebut sewaktu Saidatina Aisyah r.a. difitnah berkahlwat dengan Safuan bin Muatal dulu.

Sebelum Nabi memanggil isterinya maka baginda tidak melabel terlalu awal dengan mengatakan bahawa isteri baginda telah diperangkap atau isterinya seorang yang baik, pada hal jikalau Rasulullah hendak membela isterinya pun memang layak kerana isteri Nabi memang orang baik-baik, dan telah diakui Allah SWT masuk syurga pula.

Strategi PAS

Antara strategi PAS ialah, mana-mana tempat atau kampung yang perlu di ketengahkan isu mengkafir maka hendaklah dilakukan serta mengganggap orang-orang UMNO adalah kafir, sebab itu kita dapati ada di suatu tempat yang kuat PAS maka lahirlah isu mengkafirkan ini. Sebaliknya jikalau berada di dalam kawaan yang kuat UMNO maka orang-orang PAS terpaksa mengalah kepada orang UMNO dan mengganggap orang UMNO sama Islam dengan orang PAS. Itulah cara pemimpin PAS membawa penyokong-penyokongnya terhadap hukum-hukum dan fatwa, mereka menggunakan berbagai-bagai taktik demi mencapai kemenengan.

Keegoan Pemimpin PAS

Sepatutnya kerajaan Pas Kelantan telah lama menubuhkan tribunal atau badan Hisbah bagi menyiasat harta-harta yang diperoleh oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kelantan sebagai menunaikan janji-janji pilihanraya. Mengikut Utusan Malaysia 19.01.1998 Pas membatalkan cadangan untuk mewujudkan sebuah badan yang dinamakan “Hisbah”.

Menteri Besar Kelantan pernah Mengumumkan bahawa tribunal itu tidak perlu ditubuhkan, sudah memadai dengan usrah-usrah dan kuliah-kuliah yang dijalankan oleh parti PAS. Jawapan yang seperti itu adalah melambangkan sifat ‘ujub (rasa hairan dan megah kepada diri sendiri) yang sepatutnya tidak berada pada diri manusia yang sangat-sangat lemah ini, lebih-lebih lagi pada diri mereka yang mengaku dirinya tok guru, kerana dalam realiti ternyata bahawa jenerasi Islam yang berada di sekeliling pinggang Nabi Muhammad s.a.w. dulu, yang telah ditarbiahkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri pun terbukti ada yang menjadi munafik, syirik dan murtad.

Tidakkah sewaktu Tuan Guru mengajar sejarah Saidina Umar ra kepada kami di Masjid Pualu Melaka dulu, Tuan Guru ada mengatakan: bahawa Khalifah Umar al-Khattab pernah memanggil pegawainya untuk dibuat pemeriksaan dan penyiasatan disebabkan pegawainya sering menukar pakaian harian dengan pakaian yang baru.

Umar ingin mengurangkan gaji pegawainya jikalau terbukti pegawainya berlebihan wang gaji. Apa yang berlaku dalam kerajaan PAS di Kelantan bukan hanya menukar baju baru setiap hari malah ada yang sering menukar kereta, menukar rumah dan lain-lain lagi.

Berapa kalikah wakil-wakil rakyat atau pembesar-pembesar negeri Kelantan telah dipanggil oleh Tuan Guru untuk mengisytiharkan harta masing-masing, dan tidakkah Tuan Guru nampak kemewahan mereka sekarang ini?

Wakil Rakyat PAS diwajibkan merendah diri

Selepas beberapa minggu Pas menubuhkan kerajaan di Kelantan, iaitu dalam tahun 1990 dulu, YAB Menteri Besar Pas mengarahkan kepada semua wakil rakyatnya supaya jangan membeli kereta besar, hanya kereta proton saga sahaja yang paling besar.

Ada di antara wakil rakyatnya bersungut, bagaimana Tok Guru jikalau kereta itu mati di dalam perjalanan? Jawab YAB: Itulah yang kita kehendaki, kita mahu rakyat melihat sendiri betapa miskinnya wakil rakyat Pas. Selepas satu bulan sahaja, kebanyakan wakil rakyat Pas membeli kereta besar-besar. Demikian juga dalam taklimat kemenangan Pas yang pertama di kediaman resmi YAB JKR 10. YAB. MB berjanji tidak akan lulus balak secara mudah atau cara biasa, tetapi selepas beberapa bulan di dapati sebahagian besar pemimpin Pas telah menjadi kayaraya hasil daripada pembalakan.

Wanita Menjadi Pemimpin

Dulu Tok Guru pernah menyatakan: bahawa wanita tidak boleh mengepalai lelaki sehingga Qari’ah al-Quran dari Kelantan telah tidak dibenarkan menyertai pertandingan, tetapi malangnya PAS telah melantik ramai wanita bagi menjadi ahli Dewan Negeri Dewan Rakyat dan Dewan Negara, tidakkah perbuatan yang sedemikian bercanggah dengan fatwa daripada Tuan Guru sendiri atau boleh dianggap sebagai memutar belit hukum Islam.

Masuk Parti Allah

Walaupun memang sulit untuk kita mencari atau memasuki Parti Allah pada zaman kini, namun kita tidak boleh minta izin excuse daripada Allah untuk berjuang dengan harapan mencari keredaan Allah melalui parti politik sekular seperti PAS dengan alasan tiada pilihan lain.

Kalau kita lakukan juga, yakni menggunakan parti politik sekular untuk melawan parti politik sekular lain dengan alasan kononnya mahu menghalalkan cara dengan harapan untuk menegakkan Islam, nescaya kita tidak dapat menewaskan musuh sebagaimana janji-janji Alah, juga tidak akan mendapat keredaan Allah. Ingatlah hanya Parti Allah sahaja yang mampu dan diberi pertolongan oleh Allah untuk berdepan menghadapi segala masaalah.

Kegiatan yang berbahaya

Kegiatan yang diasaskan atas nama Islam tulen, walaupun tidak boleh diterima oleh akal manusia, atau akal manusia menghukum berbahaya, maka Islam menganggap tidak berbahaya dan mesti diteruskan. Apa yang berlaku dalam organisasi PAS ialah pemusatan fikrah pemimpin PAS bukan ke arah Islam tulen bahkan menuju ke arah memaju dan mencari kepentingan politik PAS, serentak mencari sesuatu demi kepuasan pemimpinnya bukannya kerana memenuhi tuntutan Allah. Sebagai contoh, di bawah ini saya senaraikan beberapa kegiatan yang dianggap berbahaya:

Suatu ketika dulu ada seorang hamba Allah yang bergelar “Tok Wali Hasan” beliau tidak mempunyai ilmu Islam yang banyak (kini sudah meninggal dunia). Beliau secara terus terang telah menuduh orang-orang UMNO kafir, segala sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan.

Selepas fatwa tersebut dikeluarkan kita dapati banyak suami isteri yang telah becerai, masjid berasingan, kubur berasingan, bernikah 2 kali, anak dan ibu bapa sudah tidak berpemergian, pulau-memulau, sembelihan kurban berasingan dan lain-lain lagi.

Fatwa tersebut telah direstui oleh pemimpin PAS, sebagai bukti kita dapati bahawa selepas itu Tok Wali Hasan telah dipilih menjadi calon PAS melawan Tengku Razaleigh di Parlimen Ulu Kelantan (ketika itu mewakili UMNO). Sehingga sekarang pemimpin PAS belum membatalkan fatwa tersebut.

Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa beliau mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan: “Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid”.

Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai, kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalaman semata-mata.

Sewaktu saya terlibat secara langsung dalam kegiatan apa yang disebut “Jundullah” yang berakhir dengan penahanan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Penglibatan saya memang mendapat restu daripada pimpinan PAS. Sebagai bukti kebanyakan usrah, tamrin, kiamullail ke arah ekstrim, kursus-kursus dan sebagainya telah dihadiri oleh kebanyakan pemimpin besar PAS.

Dan apabila sesetengah pihak daripada kalangan PAS mempertikaikan kegiatan tersebut maka berkatalah kepimpinan PAS. “Apa salahnya mereka itu orang-orang yang berani”. Kalau yang penakut diam-diam sajalah.

Saya telah beberapa kali menghadiri majlis ijtimak PAS. Segala keputusan dan resolusi hasil daripada ijtimak tersebut telah memberi keyakinan kepada ahli-ahli ijtimak PAS bahawa UMNO adalah kafir, sesiapa yang menentang UMNO ia tetap mendapat balasan syurga, nyawa dan harta UMNO adalah halal di sisi Islam.

Sebab itu saya dan juga pemimpin-pemimpin PAS yang lain diarah menikah pasangan yang telah dinikahi oleh Imam UMNO, dan sekiranya wali si perempuan itu terdiri daripada penyokong UMNO maka kami terpaksa mencari pemimpin PAS yang lebih tinggi untuk menjadi “Wali Hakim”.

Setiap pemimpin besar PAS mempunyai pengawal peribadinya sendiri. Pengawal peribadi ini diasuh dan diberi kursus untuk mempertahankan pemimpin PAS walau pun terpaksa mati. Seandainya mati kerana mempertahankan pemimpin PAS maka pengawal itu dianggap mati syahid, mereka diberi hujah ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi bagi memberi keyakinan kepada pengawal bahawa arahan tersebut adalah arahan Islam (dibawah tulisan ini nanti ada saya senaraikan ayat-ayat yang menjadi rujukan mereka).

PAS telah membentuk pengawal keselamatannya sendiri, mereka diberi latihan yang sesuai. Sebelum sesuatu majlis yang mungkin dihadiri oleh orang ramai maka pemimpin PAS akan memberi arahan agar pengawal-pengawal keselamatan PAS bersedia menghadapi segala kemungkinan hatta terpaksa bertumpah darah sekalipun.

Sebelum pengawal keselamatan PAS memulakan tugas, mereka telah didedahkan dengan ayat-ayat al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. yang memberi perangsang kepada pengawal untuk berlawan, mereka membaca ayat-ayat mengenai orang-orang mukmin pada zaman Nabi yang melawan para kafir dahulu, guna memberi semangat jihad kepada pengawal PAS agar jangan takut menghadapi UMNO bahkan melawan polis dan tentera sekalipun.

Sebab itu kita dapati di segenap pelusuk kawasan ceramah PAS dipenuhi oleh pengawal keselamatan PAS. Antara pasukan pengawal PAS ini ada yang telah terbunuh di medan “Memali” dan masih ramai lagi yang masih hidup sedang bersiap sedia untuk mati syahid bagi melawan UMNO.

PAS mempunyai pasukan penggempur semangat dan pengganggu ceramah UMNO. Tugas penggempur ialah menghadiri mana-mana majlis ceramah PAS yang dianggap strategi walau pun terpaksa meninggal kerja harian, ada pun tugas pengganggu pula ialah melakukan apa sahaja asalkan ceramah atau kerja-kerja UMNO tidak sampai kepada matlamat.

Sebagai contoh kita dapati malam forum “Hukum Hudud”anjuran PAS di Balai Islam Kelantan yang dihadiri oleh Prof Dr. Mahmood Zuhdi, beliau telah diganggu-gugat sehingga tidak dapat meneruskan ucapannya. Hal ini terjadi disebabkan ada kata-kata Prof Dr. Mahmood Zuhdi tidak sesuai dengan pemikiran orang-orang PAS, sedangkan kita dapati ucapan beliau benar-benar menepati kehendak Islam.

Pemimpin PAS memberi kesedaran kepada penyokong-penyokongnya agar mendahului kegiatan parti PAS daripada kegiatan harian sendiri, termasuk untuk anak isteri masing-masing. Sebab itu kita dapati bahawa penyokong PAS boleh hadir ke majlis ceramah ditempat-tempat yang jauh walaupun terpaksa membayar tambang dan menyewa kenderaan.

Kadang-kadang kita dapati di antara para penyokong PAS yang hadir itu ialah mereka yang kurang berada sehingga hendak memberi belanja anak sekolah masing-masing pun tak cukup, tetapi mereka rela berkorban kepada parti PAS daripada keluarga sendiri.

Bagi diri saya sendiri pula pernah empat kali saya telah meninggalkan isteri saya yang sedang sakit untuk bersalin, saya sanggup hadir berceramah atau bermuktamar Pas semasa gawat tersebut. Yang lebih menyayatkan lagi pernah saya meninggal anak saya yang sedang nazat kerana berceramah Pas, yang berkesudahan anak saya itu telah meninggal dunia pada malam itu juga.

Orang PAS menganggap orang-orang UMNO adalah lebih kotor daripada orang bukan Islam yang asli, sebab itu pemimpinnya mengarah agar jangan bermuamalat seperti berjual-beli dengan orang-orang UMNO, bahkan orang-orang PAS lebih suka membeli-belah di kedai orang bukan Islam jikalau tidak ada kedai orang-orang kita (PAS).

Segala arahan PAS disertai dengan hujah syara’ yang didapati melalui al-Quran tentang orang-orang kafir pada zaman Nabi s.a.w. dulu.

Semua ayat al-Quran dan al-Hadis yang memberi gambaran sifat-sifat kafir, syirik, murtad, zalim dan fasiq semuanya menjadi sasaran untuk puak-puak UMNO. Manakala ayat-ayat yang memberi gambaran orang baik-baik seperti para Anbia’, para Aulia’, para Solihin, para Mujtahidin, Siddiqin, dan Muhsinin adalah kepunyaan orang-orang PAS.

Saya pernah menerima arahan daripada kepimpinan PAS Terengganu supaya memberitahu penyokong-penyokong PAS jangan memberi zakat fitrah kepada ‘amil yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional, penyokong-penyokong PAS wajib memberi zakat fitrah kepada ‘amil yang dilantik oleh parti PAS di daerah masing-masing.

Zakat yang dikeluarkan kepada ‘amil kerajaan Barisan Nasional adalah tidak sah. Arahan ini telah saya laksanakan sepenuhnya di dalam daerah Besut Terengganu. Nama saya dan juga pemimpin PAS yang lain ada tercatat dalam laporan kertas putih kerajaan Malaysia pada ketika itu.

Apa yang mendukacitakan setelah kutipan zakat fitrah yang berpuluh-puluh ribu itu dipungut daripada penyokong PAS maka wang itu dipergunakan untuk kepentingan pemimpin PAS bahkan ada pemimpin PAS yang memiliki kereta mewah pada ketika itu (1970), pada hal mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan kurang berada pula. Perkara yang seperti ini pernah ditimbulkan dalam Mesyuarat Agung Parti PAS Besut oleh ahli-ahli yang hadir, tetapi telah ditutup rapat oleh pemimpin PAS Besut. Kenyataan ini boleh dirujuk pada bila-bila masa jua, kerana kebanyakan ahlinya ada yang masih hidup lagi.

Demikianlah antara lain kegiatan parti PAS yang dianggap berbahaya, yang perlu dibendung segera agar ia tidak menular kepada anggota masyarakat seluruhnya. Musibah yang seperti ini jikalau tidak ditangani dengan bijaksana ia akan menjadi lebih buruk dan lebih besar lagi, di kala itu alangkah sukar untuk membendungnya. Apa yang membimbangkan mungkin pada suatu masa nanti nyawa manusia yang tak berdosa akan terkorban hasil daripada fatwa karut pemimpin PAS.

Parti Islam antara Realiti dan Fantasi Pt 4

PAS semakin menyimpang

Sesiapa yang terus mengikuti perkembangan politik PAS pasti akur bahawa makin hari semakin ketara pendekatan PAS menyimpang dari landasan Islam dan mungkir janji.

Kalau sebelum berkuasa memerintah negeri, al-Quran dan al-Hadith disalahgunakan maksud dan pemakaiannya; cerita yang baik-baik semuanya untuk PAS dan cerita yang buruk daripada al-Quran serta al-Hadith ditjukan kepada UMNO.

PAS menuduh UMNO tidak mahukan Islam atau menentang Islam; sebab itulah maksiat menjadi-jadi dan segala rancangan Islam PAS kononnya ditolak atau ditentang oleh UMNO.

Apabila PAS memerintah Kelantan baharulah segalanya menjadi kenyataan. Perlembagaan negeri yang selama ini dituduh tidak Islamik, sebaliknya terus disokong dan dibuat ikrar dalam dewan negeri Kelantan untuk mempertahnkannya selama-lamanya serta dipakai oleh PAS tanpa membuatnya apa-apa perubahan. Kenaikan gaji ahli-ahli yang berhormat juga turut dicadang dan dinaikkan. Kereta-kereta yang lebih mewah dibelikan.

Maksiat di bawah pemerintahan PAS masih seperti biasa. Panggung wayang gambar sebagai pusat hiburan dan punca maksiat masih berterusan. Arak masih diberi lesen oleh kerajaan negeri untuk dijual. Perkara kecil-kecilan berupa kewajipan peribadi diperbesrkan bagi menutup kelemahan pemerintahan yang tidak mampu dibuat perubahan.

Banyak salahguna kuasa berlaku sejak pemerintahan PAS di Kelantan, terutama untuk memecat orang walaupun kawan apabila tidak sefahaman. Dari mula PAS berkuasa di Kelantan (1990) pemecatan penghulu, pekerja majlis daerah, mubaligh dan imam telah dilakukan. Setelah bercerai dengan Parti Semangat 46, PAS memecat pula anggota Parti Semangat 46 dalam pelbagai institusi yang dipegang. Dengan itu ternyata bahawa PAS bukanlah parti hendak melaksanakan syariat Islam, tetapi menggunakan kuasa untuk melepaskan dendam.

Janji PAS untuk melaksanakan Islam apabila memerintah sudah jelas bohong. Lebih buruk lagi janji PAS hendak memperjuangkan keadilan dapat dinafikan; bermula dengan pecah amanah pemimpin iaitu derma dikutip tiada penyata jelas dinyatakan serta perkampungan-perkampungan yang dibina pengikut menjadi mangsa.

Sekarang usaha PAS bukan lagi hendak melaksanakan syariat Islam, malah menumpukan seluruh masa untuk kepentingan parti yang sekali gus boleh membeni kekuatan dan kekayaan peribadi pemimpin PAS. Pembangunan Islam dan rakyat turut terabai kerana kepincangan kesetabilan politik.

Dari segi perpaduan ummah berasaskan UKHUWAH ISLAMIAH sudah jelas PAS melakukan yang bertentangan dengan Islam. Keadaan pengikut saling benci-membenci apabila berhadapan dengan berlainan parti menjadi realiti. Pulau memulau di kampung tidak dapat dibendungkan lagi. Sebagai contoh sembahyang Jumaat berasingan di 39 buah kampung di Terengganu sebagai bukti yang realiti dan lain-lain lagi.

Kalaulah di kalangan sesama Islam; PAS, Parti Semangat 46, Berjasa, Hamim, dengan Sultan dan Setiausaha Kerjaan negeri Kelantan pun sudah tidak mampu disatukan, maka bagaimanakah PAS boleh memimpin parti yang pelbagai bangsa di peringkat negara?

Ketidak sempurnaan pimpinan dan wadah perjuangan parti PAS jelas ternyata kini, apabila satu demi satu krisis dan kepincangan berlaku dalam pentadbiran negeri Kelantan yang kini berada di bawah pemerintahan parti PAS. Padahal PAS belum sampai ke tahap memerintah negara Malaysia.

Daripada senario ini ternyata bahawa perjuangan PAS untuk melaksanakan syariat Islam sudah jauh menyimpang dan apatah lagi dalam meyakinkan kemampuan untuk menyatukan ummah bagi mempertahankan kuasa politik ketara gagal.

Saturday, July 17, 2010

Pendirianku

PENDIRIANKU dalam berpolitik dan agama

Aku sentiasanya terasing dari berpolitik…sejak berumur 10 tahun lagi, selagi yang teringat bagiku.

Aku sentiasa menyokong pemerintah negara dan parti politik yang menerajuinya, UMNO. Ini adalah agar aku tidak terjebak kedalam melanggar batas2 larangan keras Hadis yang menegah umat muslimin mengingkari pemerintah. Aku telah mengharungi penghidupan sebagai seorang melayu islam dalam waktu2 sebelum merdeka, juga dalam waktu2 selepas merdeka, dan aku sentiasa amat menghargai usaha UMNO dan pemerintah selama ini dalam memperbaiki semua aspek penghidupan orang Melayu dan taraf ugama Islam di negara ini.

Mereka2 yang menentang UMNO dan kerajaan dengan menonjolkan salahlaku penjawat parti dan kakitangan kerajaan pada hematku telah banyak terlepas pandang dan tak dapat membezakan yang kecil dari yang asas. Sekiranya dibuat perbandingan akan kemajuan2 yang telah dicapai negara berbanding dengan negara2 lain yang menempuh keadaan yang hampir sama dengan kita, nyata2nya keterampilan yang besar telah kita capai selama ini berbanding yang lain.

Saya manganuti firkah ahlul_sunnah_wal jamaah.. iaitu dengan berpegang kuat kepada AlQuran dan Hadis (Sunnah) sebagai pembimbingku selamanya didalam agama ini. Saya berpegang kepada mazhab Shafiee pada sejumlah besar dari hukum hakam agama ini, melainkan dalam perkara2 di mana Shafiee sendiri menyatakan ‘jika terdapat hadis2 yang menyalahi fatwa2ku maka hadis2 itulah fatwaku, dan tinggalkan apa yang aku fatwakan’.

Sebagai seorang yang berpegang kuat kepada alQuran dan Sunnah dalam kepercayaan beragama, undang2 Hudud sebagai yang termaktub didalam alQuran dan dihurai didalam hadis2 adalah hukum yang mesti dianuti dinegara ini. Sekiranya kerajaan negara tidak dapat atau tidak berupaya melaksanakannya, walau atas dasar apa sekalipun, maka kepertanggung jawaban dalam perkara itu adalah terpikul kebahu ahli2 yang memerintah. Walau demikian tidaklah aku akan menjadi penentang kepada kerajaan kerana arahan hadis untuk taat pemerintah adalah tegas dalam hal sebegini.

Aku berpendapat bahawa negara ini tidaklah diperintah sebagai sistem sekular …seperti sistem sekular yang dianuti oleh negara2 barat yang mengasingkan agama dan urusan pemerintahan. Negara ini dalam hematku diperintah mirip ala sekular. Agama Islam sebagai agama rasmi negara dan agama yang dianuti orang2 UMNO tidak memungkinkan penanutan sistem sekular barat yang mengasingkan agama kristian dari urusan2 pentadbiran negara. Kerana Islam itu menyelubungi keseluruhan budaya penghidupan penganutnya.

Agama Islam itu melingkupi keseluruhan penghidupan, sementara urusan2 pemerintahan hanyalah salah satu dari aktiviti penghidupan yang termasuk didalamnya aktiviti2 perniagaan dan lain2 aturcara penghidupan. Kesemua aktiviti2 ini tentunya sentiasa tertakluk dibawah hukum hakam agama.

My Stand in politik and religion

MY STAND in politik and religion

I remain apolitical at all time…since I was 10 or as far as I can remember.

I remain in full support of the government in the country and the political party championing it, ie UMNO. So that I would not run afoul of the Hadis that warns muslims against fighting with the ruling body of muslims. I have lived the life of malays (muslims) during the period before merdeka, and the period after merdeka, and I am and always will be in full appreciation of what UMNO and the government had done to uplift all aspects of living of the Malays and the standard of the religion. People who stand againt UMNO and the government citing misdoings of the officebearers in party and by government officials are in my view mistaking the trees from the forest, as the saying goes. As you compare the progresses of countries in similar situations and predicaments as our country you will not fail to recognise a vast difference in the successes the country has achieved todate as compared to those others.

I hold on to the concept of Ahlul_sunnah_wal jamaah..ie I hold the Quran and the Hadis as my guidance in my religion at all time. In Islam I am mostly aligned with the mazhab as_syafiee except for those that Syafiee himself has decreed that I should follow otherwise, as per his saying: ‘should one ever come across a hadis that contradicts my fatwa, than the matter determined by the hadis is my fatwa..and what I said should be disregarded’.

As I hold the Quran dan Sunnah as supreme in my believe in Islam, than the matter concerning the laws of Hudud as specified in the Quran and outlined by the Hadis are laws that I regarded as must be implemented in the country. If the government could not, for whatever reason, implement the islamic hudud laws, I hold the view that they (the UMNO leaders themselves) being muslims shall bear responsibility for its non implementation. As said earlier that will not howsoever deter me from continuing my support for the ruling organisation.

I hold to the view that the country is not run on a secular system per see…secular system of government which is adopted in the west implies separation of religion and the state. The country in fact is governed mimicking the secular system. Islam being the official religion of the country and the religion of the ruling party UMNO couldn’t be following the system that stood for alienating christianity with the worldly affairs of the state, as the Islamic religion governs the entire life of a follower. Islam the religion is the umbrella that covers all aspects of life, whereas the aspect of governing is a matter of activity of livelihood similar to one’s activity in trade and other aspects of living. All such activities are always and remain subject to the rules and regulations of the religion.

Wednesday, July 14, 2010

Fadhilat surah Ya Sin

Wednesday, August 31, 2005
Kebahtilan Hadith Yang Berkaitan Fadhilat Surah YaSin

Menjawab soalan mereka yang bertanya tentang fadhilat surah Yasin maka diharap petikan artikel di bawah mencukupi dan bersyukurlah sudah ada orang yang menjawabnya jadi tidak perlulah ana membuat kerja dua kali cukup hanya mengambil artikel di bawah yang ditulis oleh Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas .
……………………………………

Muqadimah

Kebanyakan kaum muslimin membiasakan membaca surat Yasin, baik pada malam Jumaat, ketika mengawali atau menutup majlis ta'lim, ketika ada atau setelah kematian dan pada acara-acara lain yang mereka anggap penting.

Seringnya surah Yasin dijadikan bacaan di berbagai pertemuan dan kesempatan, sehingga mengesankan, Al-Qur'an itu hanyalah berisi surat Yasin saja. Dan kebanyakan orang membacanya memang karena terpengaruh oleh fadhilah atau keutamaan surah Yasin dari hadits-hadits yang banyak mereka dengar, atau menurut keterangan dari guru mereka.

Al-Qur'an yang di wahyukan Allah adalah terdiri dari 30 juz. Semua surah dari Al-Fatihah sampai An-Nas, jelas memiliki keutamaan yang setiap umat Islam wajib mengamalkannya. Oleh karena itu sangat dianjurkan agar umat Islam senantiasa membaca Al-Qur'an. Dan kalau sanggup hendaknya menghatamkan Al-Qur'an setiap seminggu sekali, atau sepuluh hari sekali, atau dua puluh hari sekali atau khatam setiap sebulan sekali. (lihat dalam Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya).

Sebelum melanjutkan pembahasan, yang perlu dicamkan dan diingat dari tulisan ini, adalah dengan membahas masalah ini bukan bererti penulis melarang atau mengharamkan membaca surah Yasin.

Sebagaimana surat-surat Al-Qur'an yang lain, surah Yasin juga harus kita baca. Akan tetapi di sini penulis hanya ingin menjelaskan kesalahan mereka yang menyandarkan tentang fadhilah dan keutamaan surat Yasin kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Selain itu, untuk menegaskan bahwa tidak ada tauladan pertunjuk dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam membaca surah Yasin setiap malam Jumaat, setiap memulai atau menutup majlis ilmu, ketika dan setelah kematian dan lain-lain.

Mudah-mudahan keterangan berikut ini tidak membuat mereka yang membaca patah semangat, tetapi malah memotivasi untuk membaca dan menghafalkan seluruh isi Al-Qur'an serta mengamalkannya.

KELEMAHAN HADITH-HADITH TENTANG FADHILAH SURAH YASIN

Kebanyakan umat Islam membaca surat Yasin kerana -sebagaimana dikemukakan di atas- fadhilah dan ganjaran yang disediakan bagi orang yang membacanya. Tetapi, setelah penulis melakukan kajian dan penelitian tentang hadith-hadith yang menerangkan fadhilah surat Yasin, penulis dapati Semuanya Adalah Lemah.

Perlu ditegaskan di sini, jika telah tegak hujjah dan dalil maka kita tidak boleh berdusta atas nama Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam sebab ancamannya adalah Neraka. (Hadits Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan lainnya).

HADITS DHA'IF DAN MAUDHU'

Adapun hadith-hadith yang semuanya dha'if (lemah) dan atau maudhu' (palsu) yang dijadikan dasar tentang fadhilah surah Yasin diantaranya adalah sebagai berikut :

"Ertinya : “Sesiapa yang membaca surah Yasin dalam suatu malam, maka ketika dia bangun di pagi hari diampuni dosanya dan siapa yang membaca surat Ad-Dukhan pada malam Jum'at maka ketika dia bangun pagi hari esoknya maka diampuni dosanya".

(Ibnul Jauzi, Al-Maudhu'at, 1/247).
Keterangan : Hadits ini Palsu.

Ibnul Jauzi mengatakan, hadits ini dari semua jalannya adalah batil, tidak ada asalnya. Imam Daruquthni berkata : Muhammad bin Zakaria yang ada dalam sanad hadits ini adalah tukang memalsukan hadits. (Periksa : Al-Maudhu'at, Ibnul Jauzi, I/246-247, Mizanul I'tidal III/549, Lisanul Mizan V/168, Al-Fawaidul Majmua'ah hal. 268 No. 944).

"Ertinya : Siapa yang membaca surat Yasin pada malam hari karena mencari keridhaan Allah, niscaya Allah mengampuni dosanya".

Keterangan : Hadits ini Lemah.

Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitabnya Mu'jamul Ausath dan As-Shaghir dari Abu Hurairah, tetapi dalam sanadnya ada rawi Aghlab bin Tamim. Kata Imam Bukhari, ia munkarul hadits. Kata Ibnu Ma'in, ia tidak ada apa-apanya (tidak kuat). (Periksa : Mizanul I'tidal I:273-274 dan Lisanul Mizan I : 464-465).

"Ertinya : Siapa yang terus menerus membaca surat Yasin pada setiap malam, kemudian ia mati maka ia mati syahid".

Keterangan : Hadits ini Palsu.

Hadits ini diriwayatkan oleh Thabrani dalam Mu'jam Shaghir dari Anas, tetapi dalam sanadnya ada Sa'id bin Musa Al-Azdy, ia seorang pendusta dan dituduh oleh Ibnu Hibban sering memalsukan hadits. (Periksa : Tuhfatudz Dzakirin, hal. 340, Mizanul I'tidal II : 159-160, Lisanul Mizan III : 44-45).

"Ertinya : Siapa yang membaca surat Yasin pada permulaan siang (pagi hari) maka akan diluluskan semua hajatnya".

Keterangan : Hadits ini Lemah.

Ia diriwayatkan oleh Ad-Darimi dari jalur Al-Walid bin Syuja'. Atha' bin Abi Rabah, pembawa hadits ini tidak pernah bertemu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Sebab ia lahir sekitar tahun 24H dan wafat tahun 114H. (Periksa : Sunan Ad-Darimi 2:457, Misykatul Mashabih, takhrij No. 2177, Mizanul I'tidal III:70 dan Taqribut Tahdzib II:22).

"Ertinya : Siapa yang membaca surat Yasin satu kali, seolah-olah ia membaca Al-Qur'an dua kali". (Hadits Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman).

Keterangan : Hadits ini Palsu.

(Lihat Dha'if Jamiush Shaghir, No. 5801 oleh Syaikh Al-Albani).

"Ertinya : Siapa yang membaca surat Yasin satu kali, seolah-olah ia membaca Al-Qur'an sepuluh kali". (Hadits Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman).

Keterangan : Hadits ini Palsu.

(Lihat Dha'if Jami'ush Shagir, No. 5798 oleh Syaikh Al-Albani).

"Ertinya : Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati (inti) Al-Qur'an itu ialah surat Yasin. Siapa yang membacanya maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca Al-Qur'an sepuluh kali".

Keterangan : Hadits ini Palsu.

Hadits ini diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (No. 3048) dan Ad-Darimi 2:456. Di dalamnya terdapat Muqatil bin Sulaiman. Ayah Ibnu Abi Hatim berkata : Aku mendapati hadits ini di awal kitab yang di susun oleh Muqatil bin Sulaiman. Dan ini adalah hadits batil, tidak ada asalnya. (Periksa : Silsilah Hadits Dha'if No. 169, hal. 202-203) Imam Waqi' berkata : Ia adalah tukang dusta. Kata Imam Nasa'i : Muqatil bin Sulaiman sering dusta.(Periksa : Mizanul I'tidal IV:173).

"Ertinya : Siapa yang membaca surat Yasin di pagi hari maka akan dimudahkan (untuknya) urusan hari itu sampai sore. Dan siapa yang membacanya di awal malam (sore hari) maka akan dimudahkan urusannya malam itu sampai pagi".

Keterangan : Hadits ini Lemah.

Hadits ini diriwayatkan Ad-Darimi 2:457 dari jalur Amr bin Zararah. Dalam sanad hadits ini terdapat Syahr bin Hausyab. Kata Ibnu Hajar : Ia banyak memursalkan hadits dan banyak keliru. (Periksa : Taqrib I:355, Mizanul I'tidal II:283).

"Ertinya : Bacakanlah surat Yasin kepada orang yang akan mati di antara kamu".

Keterangan : Hadits ini Lemah.

Diantara yang meriwayatkan hadits ini adalah Ibnu Abi Syaibah (4:74 cet. India), Abu Daud No. 3121. Hadits ini lemah karena Abu Utsman, di antara perawi hadits ini adalah seorang yang majhul (tidak diketahui), demikian pula dengan ayahnya. Hadits ini juga mudtharib (goncang sanadnya/tidak jelas).
"Ertinya : Tidak seorang pun akan mati, lalu dibacakan Yasin di sisinya (maksudnya sedang nazak') melainkan Allah akan memudahkan (kematian itu) atasnya".

Keterangan : Hadits ini Palsu.

Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Akhbaru Ashbahan I :188. Dalam sanad hadits ini terdapat Marwan bin Salim Al Jazari. Imam Ahmad dan Nasa'i berkata, ia tidak bisa dipercaya. Imam Bukhari, Muslim dan Abu Hatim berkata, ia munkarul hadits. Kata Abu 'Arubah Al Harrani, ia sering memalsukan hadits. (Periksa : Mizanul I'tidal IV : 90-91).

Penjelasan

Abdullah bin Mubarak berkata : Aku berat sangka bahwa orang-orang zindiq (yang pura-pura Islam) itulah yang telah membuat riwayat-riwayat itu (hadits-hadits tentang fadhilah surat-surat tertentu). Dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata : Semua hadits yang mengatakan, barangsiapa membaca surat ini akan diberikan ganjaran begini dan begitu SEMUA HADITS TENTANG ITU ADALAH PALSU. Sesungguhnya orang-orang yang memalsukan hadits-hadits itu telah mengakuinya sendiri.

Mereka berkata, tujuan kami membuat hadits-hadits palsu adalah agar manusia sibuk dengan (membaca surat-surat tertentu dari Al-Qur'an) dan menjauhkan mereka dari isi Al-Qur'an yang lain, juga kitab-kitab selain Al-Qur'an. (Periksa : Al-Manarul Munffish Shahih Wadh-Dha'if, hal. 113-115).

Penutup

Dengan demikian jelaslah bahwa hadit-hadits tentang fadhilah dan keutamaan surat Yasin, semuanya LEMAH dan PALSU. Oleh karena itu, hadits-hadits tersebut tidak dapat dijadikan hujjah untuk menyatakan keutamaan surat ini dan surah-surah yang lain, dan tidak dapat pula untuk menetapkan ganjaran atau penghapusan dosa bagi mereka yang membaca surat ini. Memang ada hadits-hadits shahih tentang keutamaan surat Al-Qur'an selain surah Yasin, tetapi tidak menyebut soal pahala.

Wallahu A'lam.

p/s :

Penjelasan Ustaz Emran :
Sebenarnya ada hadith yang sahih yang menyebut apabila kita membaca Al-Qur’an akan mendapat pahala iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Mas’ud ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah sallahualaihiwasalam :

“Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya kebaikan (pahala) dan setiap kebaikan itu diberi ganjaran sepuluh kali sepertinya dan tidaklah aku mengatakan bahawa Alif lam Mim itu satu huruf tetapi alif itu satu huruf dan lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf” (hadith sahih riwayat tirmidzi : 2910).

Cumanya diharap tidaklah menjadikan Yasin sebagai bacaan sehingga melupakan surah yang lain dan menjadikan bid;ah hanya membaca ada malam jumaat secara beramai-ramai dan beratib tanpa ada pertunjuk sunnah.

Wallahualam.
Posted by Ustaz Emran at 7:20 PM

Sunday, June 27, 2010

Aturcara majlis nikah

Persiapan Awal

1. Tentukan tempat majlis nikah dan majlis keramaian.
Buat tempahan dewan awal2 lagi sekiranya dirancang untuk diadakan di dewan.
Atau tempah persiapan kemah2 kenduri kahwin sekiranya dibuat di rumah.
Perempuan - tempah janji dengan kadi/jurunikah.
Lelaki - Beli borang izin berkahwin dari jabatan agama negeri.
- Suntikan HIV - lelaki/perempuan
- Borang akuan ‘bujang’ yang disahkan oleh majikan/penghulu.
- sijil Kursus nikah - lelaki/perempuan.
Tempahan tempat penginapan delegasi yang mencukupi jika perlu bermalam.
Tempahan penyediaan persiapan pelamin, jamuan berserta pingan mangkuknya,
menyambut tetamu, mc majlis.
Sediakan senarai jemputan / edarkan.
Tentukan saksi2 nikah.

Pesiapkan barang hantaran yang terjanji antara pihak perempuan/lelaki. Selalunya
terdiri daripada 5, 7, 9 atau 11 dulang. Yang mesti ada ialah cincin
nikah, wang maskahwin, sirih “junjung” atau tepak sirih, dan lain2 sebagai
hadiah.
Lantik wakil jurucakap untuk menyerah/menerima hantaran.

Majlis Aqad Nikah

1. Hebahkan kepada ahli rombongan
- waktu dan masa dan tempat akad nikah dirancangkan.
- waktu and tempat rombongan perlu berkumpul

2. Rombongan berarak bersama dulang2 hadiah ke tempat upacara nikah.
3. Jurucakap kedua pihak mengambil tempat untuk wawancara pertukaran hantaran.
4. Aqad nikah dijalankan oleh kadhi disaksikan oleh saksi2 rasmi dan hadirin.

Serah/terima hantaran (sebelum aqad nikah)

Barang hantaran disusun atur dan hadirin mengambil tempat.
Setelah bersetuju untuk dimulakan, jurucakap pihak perempuan akan mengalu2kan kedatangan rombongan dan mempersilakan pihak lelaki memulakan bicara.

Jurucakap pihak lelaki:
1 Beri salam kepada hadirin
2 Alhamdulillah dengan limpah kurnianya kita semua telah selamat sampai kerumah yang dituju untuk menyempurnakan seterusnya rancangan yang telah tersusun oleh kedua belah pihak. Terima kasih kami semua ucapkan diatas sambutan mesra pihak tuan rumah.
Mula2 izinkan saya ulangi semula pengenalan sebahagian dari ahli2 rombongan kami kepada pihak tuan rumah…(diantaranya)..
- saya (nama)
- bapa pengantin lelaki
- ibu pengantin lelaki
- ibusaudara dan bapasaudara pengantin lelaki…

3 Sebagai yang telah termeteri didalam perjanjian semasa acara meminang diantara kedua belah pihak setahun yang lalu…kami telah membawa bersama rombongan kami ini hantaran2 dan hadiah2 yang telah dipersetujui iaitu…..
- cincin nikah
- maskahwin
- wang hantaran sebanyak RM……
- hantaran2 lain yang merupakan hadiah sampingan…(apa2 dia…nyatakan)

4 Pihak perempuan memastikan (diminta memastikan) hantaran2 adalah seperti yang disebutkan.

5 (Setelah dipastikan dan dipersetujui)….terimah kasih saya ucapkan dan rasmikanlah penyeranhan barang2 hantaran dan hadiah2 untuk diterima oleh pihak perempuan…

Jurucakap pihak perempuan: memberi salam dan mengucapkan terima kasih.
Menyatakan persetujuan bahawa hantaran2 telah menepati perjanjian yang dibuat dahulu.
Seterus menerima bagi pihak perempuan hantaran2 tersebut.

Kemudian merujuk kepada hantaran balasan pihak perempuan…dan menyerahkannya kepada pihak lelaki.

Pihak lelaki menerima dan mengucapkan terima kasih.

(Selesai upacara serah terima barang2 hantaran…dan mempersilakan tuan kadhi memulakan aturcara pernikahan)

Saturday, June 26, 2010

Zaman islam mundur

Islam melalui fasa kemunduran diakhir zaman

“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali” [Hadis Riwayat Baihaqi].

Pada hemat saya zaman ini telah datang melanda umat islam dan telah pun pergi. Kebelakangan ini ilmu alquran dan al hadis telah tersebar secara meluas… dan ilmu agama tidak lagi terpaut kepada segelintir ‘ulama’ yang adakalanya didalam kebenaran dan adakalanya terkeliru.

Asas agama ini adalah alquran dan alhadis. Seseorang yang berpegang teguh kepada kedua2 sumber ini tidak akan sesat…demikian amanat Rasulullah saw dalam khuthabah terakhirnya kepada sekalian umatnya.

Wednesday, June 23, 2010

huraian bid'ah

Pengertian Bid’ah

dipetik dan diulit dari posting oleh A Dani Permana June 16, 2009

Jika di tinjau dari sudut pandang bahasa, bid’ah adalah diambil dari kata bida’ yaitu al ikhtira ‘/mengadakan sesuatu tanpa adanya contoh sebelumnya. Seperti yang termaktub dalam Kitab Shahih Muslim bi Syarah Imam Nawawi dijelaskan sebagai berikut:
“Dan yang dimaksud bid’ah, berkata ahli bahasa, dia ialah segala sesuatu amalan tanpa contoh yang terlebih dahulu”

Sedangkan jika ditujukan dalam hal ibadah pengertian-pengertian bid’ah tersebut diantaranya:
“Bid’ah adalah suatu jalan yang diada-adakan dalam agama yang dimaksudkan untuk ta’abudi, bertentangan dengan al Kitab (al qur`an), As Sunnah dan ijma’ umat terdahulu“

Bid’ah adalah kebalikannya dari sunnah, dan apa-apa yang bertentangan dengan al qur`an, as sunnah, dan ijma’ umat terdahulu, baik keyakinnanya atau peribadahannya, atau apa-apa yang tidak di syari’atkan Allah dalam agama…maka segala dari sesuatu yang tidak disyari’atkan oleh Allah maka yang demikian adalah bid’ah.

الْبِدْعَةُ فِي الشَّرِيعَةِ إحْدَاثُ مَا لَمْ يَكُنْ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ تَعَالَى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Bid’ah dalam syari’ah adalah apa yang diada-adakan yang tidak ada perintah Rasulullah shalallahu ta’ala ‘alaihi sallam.

وَعَنْ الْهَرَوِيِّ الْبِدْعَةُ الرَّأْيُ الَّذِي لَمْ يَكُنْ لَهُ مِنْ الْكِتَابِ وَلَا مِنْ السُّنَّةِ
Ibnu Hajar al As Qalani dalam Fathul Bari menjelaskan
“Dan yang dimaksud dengan sabdanya “Setiap bid’ah adalah sesat” yakni apa yang diadakan dan tanpa dalil padanya dari syari’at baik dengan jalan khusus maupun umum”

Menurut Ibnu Taimiyah: ‘ Bid’ah dalam agama ialah sesuatu yang tidak disyari’atkan oleh Allah dan rasul-Nya yaitu tidak diperintahkan dengan perintah wajib atau perintah sunnah. Adapun yang diperintahkan dengan perintah wajib dan sunnah serta diketahui perintah-perintah tersebut dengan dalil-dalil syar’i, maka hal itu termasuk yang disyari’atkan oleh Allah, meskipun terjadi perselisihan diantara ulama di beberapa masalah dan sama saja, baik hal itu sudah diamalkan pada masa Rasulullah atau tidak.

Dari definisi-definisi tersebut dapat diambil pokok-pokok pengertian bid’ah menurut syara sebagai berikut:
a. Bid’ah ialah sesuatu yang diadakan di dalam agama. Maka tidak termasuk bid’ah sesuatu yang diadakan di luar agama untuk kemaslahatan dunia seperti pengadaan hasil-hasil industri dan alat-alat untuk mewujudkan kemaslahatan manusia yang bersifat duniawi.
b. Bid’ah tidak memiliki dasar yang menunjukkannya dalam syari’at. Adapun hal-hal yang memiliki dasar-dasar syari’at, maka bukan bid’ah meskipun tidak ada dalilnya dalam syari’at secara khusus. Contohnya pada zaman kita ini orang yang membuat alat alat seperti kapal terbang, roket, tank, dll.
c. Bid’ah di dalam agama kadang-kadang dikurangi dan kadang-kadang ditambah, sebagaimana dijelaskan oleh As-Suyuti meskipun perlu pembatasan bahwa sebab menguranginya adalah agar lebih mantap dalam beragama. Adapun jika sebab menguranginya bukan agar lebih mantap dalam beragama, maka bukan bid’ah. Seperti meninggalkan perintah yang wajib tanpa udzur. Itu disebut maksiat bukan bid’ah begitu pula meninggalkan perkara sunnat tidak dianggap bid’ah.

Berdasarkan hal tersebut diatas nyatalah bid’ah hanya ada dalam hal agama/ibadah, ini sesuai dengan sabda Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Artinya: “Siapa yang membuat hal baru dalam ajaran agama kami apa yang bukan bagian darinya, maka perbuatannya itu tertolak.”

Dan dapat kita lihat keterkaitan antara hadist diatas dengan hadist dibawah yaitu mengenai niat dalam beribadah:
Artinya: “Sesungguhnya segala amalan ibadah itu tergantung dari niat.” Jadi para ulama bersepakat bahwa ciri amal ibadah agar diterima oleh Allah adalah:

a. Meniatkan amal perbuatannya semata demi Allah SWT dan ikhlas kepada-Nya
b. Amal ibadahnya itu dilakukan sesuai dengan tuntunan syariat.

Oleh karena itu, saat Imam al-Fudhail bin Iyadh yang beliau adalah gurunya Imam Asy Syafii, dan beliau juga adalah seorang faqih yang zaahid, ditanya tentang firman SWT, “….supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya….” (Al-Mulk:2),
Penanya: “Amal apakah yang paling baik ??”
Beliau menjawab: “yaitu amal ibadah yang paling ikhlas dan paling benar”
Penanya: “Wahai Abu Ali (al-Fudhail bin Iyadh), apa yang dimaksud dengan amal ibadah yang paling ikhlas dan paling benar itu ?”
Beliau menjawab: “Suatu amal ibadah, meskipun dikerjakan dengan ikhlas, namun tidak benar maka amal itu tidak diterima oleh Allah SWT. Kemudian meskipun amal ibadah itu benar namun dikerjakan dengan tidak ikhlas juga tidak diterima oleh Allah SWT. Amal ibadah baru diterima bila dikerjakan dengan ikhlas dan dengan benar pula. Yang dimaksud dengan ikhlas adalah dikerjakan semata untuk Allah SWT dan yang dimaksud dengan benar adalah dikerjakan sesuai dengan tuntunan Sunnah.

Dengan demikian nyatalah bahwa segala sesuatu itu dianggap benar apabila ibadah dilakukan ikhlas dan sesuai dengan syari’at. Jika ada ulama yang berani mengatakan bahwa jika kita beribadah asalkan dengan niat yang ikhlas akan tetapi tidak dilakukan sesuai dengan syariat atau tidak ada perintahnya mengenai peribadahan tersebut akan diterima oleh Allah maka kadar keilmuan seorang ulama itu harus di pertanyakan. Bahkan ada pula sebagian dari para ustadz-ustadz di daerah yang mereka berani sekali mengatakain asalkan niat Lillahi Ta’aala maka segala sesuatunya itu bisa diterima atau ditolak itu menjadi urusan Allah. Karena manusia hanya berusaha Allahlah yang menentukan. Mereka (para ulama-ulama tersebut) lupa atau tidak mengetahui bahwa selain ikhlas ibadah juga semustinya sesuai/diperintahkan oleh syari’at.

Setelah hal tersebut diatas kemudian timbul lagi permasalahan baru yang disebut sebagai Bid’ah hasanah. Sebenarnya ungkapan bid’ah hasanah ini muncul ketika Umar r.a mendapati suatu kaum muslimin pada zamannya melakukan shalat tarawih pada malam bulan Ramadhan dengan sendiri-sendiri dan bahkan ada yang berjama’ah hanya dengan beberapa orang saja dan ada yang berjama’ah dengan jumlah besar. Keadaan ini terus berlangsung hingga Amirul Mu’minin Umar r.a mengumpulkan mereka kepada satu Imam, lalu beliau radhiallahu ‘anhu berkata: “Sebaik-baiknya bid’ah adalah ini (shalat taraweh secara berjama’ah)”.

Yang kemudian bisa dijadikan pertanyaan adalah apakah benar qiyamul lail dengan berjama’ah di bulan Ramadhan itu temasuk bid’ah yang dikatagorikan kepada bid’ah yang menyesatkan? Hal ini dijawab oleh Syaikh Muhammd bin Shalih al Utsaimini bahwa hal tersebut bukan bid’ah akan tetapi termasuk sunnah Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam, berdasarkan hadist yang diriwayatkan oleh Bukhari dan muslim dari Aisyah r.a, bahwa nabi pernah melakukan qiyamul lail di bulan Ramadhan dengan para sahabat selama tiga malam berturut-turut, kemudian beliau sholallahu ‘alaihi wasallam tidak melakukannya pada malam berikutnya dan bersabda: “Sesungguhnya aku takut kalau shalat tersebut diwajibkan atas kamu lalu kamu tidak akan sanggup melaksakannya.”
Disini jelas sekali bahwa Umar r.a tidaklah mengada-ada atau membuat ajaran baru berupa qiyamul lail dibulan Ramadhan secara berjama’ah dengan satu imam, akan tetapi beliau r.a ingin menyatukan orang-orang yang shalatnya bersendiri-sendiri dan sebagian yang lain berjama’ah. Tidak mungkin apa yang Umar r.a ucapkan “Sebaik-baiknya bid’ah adalah ini (shalat taraweh secara berjama’ah)” adalah bid’ah yang sebagimana yang disabdakan Nabi: Setiap bid’ah itu adalah sesat.” Juga sesuatu yang tidak mungkin jikalau Umar r.a melakukan sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam, karena beliau adalah salah seorang hamba dikalangan sahabat yang mendapat jaminan masuk surga dan beliau juga dikatagorikan sebagai golongan generasi terbaik dan termasuk Khulafa Arasyidin yang lurus dan adil.
Disamping itu pula ada pendapat imam Syafii yang disalahkan artikan dari sebagian kaum muslimin yang kemudian dijadikan kontrovesi dan perselisihan, dan sebagian para ulama berlindung pada qaul Imam Syafi’ie ini. Yaitu tentang pembagian bid’ah hasanah (baik) dan bid’ah sayyi‘ah (buruk). Imam Syafi’I berkata:

عَنْ حَرْمَلَة بْنِ يَحْيَ رَحِمَهُ اللهُ قَالَ : سَـمِعْتُ الشَّا فِعِيَّ رَحِمَهُ اللهُ تَعَالَى يَقُوْلُ : اَلْبِدْعَةُ بِدْ عَتَانِ بِدْعَةٌ مَحْمُوْدَةٌ وَبِدْعَةٌ مَذْمُوْمَةٌ فَمَا وَافَقَ السُّنَّةَ فَهُوَ مُحْمُوْدٌ وَمَا خَالَفَ السَّنَّةَ فَهُوَ مَذْمُوْم .ٌ
Dari Harmalah bin Yahya rahihullah berkata: “Aku mendengar as Syafi’ie rahimahullahu ta’ala berkata: Bid’ah ada dua, yaitu bid’ah yang terpuji dan bid’ah yang tercela. Apa yang bersesuaian dengan sunnah maka itu adalah terpuji dan apa yang bertentangan dengan sunnah berarti tercela.”

وَقَالَ الرَّبِيْعُ رَحِمَهُ اللهُ : قَالَ الشَّـافِعِيُّ رَحِمَهُ اللهُ تَعَالَى : اَلْمُحْدَثَاتُ مِنَ اْلاُمُوْرِ ضَرْبَانَ : اَحَدُهُمَا مَا اَحْدَثَ يُخَالِفُ كَتَابًا اَوْ سُنَّةً اَوْاِجْمَاعًا اَوْ اَثَرًا فَهَذِهِ الْبِدْعَةُ الضَّلاَلَةُ . وَالثَانِيْ مِنَ الْخَيْرِ لاَ خِلاَفَ فِيْهِ لِوَاحِدٍ مِنْ هَذَا فَهِيَ غَيْرُ مَذْمُوْمَة.
Berkata Ar-Rabbi rahimahullah: Telah berkata as-Syafi’ie rahimahullahu Ta’ala: perkara-perkara yang diadakan terbagi dua: yang pertama apa yang di buat bertentangan dengan al-Kitab (al Qur’an), Sunnah, Ijma atau atsar, maka inilah bid’ah yang sesat. Kedua apa yang di buat berupa kebaikan yang tidak bertentangan dengan salah satu dari perkara (al Qur’ah, Sunnah, Ijma, dan atu atsar) maka itu perbuatan yang tidak tercela.

“Bid’ah itu terbagi kepada yang baik dan yang buruk, atau yang terpuji dan tercela. Dalam perkara ini, termasuklah setiap yang diada-adakan selepas zaman Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam dan para Khulafa Ar-Rasyidin”

Persoalan-persoalan qaul Imam Syafii ini telah dijelaskan oleh salafus shalih, diataranya Abdul Qayyum bin Muhammad bin Nasir as-Shaibani rahimahullahu Beliau menjelaskan qaul Imam Syafii tersebut diantaranya:

Tidak diterima perkataan sesorang manusia yang bertentangan dengan sabda Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam walau siapapun orangnya. Sabda Nabi adalah hujjah bagi setiap orang dan bukan perkataan seseorang itu menjadi hujjah untuk menentang/meninggalkan sabda Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam sedangkan nabi Muhammad sholallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda tentang bid’ah:

وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ
Artinya: “Setiap bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dari neraka.” Dalam hal ini juga Abdulah bin Abbas Radhiallahu ‘anhuma berkata:

Artinya: Tidak ada pendapat seseorang (yang) dapat diambil atau ditinggalkan kecuali sabda Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam. Sebagai kesimpulan bahwa pendapat seseorang itu tidak bisa berketerusan diterima bila bertentangan dengan sabda Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam.

Bahwa yang dimaksudkan dengan Imam Syafii bid’ah dari segi bahasa bukan syar’i. Ini berdalilkan kenyataan dari Imam Syafii sendiri sesungguhnya setiap bid’ah dalam syara bertentangan dengan al Qur’an dan As-Sunnah. Imam Syafie sendiri mengaitkan bid’ah yang baik dengan apa yang tidak bertentangan dengan al Qur’an dan as-Sunnah karena setiap bid’ah bertentang dengan firman Allah dan hadist Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam. Seperti firman-Nya
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
Artinya: Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu (Al Maidah: 3) dan juga sabda Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam:
مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Barang siapa yang membuat hal baru dalam ajaran agama kami apa yang bukan bagian darinya, maka perbuatannya itu tertolak.”

Lalu yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh Imam Syafie sebagai bid’ah hasanah/mahmudah (baik/terpuji), yaitu pembukuan mushaf mushaf Al qur’an, kitab-kitab hadist dan shalat tarawih, ini amat tepat menurut definisi bahasa karena walaupun ia tidak ada contoh sebelumnya tetapi dia ada dasarnya dari syara yakni uncapan dari para sahabat Rasul sholallahu ‘alaihi wasallam. Dan juga pembinaan madrasah karena menuntut ilmu itu wajib menurut syara. Jadi semua yang berkaitan dengan dunia yang tidak memudharatkan adalah sesuatu yang baru lagi baik/terpuji karena tidak bertentangan dengan syara.

Penjelasan tersebut diatas menunjukan bahwa setiap bid’ah yang dikatakan terpuji sebenarnya bukanlah bid’ah, karena ia tidak melibatkan urusan agama hanya di sangka bid’ah lantaran kurang memahami istilah bid’ah menurut bahasa dan syara. Adapun bid’ah yang dianggap sesat setelah didapati secara qath’I ialah yang bertentangan dengan al Qur’an dan as sunnah dan juga tiada dalil syara yang menyertainya.
Sebenarnya bagi ulama yang mengetahui pendirian Iman Syafie rahimahullah yang tegas, beliau sangat teliti dalam mengikuti Sunnah Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam dan sangat membenci kepada muqallid (orang yang bertaqlid buta) dan orang yang menolak hadist Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam. Maka sepatutnyalah seseorang itu tidak berprasangka terhadapnya sehingga kita dapati pandangan beliau terhadap hadist sahih. Terutama hadist ” Sesungguhnya setiap bid’ah itu sesat”. Maka dari itu yang paling tepat dan benar ialah bahwa ucapan Imam syafie ini semestinya di letakkan di tempat yang sesuai dengan hadist tersebut bukan dijadikan alasan untuk menentang hadist tersebut, karena apa yang dimaksudkan Imam syafie ialah bid’ah dari segi bahasa (lughah) bukan dari segi syara’ atau dalam persoalan agama.

Imam Syafie rahimahullah menegaskan:
قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللهُ تَعَالَى : اِذَا وَجَدْتُمْ فِى كِتَابِيْ خِلاَفَ سُنَّةَ رَسُـوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُوْلُوْا بِهَا وَدَعُوْا مَا قُلْتُه.ُ
“Apabila kamu temui di dalam Kitabku apa yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka berkatalah (ambil/peganglah} kamu dengan sunnah tersebut dan hendaklah kamu tinggalkan apa yang telah aku katakan.”

Jika ditinjau dari segi bahasa bahwa sabda Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam yang berbunyi “Kullu” ini bermakna bahwa setiap atau semua. Kata Kullu ini juga dapat dipahami “semua atau setiap” seperti dalam Firman Allah surah Al Imran ayat 185, yang berbunyi ” Kullu nafsin zaa iqotul maut yang artinya Setiap atau Semua yang bernyawa pasti akan mati. Kullu disini mencakup segala-galanya, maka kata “Kullu”secara sah dan secara nyata bahwa tidak ada benda yang benyawa yang tidak akan mati.

Jadi sabda Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam “Kullu Bid’atin dhalalah” sudah tentu mencakupi semua bid’ah pasti sesat tanpa harus adanya bid’ah yang baik dalam hal syara’. Dengan demikian jelaslah bahwa semua dalil yang ada bersifat umum dan mutlak meskipun banyak tetapi tidak ada pengecualian sedikitpun dan sudah menjadi ketetapan ilmu ushul bahwa setiap kaidah syar’i yang umum atau dalil syar’i yang umum bila berulang-ulang di banyak tempat dan mempunyai pendukung-pendukung, serta tidak ada pembatasan dan tidak ada pengkhususan, maka hal tersebut menunjukkan tetap dalam keumumannya.

Oleh karena itu tidak layak bagi ulama zaman sekarang untuk berlindung dibalik ungkapan “Ini adalah bid’ah hasanah” bila di kaitkan dengan hal ibadah karena tidak ada jaminan dari Nabi bahwa ulama sekarang adalah sebaik-sebaiknya generasi yang disebutkan dalam sabda Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam yang telah dijelaskan sebelumnya. Jadi intinya perkataan seorang ulama boleh diterima atau di tolak terkecuali Sabda Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam yang mengharuskan kita terima. Yang terpenting adalah bagaimana beramal yang ikhlas dan sesuai dengan apa yang telah disyari’atkan Allah dan Rasul-Nya.

Mengapa Islam keras terhadap permasalahan Bid’ah

Permasalahan bid’ah memanglah sangat ditentang oleh agama karena bid’ah akan membawa kesesatan dan setiap kesesatan itu berasal dari neraka, bahkan Nabi kita sendiri yang menyebutnya bahwa “setiap bid’ah itu adalah sesat.” Maka dari itu sangatlah berbahaya sekali bid’ah ini, karena bid’ah bisa mematikan sunnah dan merupakan seburuk-buruknya perkara.

Saya kutipkan dari beberapa kitab hadist yang menyatakan bid’ah itu adalah sesat, dan perlu kita ketahui yang mengatakan sesat ini bukanlah dari seorang ulama akan tetapi dari Nabi kita shalallahu ‘alai sallam, diantaranya:

• Dalam kitab Shahih Bukhari diriwayatkan sebagai berikut:
قَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْىِ هَدْىُ مُحَمَّدٍ -صلى الله عليه وسلم- وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَإِنَّ مَا تُوعَدُونَ لآتٍ وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ
“Berkata Abdullah sesungguhnya sebaik-baiknya ucapan adalah Kitab Allah dan sebaik-baiknya petunjuk adalah petunjuk Muhammad sholallahu ‘alaihi wasallam dan seburuk-buruknya perkara adalah yang diada-adakannya dan (sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti datang, dan kamu tidak sanggup menolaknya - Surah Al An’am: 134)

• Dalam shahih Muslim diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah, bersabda Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam:
أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Sebagai pendahuluan sesungguhnya sebaik-baiknya ucapan adalah Kitab Allah dan sebaik-baiknya petunjuk adalah petunjuk Muhammad sholallahu ‘alaihi wasallam dan seburuk-buruknya perkara adalah yang diada-adakan dan setiap bid’ah adalah sesat”

• Dalam Kitab Sunan Abu Dawud diriwayatkan dari ‘Irbadh bin Syariyah, Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِى فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإ ِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Aku wasiatkan kepada kamu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan dengarlah serta ta’atlah sekalipun kepada budak Habsyi, karena sesungguhnya orang hidup diantaramu sesudahku dikemudian hari maka akan melihat perselisihan yang banyak. Maka dari itu hendaklah kamu sekalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah khalifah yang mendapat petunjuk dan lurus, hendaklah kamu berpegang dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham mu (berpegang teguh) dan jauhilah oleh kamu sekalian akan perkara yang diada-adakan, maka sesungguhnya setiap yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.

• Dalam Sunan Attirmidzy diriwayatkan dari Katsir bin Abdullah dari bapaknya dari neneknya:
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ لِبِلاَلِ بْنِ الْحَارِثِ « اعْلَمْ ». قَالَ مَا أَعْلَمُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « اعْلَمْ يَا بِلاَلُ ». قَالَ مَا أَعْلَمُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « أَنَّهُ مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى قَدْ أُمِيتَتْ بَعْدِى فَإِنَّ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلَ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنِ ابْتَدَعَ بِدْعَةَ ضَلاَلَةٍ لاَ يَرْضَاهَا اللَّهُ وَر َسُولُهُ كَا نَ عَلَيْهِ مِثْلُ آثَا مِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ ذ َلِكَ مِنْ أَوْزَارِ النَّاسِ شَيْئًا ». قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ
“Bahwasannya Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada Bilal bin Harits (Ketahuilah) Bilal berkata: apa yang harus aku ketahui ya Rasulullah, Bersabda Nabi (Ketahuilah Ya Bilal), Bilal Berkata apa yang harus aku ketahui Ya Rasulullah, Rasulullah bersabda: {Sesungguhnya siapa yang menghidupkan Sunnah dari Sunnahku yang sungguh telah dimatikan dimasa sesudahku, maka sesungguhnya ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangi sedikitpun dari pahala mereka. Dan barang siapa yang mengada-adakan bid’ah yang sesat yang tidak diridhai oleh Allah dan Rasul-Nya maka baginya seperti dosa-dosa yang mengerjakannya dengan tidak dikurangi yang demikian dari dosa-dosa orang-orang itu}. Berkata Abu ‘Isa hadis ini hasan.

• Dalam Sunan An Nasaai diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah, Bersabda Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ فِى خُطْبَتِهِ يَحْمَدُ اللَّهَ وَيُثْنِى عَلَيْهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ثُمَّ يَقُولُ مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِىَ لَهُ إِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْىِ هَد ْىُ مُحَمَّدٍ وَشَرَّ الأُمُو رِ مُحْدَثَا تُهَا و َكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ
“Adalah Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam dia bersabda dalam khutbahnya dengan memuji kepada Allah dan kepadanya dan kepada keluarganya, kemudian dia bersabda barang siapa yang ditunjuki Allah maka tidak ada yang menyesatkan kepadanya, dan barang siapa yang disesatkan-Nya maka tiada ada yang memberi petunjuk kepadanya, sesungguhnya sebenar-benarnya perkataan adalah Kitab Allah dan sebaik-baiknya petunjuk adalah petunjuk Muhammad sholallahu ‘alaihi wasallam dan seburuk-buruknya perkara adalah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat dan setiap kesesatan dari neraka.”

•Dalam Mukadimah Sunan Ibnu Majah diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِنَّمَا هُمَا اثْنَتَانِ الْكَلاَمُ وَالْهَدْىُ فَأَحْسَنُ الْكَلاَمِ كَلاَمُ اللَّهِ وَأَحْسَنُ الْهَدْىِ هَدْىُ مُحَمَّدٍ أَلاَ و َإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ شَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Sesungguhnya tiada lain melainkan dua yaitu al Kalam (perkataan) dan petunjuk, maka sebaik-baiknya kalam adalah Kalam (firman) Allah dan sebaik-baiknya petunjuk adalah petunjuk Muhammad sholallahu ‘alaihi wasallam, ketahuilah hendaklah kamu menjauhi perkara yang diada-adakan, maka sesungguhnya seburuk-buruknya perkara adalah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.”

Diriwayatkan dari Hudzaifah ra, ia berkata: bersabda Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam:
لاَ يَقْبَلُ اللَّهُ لِصَاحِبِ بِدْعَةٍ صَوْمًا وَلاَ صَلاَةً وَلاَ صَدَقَةً وَلاَ حَجًّا وَلاَ عُمْرَةً وَ لاَ جِهَادًا وَلاَ صَرْفًا وَلاَ عَدْلاً يَخْرُجُ مِنَ الإِسْلاَمِ كَمَا تَخْرُجُ الشَّعَرَةُ مِنَ الْعَجِين
“Allah tidak akan menerima puasanya orang yang berbuat bid’ah, tidak menerima shalatnya, tidak menerima shadaqahnya, tidak menerima hajinya, tidak menerima umrahnya, tidak menerima jihadnya, tidak menerima taubatnya, dan tidak menerima tebusannya, ia keluar dari islam sebagaimana keluarnya helai rambut dari tepung.
Dan diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, ia berkata: Rasulullah bersabda:
أَبَى اللَّهُ أَنْ يَقْبَلَ عَمَلَ صَاحِبِ بِدْعَةٍ حَتَّى يَدَعَ بِدْعَتَهُ
“Allah enggan bahwasannya menerima amal perbuatan bid’ah hingga dia meninggalkan bid’ahnya”

•Dalam Musnad Ahmad bin Hanbal diriwayatkan dari al Qasim bin Abdurrahman, dari bapaknya dari Abdullah, ia berkata:
إِنَّهُ سَيَلِى أَمْرَكُمْ مِنْ بَعْدِى رِجَالٌ يُطْفِئُونَ السُّنَّةَ وَيُحْدِثُونَ بِدْعَةً وَيُؤَخِّرُونَ الصَّلاَةَ عَنْ مَوَاقِيتِهَا. قَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ بِى إِذَا أَدْرَكْتُهُمْ قَالَ « لَيْسَ يَا ابْنَ أُمِّ عَبْدٍ طَاعَةٌ لِمَنْ عَصَى اللَّهَ ». قَالَهَا ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
“Sesungguhnya seburuk-buruknya perkara kamu sekalian sesudahku yaitu seseorang yang mematikan sunnah, mengada-adakan bid’ah dan mengakhirkan shalat dari waktunya, berkata ibnu Mas’ud Ya Rasulullah bagaimana apabila aku mengetahui mereka, Rasul bersabda: Ya Ibnu Ummi ‘Abdin tidak ada keta’atan bagi orang yang durhaka kepada Allah” Dia berkata tiga kali.”

Disamping hal tersebut diatas Dr. Yusuf Qardhawi dalam Kitabnya As Sunnah wal Bid’ah menjelaskan mengenai bahaya bid’ah diantaranya:

a. Pembuat dan pelaku bid’ah mengangkat dirinya sebagai pembuat syariat baru dan sekutu bagi Allah Swt. Bila bid’ah dapat dibenarkan dalam Islam maka bukan tidak mungkin bila kemudian Islam akan menjadi agama yang sama dengan agama-agama sebelumnya, yang ahli-ahli agamanya menambahkan hal-hal baru dalam agamanya dengan hawa nafsunya sehingga pada akhirnya agama tersebut berubah sama sekali dari yang aslinya. Dengan demikian, orang yang membuat bid’ah meletakkan dirinya seakan-akan sebagai pihak yang berwenang menetapkan hukum dan menjadi sekutu bagi Allah. Sebagai contoh para mufasir menafsirkan ayat:
غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Artinya: Bukan jalan orang-orang dimurkai atas mereka, yaitu mereka yang telah mengetahui kebenaran yang hak tetapi tidak melaksanakannya, dan berpindah kepada yang lain seperti orang-orang Yahudi, mereka telah mengetahui kitab Allah, tetapi tidak melaksanakannya, dan pada ayat selanjutnya Bukan jalan orang-orang yang sesat (al-Fatihah: 7) yaitu orang yang berani-berani saja membuat jalan sendiri diluar yang digariskan oleh Allah dan para Rasul-Nya. Contoh dalam hal ini ialah kaum nasrani karena mereka mengikuti kebenaran akan tetapi mereka tidak benar dalam melakukannya sebab tidak sesuai dengan yang telah disyari’atkan.

Ada sebuah hadis yang sahih dirawikan oleh Abd bin Humaid dari ar-Rabi bin Anas, dan Riwayat Abd bin Hummaid juga dari pada Mujahid, demikian juga daripada Said bin Jubair dan hadist lain yang dirawikan oleh Imam Ahmad dan lain-lain daripada Abdullah bin Syaqiq, daripada Abu zar, dan diriwayatkan juga oleh Sufyan bin Uyaynah dalam tafsirnya, daripada Ismail bin Abu Kholid. Bahwa Ady bin Hatim r.a. bertanya kepada Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam., “Siapakah yang dimurkai Allah itu?” Jawab Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam., “Alyahud (Yahudi)”. “Dan siapakah yang sesat itu?” Jawab Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam. “An-Nashara (Kristen/Nasrani)”.
Yang wajib ditekankan ialah kepada sebab-sebab maka Yahudi dikatakan terkena murka dan sebab-sebab nasrani tersesat. Yahudi dimurkai karena mereka selalu mengingkari segala petunjuk yang dibawakan oleh rasul-rasul mereka, kisah pengingkaran yahudi tersebut di dalam kitab-kitab mereka sendiri sampai sekarang, sehingga Nabi Musa AS, pernah mengatakan bahwa mereka itu keras kepala, tak mau tunduk, sampai mereka membunuh Nabi-nabi Allah. Nashoro tersesat karena sangat cintanya kepada Nabi Isa Al masih, mereka katakan Isa as itu anak Allah, bahkan Allah sendiri menjelma menjadi anak, datang kedunia menebus dosa manusia dan juga mereka membuat syari’at-syariat baru dan menambah-nambahkannya diluar dari yang ditetapkan oleh rasul-Nya. Oleh karena itu Allah mengecam tindakan kaum nasrani ini dengan firmannya:
“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan juga (mempertuhankan) Almasih putra Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan selain Dia, Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.” (At-Taubah: 31)

Sebuah hadist yang diriwayat oleh Imam At-tarmidzy, dari Ady bin Hatim ra. “Bahwa ketika dakwah rasulullah sampai kepadanya, Ady lari menuju syam, ketika itu dia masih beragama Nasrani, akan tetapi saudara perempuannya telah masuk islam. Lalu saudara perempuannya membujuk Ady untuk memeluk Islam. Ady kemudian setuju dan kemudian datang menghadap Rasul dan keadaan dilehernya tergantung tanda salib yang terbuat dari perak. Ketika Rasul melihat salib tersebut, Rasul membaca ayat “Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib dari kalangan mereka sebagai tuhan selain Allah….(at-taubah: 31). Ketika Ady mendengar ini, dia menjawab: Tidak ya Rasulullah, mereka tidak melakukan apa yang engkau katakan. Kemudian Rasul menjawab: “Tetapi mereka mengharamkan apa yang telah di halalkan, dan menghalalkan apa yang telah di haramkan oleh Allah. Dan bila ketetapan ini dilakukan oleh kaumnya, inilah yang di maksudkan bahwa mereka telah menyembah orang-orang alim dan rahib-rahib di kalangan mereka sebagai Tuhan mereka.

Oleh karena tersebut diatas sudah selayaknya kita sebagai mu’min tidak mengikuti pola yang telah diterapkan oleh kaum Nasrani tersebut. Bahwa mutlak yang namanya ibadah yang berkaitan dengan syari’at itu harus sesuai dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya agar kita tidak termasuk umat yang salah jalan.
b. Pembuat bid’ah memandang agama tidak lengkap dan bertujuan melengkapinya. Hal ini bertentangan dengan surat Al-Maidah:3 …Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah kuridhai Islam sebagai agamamu.” Ibnu Majisyun meriwayatkan dari Imam Malik–Imam Darul Hijrah–bahwa dia berkata, “Siapa yang telah membuat praktek bid’ah dalam agama Islam dan ia melihatnya sebagai suatu tindakan yang baik, berarti ia telah menuduh Nabi Muhammad sholallahu ‘alaihi wasallam telah menghianati risalah. Dasarnya adalah ayat di atas. Agama Islam telah sempurna sesuai pernyataan ayat tersebut dan tidak membutuhkan penambahan lagi.

c. Praktek Bid’ah Mempersulit Agama dan menghilangkan sifat kemudahannya. Agama Islam datang dengan sifat mudah dilaksanakan, kemudian orang-orang yang membuat praktek bid’ah mengubah sifat mudah itu menjadi susah dan berat. Misalnya: Redaksi shalawat yang paling afdhal adalah shalawat yang biasa kita baca ketika Tashawud akhir. Berapa lama waktu yang kita butuhkan untuk membaca shalawat dengan redaksi tadi, Mungkin hanya 1/4 atau 1/2 menit. Namun banyak orang yang mengarang dan membuat redaksi-redaksi shalawat baru kepada Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam yang tidak diperintahkan oleh Allah Swt.

d. Bid’ah dalam agama mematikan sunnah. Jika seseorang mencurahkan energinya untuk melaksanakan perbuatan bid’ah, niscaya energinya untuk menjalankan Sunnah menjadi berkurang karena kemampuan manusia terbatas. Sebagai contoh dalam sebuah majlis dzikir yang dipimpin oleh seseorang kemudian didalamnya seseorang tersebut memerintahkan kepada pengikutnya untuk membaca misalnya Alfatihah 100X, Al Ikhlas 111 X, Annas 111 X, dan Al falaq 111 X dan sebagainya, dengan tujuan yang tidak jelas dapat ilmunya dari mana akan tetapi ia berani mengatakan bahwa hal ini dilakukan untuk taqarrub kepada Allah, bahkan terlebih parah lagi jikalau untuk sesuatu yang bersifat magic seperti untuk ilmu kebatinan, kekebalan dan lain sebagainya. Dan jelaslah bahwa bid’ah itu dapat menguras energinya sehingga sunnah yang berasal dari Rasulnya tidak terpelajari karena waktu habis terkuras dengan bacaan-bacaan yang bukan di syari’atkan oleh Allah dan Rasul-nya. Apakah lebih baik jika kita membuka dan mempelajari Al Quran/tafsirnya dan Kitab-kitab hadist.
e. Bid’ah dalam agama membuat manusia tidak kreatif dalam urusan-urusan keduniawian. Generasi Islam yang pertama banyak menelurkan kreativitas dalam bidang-bidang duniawi dan mempelopori banyak hal yang belum pernah dilakukan sebelumnya. Ilmu-ilmu Islam yang dihasilkan pada saat itu seperti ilmu alam, matematika, astronomi dan lain-lain menjadi ilmu yg dipelajari dunia dan masyarakat dunia belajar tentang ilmu-ilmu itu dari kaum muslimin. Mayoritas yang melatar belakangi generasi Islam pertama ini menggeluti dan mengembangkan ilmu-ilmu tadi adalah motif agama. Misalnya: Al-Khawarizmi menciptakan ilmu aljabar salah satunya untuk menyelesaikan masalah2 tertentu dalam bidang wasiat dan warisan. Karena sebagian darinya memerlukan hitungan-hitungan matematika. Kelihatan bahwa dalam bidang agama mereka semata berpegang pada nash dan Al-Qur’an sedang dalam bidang kehidupan mereka berkreasi.

f. Bid’ah dalam Agama memecah belah dan menghancurkan persatuan umat. Berpegang teguh pada Sunnah akan menyatukan umat sehingga dapat menjadi satu barisan kokoh di bawah bimbingan kebenaran yang telah diajarkan oleh Nabi Sholallahu ‘alaihi wasallam. Karena Sunnah hanya satu sedang bid’ah tidak terbilang jumlahnya. Oleh karena itu, bila kita secara konsekuen mengikuti Sunnah maka saat itu mereka bersatu padu.

Setelah mengetahui bahwa begitu bahayanya bid’ah tersebut maka seharusnyalah kita menghindari dari hal tersebut diatas. Maka dari itu tetaplah berpegang pada Al qur-an dan Assunah, atsar dan ijma sahabat, Tabi’in dan tabi’ut tabi’in karena mereka orang yang dinyatakan Rasulullah sebaik-baiknya generasi. Berikut firman-firman Allah serta nasihat-nasihat yang diberikan oleh Nabi-Nya dan generasi terbaik yang telah tersebut diatas dan para salafus shalih untuk tidak berpecah belah lantaran perbuatan bid’ah diantaranya:

a. Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 102 - 103
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ - وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Artinya: Hai Orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim. Dan perpeganglah kamu semua dengan dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah. Dan ingatlah nikmat Allah terhadapmu ketika kamu saling bermusuhan maka Dia satukan hati kamu lalu kamu menjadi saudara dengan nikmat-Nya dan ingatlah ketika kamu berada di bibir jurang neraka lalu Dia selamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya agar kamu mendapat petunjuk.

b. Firman Allah dalam Surah Al An’am ayat 153
وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Artinya: Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia, dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan (lainnya) sebab jalan-jalan itu akan mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Allah berwasiat kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa.

c. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah meridhai tiga perkara untuk kamu …diantaranya: dan hendaklah kamu berpegang dengan tali Allah.”

d. Dari abdullah bin Amr ra, dia berkata: ‘Rasulullah bersabda’: “Setiap amal perbuatan memiliki saat untuk semangat dan setiap semangat memiliki waktu lemah. Maka sesesipa yang dalam waktu lemahnya kembali kepada sunnahku maka dia mendapat petunjuk, dan barang siapa yang diwaktu lemahnya kembali kepada bukan sunnahku maka dia akan celaka.”

e. Hudzaifah bin Al Yaman r.a berkata: “Hai para qari (pembaca Al qur’an) bertaqwalah kepada Allah dan telusurilah jalan-orang-orang sebelum kamu, sebab Demi Allah seandainya kamu melampaui mereka (para sahabat), sungguh kamu melampaui sangat jauh, dan jika kamu menyimpang ke kanan dan kekiri maka kamu akan tersesat sejauh-jauhnya.”

f. Ibnu Mas’ud berkata: “Ikutlah (sunnah) dan jangan berbuat bid’ah, sebab sungguh itu (sunnah) telah cukup untuk kalian. Dan bahwa setiap bid’ah itu adalah sesat.” Dan dia r.a juga berkata: “Berpeganglah kamu dengan ilmu (as-sunnah) sebelum diangkat, dan berhati-hatilah kamu dari mengada-adakan hal yang baru (bid’ah), dan melampaui batas dalam berbicara dan membahas suatu perkara, hendaklah kalian tetap berpegang dengan contoh yang lalu.” Dan dia r.a juga berkata lagi: “Sederhana dalam as sunah lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam bid’ah”

g. Imam Azuhry berkata: Ulama kita yang terdahulu selalu mengatakan: “Berpegang dengan as-sunnah itu adalah keselamatan. Dan ilmu itu tercabut dengan segera, maka tegaknya ilmu adalah kekokohan Islam sedangkan perginya para ulama akan hilang pula semua itu (ilmu dan agama).”

h. Sa’id bin Jubair berkata: “mengenai ayat - Dan beramal shalih kemudian mengikuti petunjuk” (Surah thaha: 82), yaitu senantiasa berada diatas As-Sunnah dan mengikuti al-Jama’ah).”

i. Ibnu Abbas r.a berkata: “Tetaplah kamu beristiqamah dan berpegang dengan atsar serta jauhilah bid’ah.”

j. Imam Al Auza’i rahimahullah berkata: “Berpeganglah dengan atsar salafus shalih meskipun seluruh manusia menolakmu, dan jauhilah pendapat orang-orang (selain salafus shalih) meskipun mereka (ahli bid’ah) menghiasi perkataannya terhadapmu.”
Demikianlah nasihat-nasihat Nabi sholallahu ‘alaihi wasallam dan pendapat para generasi terbaik dari umat ini mengenai bid’ah, maka selayaknya mereka itu semua dapat di jadikan ikutan buat kaum muslimin zaman sekarang. Hal ini mereka (para sahabat, generasi setelahnya, dan setelahnya lagi) lakukan demi murninya ajaran Islam dan tidak dikotori oleh bid’ah yang menyesatkan. Ulama-ulama dari kalangan sahabat, tabi’in, dan para imam sesudahnya, telah dapat kita lihat kebaikannya pada abad-abad kemuliaan, dan mereka telah bersepakat dalam mencela, memburukkan, menjauhi bid’ah dan pelakunya serta tidak ada keragu-raguan dan tawaquf (berdiam diri).

00000000000000000000000000________________________________________

Thursday, June 17, 2010

kematian

KEMATIAN
Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua. Begitulah bagi kaum masyarakat Melayu, sama ada yang di kampung atau di pekan, langkah yang mula-mula sekali dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada siak atau penjaga masjid kampung atau pekan itu supaya dituliskan di atas papan pemberi tahu masjid itu untuk pengetahuan orang-orang kampung tentang siapa yang mati, bila dan di mana dikebumi atau dikuburkan. Kemudian dihebohkan dengan mulut kepada kaum keluarga dan sahabat handai terdekat dan bagi sanak saudara yang tinggal jauh pula diberitahu melalui telefon atau telegram atau dengan surat . Adalah menjadi perkara mustahak untuk dihebohkan agar tidak ada sesiapa yang akan terkecil hati disebabkan tidak mengetahui akan kematian si mati.

Sekiranya si mati meninggal pada sebelah petang atau malam, biasanya waktu mengkebumikan mayat itu ditetapkan pada waktu tengah hari atau selewat-lewatnya pada waktu petang esoknya. Jika si mati meninggal pada waktu subuh atau pada waktu pagi maka masa mengkebumikannya akan dilakukan pada sebelah petang itu juga. Ini disebabkan kerana adalah menjadi tuntutan agama Islam supaya mayat itu dikebumikan dengan seberapa cepat yang mungkin. Pada sisi Islam adalah lebih afdal mayat dikebumikan di dalam tempoh enam jam selepas waktu hayatnya.

Mula-mula mayat itu diangkat daripada tempat ia meninggal dunia dan di-letakkan di tengah-tengah rumah di atas katil atau tilam beralas kain cadar yang bersih dan elok. Di atas mayat itu dipasang langit-langit daripada kain bagi menahan atau menyekat sebarang habuk atau kotoran daripada jatuh ke atas mayat itu. Kemudian kedua-dua tangan mayat itu dikiamkan ke dadanya dan mayat itu diselimut atau ditutup dari kepala litup hingga ke hujung kakinya dengan sehelai dua kain panjang. Menjadi adat masyarakat orang Melayu, sebuah kacip pinang akan diletakkan melintang di atas kain yang menutupi mayat itu, di tengah antara perut dengan dadanya. Tujuan ianya dibuat begitu, ialah kononnya untuk menegah mayat itu daripada dilangkah hantu atau syaitan. Di sebelah mayat itu diletakkan bara atau tempat perasap yang sentiasa berbara api dan dibakar di dalamnya sejenis serbuk harum. Apabila dibakar atau dipanggil oleh masyarakat Melayu "setanggi", atau kalau tidak setanggi maka dibakarlah serbuk kayu gaharu dan bakaran ini diadakan berterusan selagi mayat itu ada di dalam rumah. Bahkan ada yang meneruskan bakaran tepak bara dengan gaharu atau setanggi itu setiap siang dan malam selama tiga hari.

Sementara menunggu alat-alat kelengkapan mandi, kapan dan keranda mayat itu disiapkan yang akan mengambil masa beberapa jam lamanya, maka sesiapa daripada kaum keluarga dan sahabat handai si mati itu yang ingin melihatnya bolehlah bergilir-gilir masuk melihat mayat dengan hanya menyingkap kain tudung muka mayat itu. Setiap orang perlulah cermat dan hormat ketika melihat mayat. Menjadi adat, selagi mayat itu masih berada di dalam rumah hendaklah ahli-ahli pelawat yang datang berkumpul menziarah dan juga jiran-jiran di sekeliling rumah mayat itu tidak membuat hingar bingar dan berbual-bual perkara yang tidak senonoh. Ini adalah diadatkan oleh adat resam Melayu dan dikehendaki oleh syariat Islam sebagai tanda menghormati insan yang telah pergi buat selama-lamanya dan menganggap setiap mayat itu akan masuk syurga. Begitu jugalah dikehendaki ketika mengiringi mayat di sepanjang jalan mayat itu diangkat dan diiringkan ke kuburnya, di mana bacaan surah al-fatihah disedekahkan sebagai hadiah kepada roh si mati.

Apabila tiba masanya mayat itu dimandikan, mayat itu pun diangkat dan dibawa ke tempat yang disediakan untuk dimandikan oleh tukang mandi perempuan, jika mayat itu perempuan, atau oleh tukang mandi lelaki, jika mayat itu lelaki. Memandikan mayat itu dilakukan dengan tertib dan sehabis bersih. Selesai memandikan mayat itu, tubuh badannya dilumur serata-ratanya dengan dua jenis serbuk atau kapur barus dan cendana. Di celah-celah pelipat dan lain-lain tempat yang mustahak diselitkan dengan kapas, kemudian barulah mayat itu diangkat dan dibawa ke tengah atau ke serambi rumah itu untuk dikapankan iaitu dipakaikan kain dan seluar daripada kain putih yang tidak berjahit. Setelah itu, dibungkus atau disarung mayat itu dengan kain putih yang juga tidak berjahit. Kedua-dua jenis pakaian yang dipakaikan ke atas mayat itulah yang dipanggil atau dinamakan kapan mayat. Mayat yang telah dibungkus itu tadi dililit dan diikat dengan beberapa ikatan dari kaki hingga ke leher kecuali di bahagian kepalanya dibiarkan tidak berikat untuk sementara waktu. Ini bertujuan pada masa itu diadatkan kaum keluarga si mati itu dipanggil untuk menaburkan sejemput daripada serbuk cendana yang memang sediakan, disekeliling kepala mayat itu, sebagai isyarat atau tanda penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah selesai adat menabur cendana itu barulah kepala mayat itu dibungkus dan diikat. Kemudian dimasukkan mayat itu ke dalam sebuah peti yang dipanggil keranda yang diperbuat daripada kayu yang ringan. Di bawah keranda itu lantainya diregang tutup dengan sebidang kain putih yang dilekatkan disekeliling papan keranda itu dengan pin-pin lekap. Setelah itu, keranda itu pun diangkat dan diletakkan di atas usungan dan ditutup keranda itu dengan beberapa lapis kain panjang yang elok-elok. Kain lapis pada atas sekali, biasanya diletakkan kain yang bertulis ayat-ayat Al-Quran.

Kemudian barulah dipikul dan diusung oleh orang ramai dengan bergilir-gilir dan berjalan secara perlahan-lahan ke masjid yang berhampiran dengan tanah perkuburannya untuk disembahyangkan jika mayat itu tidak disembahyangkan di rumahnya.

Setibanya di masjid, diturunkan keranda itu daripada usungannya lalu dibawa masuk ke dalam masjid dan diletakkan berhadapan dengan mihrab masjid itu dan kemudian tampillah sekalian haji-haji, lebai-lebai dan juga orang yang mengiringi mayat itu tadi menyembahyangkan mayat itu. Selesai sembahyang mayat, biasanya diedarkan sedekah berupa wang atau benda contohnya seperti kain pelekat kepada mereka yang telah menyembahyangkan mayat itu tadi. Setelah itu, mayat itu pun dipikul kembali oleh beberapa orang untuk di bawa ke kubur yang telah siap sedia digali. Mayat dengan kerandanya itu pun dimasukkan ke dalam kubur itu. Sebelum ditimbus kubur itu, siak masjid atau sesiapa berkenaan akan turun ke dalam kubur membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat itu serta dibukanya ikatan kapannya. Mayat itu disendal dengan kepal-kepal tanah yang kebanyakannya dikepal oleh keluarga si mati, dan setelah dibangkan di telinga mayat itu oleh siak maka barulah keranda itu ditutup dan kubur itu ditimbus dengan tanah.

Selesai kubur itu ditimbus, dipacakkan sebatang ranting pohon sebagai tanda untuk memacakkan batu nesan pada kemudian hari. Ada juga yang sudah sedia membawa dua batang batu nesan untuk dipacakkan pada masa itu juga. Siap sahaja kubur itu ditimbus, tampillah seorang haji, imam atau orang alim di tepi kubur itu dimana telah dibentang untuknya duduk sebidang di atas tikar sila atau tikar kecil. Di tepi kubur itu disediakan setalam bunga rampai atau pelbagai bunga changa dan disediakan juga satu atau dua balang air cendana. Di atas tikar sila itulah duduk tuan haji, lebai atau tuan alim membaca talkin dan bertahlil serta membaca doa untuk si mati itu. Ada juga dahulu, diadatkan orang yang membaca talkin itu dipayungkan walaupun hari tidak hujan atau cahaya matahari tidak memacar ke atasnya. Setelah selesai talkin, tahlil dan doa dibaca dan diaminkan oleh sekalian pengiring-pengiring mayat yang masih ditempat perkuburan itu, lalu air kedua-dua balang itu pun disiramkan ke atas kubur itu dari kepala sampai ke bahagian kakinya sehingga habis air di dalam balang itu. Kemudian bunga di dalam talam itu pun ditaburkan serata di atas kubur itu. Dengan demikian, selesaiah adat mengkebumikan mayat itu dan bersurailah sekalian yang hadir ditempat perkuburan itu. Ada juga yang sebelum bersurai, bertemu dan bersalaman dengan bapa atau waris si mati itu. Tok alim, tok imam atau tok lebai, pembaca talkin itu akan diberi bayaran wang sebanyak lebih kurang dua hingga lima ringgit, ada juga dihadiahkan tikar sila tempat dia duduk membaca talkin itu dan balang air yang telah dikosongkan. Selain itu, sesetengahnya menghadiahkan payung yang telah digunakan ketika memayungkan orang yang membaca talkin tadi.
Dari zaman-berzaman hingga ke sekarang ini telah dijadikan adat resam Melayu mengadakan kenduri arwah, pada hari-hari ketiga, ketujuh, keempat belas, keempat puluh dan keseratus kemudian selepas hari mati itu dan kadang kala setiap tahun mengadakan kenduri arwah sebagai tanda memperingati si mati sambil mensedekahkan doa-doa yang merupakan rezeki atau makanan mereka di hari akhirat.

00000000000000
 

accutane