Saturday, May 29, 2010

menjana kasih kepada Rasulullah s.a.w.

Menjana kasih kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam

Mengenai kisah2 yang disampai dari cerita2 yang diperolehi daripada kitab2 lama, seperti injil dan taurat dsbnya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda agar umatnya mendengarnya dan jangan menyangkal maupun membenarkan.

Kedatangan nabi akhir zaman sangatlah ditunggu2 oleh bangsa Yahudi sejak dari zaman nabi Musa s.a. lagi. Nabi inilah yang diceritakan mereka sebagai Rasulullah…rasul2 terdahulu adalah rasul bagi umat bangsanya sahaja, sementara rasul akhir zaman inilah Rasul bagi seluruh makhluk.

Dialah Rasul yang dinanti2 yang akan membawa umatnya kepada kemenangan dan kebahagian yang hakiki, dunia akhirat, yang amat kasih kepada umatnya dan yang amat disayangi oleh tuhan rabbul’alamin.

Dikatakan diakhirat nanti selepas selesai urusan kira mengira dosa pahala, dan yang masuk syurga telah berada didalam syurga2 nikmat masing2, sementara yang masuk neraka sedang mengalami azab…nabi ini akan meminta untuk menziarahi umatnya yang telah dimasukkan ke dalam neraka. Apabila berita ini di sampaikan kepada neraka, bahawa Rasulullah berhasrat datang menziarahinya untuk melihat keadaan umatnya, menggigillah neraka ketakutan ia mengingatkan bahawa kekasih Allah akan datang kepadanya. Rasulullah telah memerintahkan agar neraka mengeluarkan semua umatnya daripada dalam neraka untuk dibawa masuk kedalam syurga..semua umat nabi akhir zaman ini dimasa itu dikeluarkannya daripada dalam neraka …. melainkan umatnya yang tidak mahu. Umatnya yang tidak mahu ialah mereka yang ingkar terhadap kalimah syhadah la ilaaha illallah….begitu diantara cerita keistimewaan nabi akhir zaman didalam kitab2 lama.

Ulama’ yahudi telah menyembunyikan fakta yang terdapat didalam taurat dan injil apabila sahaja yakin akan perutusan nabi akhir zaman ternyatanya dari kalangan bangasa Arab dan bukan bangsa yahudi. Hingga sekarang ini hanya ulama’ terbesar dari kedua- dua agama kitabiah ini, yahudi dan nasara, yang memperolehi keterangan2 kitab2 mereka yang disembunyikan dari khalayak umum. Khalayak umum mereka tidak mengetahui langsung akan perkara sebenar dan sehingga kini masih yakin dan menanti2 kan perutusan kepada mereka nabi akhir zaman yang mereka sanjungi…..

…melainkan ulama’2 mereka yang ikhlas imannya kepada Allah seperti Abdullah b Salam ra dan Abi Hurairah ra…mereka berdua telah memeluk islam dan menjadi diantara para sahabat yang amat setia dan rela menggadai nyawa dalam mempertahankan Rasulullah s.a.w. untuk meyempurnakan misinya menyampaikan seruan Allah kepada makhluknya.

Didalam kitab hindu juga ada menyebut kisah nabi terbesar dan terulung akhir zaman ini, yang penganutnya masih menanti2kan kemunculannya hingga kini. Dikhabarkan bahawa nabi akhir zaman ini akan merentasi bumi ini dengan kuda terbang bersayap dan menerokai langit tinggi. Alaahai nabi yang mereka tunggu2 telah pun datang dan kembali kepada tuhanNya tanpa disedari oleh puak2 hindu ini…walhal mereka menjadi pula penentang yang keras kasar terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan umat2nya.

Kebesaran dan kemuliaan Rasulullah s.a.w yang telah dianugerahkan Allah dapat kita hayati melalui peristiwa2 yang telah kita ketahui melalui hadis2 sahih dan dari Al Quran sendiri.

semasa perang khandak - ketika menggali parit, para sahabat buntu tidak berupaya memecah 2 batu besar yang menghalangi penggalian parit. Nabi s.a.w. pun diberitahu perkara yang dihadapi. Ketika nabi s.a.w. mengangkat penukul untuk menukul batu, Abu Ayub al Ansari terlihat ikatan batu pada perut yang mulia (cara orang Arab menahan lapar kerana tak makan beberapa hari). Dengan mudah nabi memecah kedua batu2 itu, yang menunjukkan kelebihan kekuatan nabi s.a.w. melebihi umatnya yang kuat2. Bersama kehancuran batu itu nabi s.a.w. di gambar kepadanya oleh Allah bahawa umatnya akan berjaya mengalahkan Parsi dan Empire Rome. Abu Ayub dengan diam2 pulang meminta isterinya menyediakan sedikit roti dan daging untuk menjamu Rasulullah s.a.w. Jamuan sedikit cukup untuk 3/4 orang, namun nabi s.a.w. telah memanggil semua yang hadir kepada jemputan Abu Ayub ra. Nabi mendoakan keatas makanan yang kemudiannya dimakan oleh beratus dari para sahabat yang kelaparan diketika itu.

semasa isra’ - semua rasul2 terdahulu dikumpulkan di masjidil Aqsa sebagai memberi penghormatan kepada pemimpin sekalian rasul2, dan nabi mengimami mereka didalam sembahyang berjemaah menghadap Allah subhana wa taala.

semasa mi’raj - malaikat Jibril telah terhenti dipenghujung langit yang ke-7. hanya nabi s.a.w. sahaja diberi kebenaran dan dianugerah kekuatan untuk melangkaui langit ke-7 untuk sampai ke ‘Arash Allah yang maha agung.

Kita hayati pula kisah para sahabat yang mengalang nyawa mendindingi nabi s.a.w. daripada serangan gabungan bangsa2 arab musrik dipeperang Uhud. Diwaktu tentera islam mengalami saat genting kekalahan… talhah dan saad abi waqas berserta dengan 10 sahabat2 ansar telah bermati2an mempertahankan keselamatan Rasulullah s.a.w. Sehingga Rasulullah patah gigi taringnya, 10 sahabt ansar shahid dan talhah patah tangan kirinya selain luka2 yang banyak diseluruh badan yang dialami oleh saad dan talhah. Itu lah tanda dan bukti kasih para sahabat kepada Allah dan RasulNya…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

sekian sedikit nukilan diantara keistimewaan nabi kita sallallahu alaihi wa sallam….

Friday, May 28, 2010

Contoh ucapan kpd hadirin sebelum mayat dibawa ke kubur

1. Saya menguchapkan berbanyak terima kasih (bagi pihak keluarga si mati) diatas kehadiran tuan2, menyempurnakan sembahyang jenazah dan mendoakan si mati - semoga arwah ini mendapat keampunan Allah dan di masukkan kedalam kumpulan hamba2nya yang soleh.

2. Arwah semasa hidupnya sudah tentu tak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan, dan di akhir2 saatnya berada dimukabumi ini, sangat2 mengharapkan kemaafan dan keampunan dari hadirin dan kenalannya sekalian… sekiranya terdapat salah silapnya sewaktu2 dimasa hidupnya…oleh itu maafkanlah dan ampunkan dia.

3. Sekiranya arwah ini ada menangung hutang, maka diharapkan dapatlah tuan2 memaafkan dan menghalalkannya…jika perlu dipersilakanlah mereka2 yang memberikan hutang supaya membuat tuntutan kepada ahli waris arwah ini selepas ini untuk hutang2 nya dilangsaikan. Tanggungjawab menyelesaikan sebarang hutang2 arwah ini dengan ini adalah diambilalih oleh waris2nya.

4. Pengumuman keduri arwah (jika ada).

5. Sekian, silakanlah membawa arwah ini untuk dikebumikan.

Hukum mengadakan kenduri arwah

Hukum Kenduri Arwah

Ada dua pendapat di nukilkan di bawah ini - iaitu dilarang / diharuskan:

Yang berhujjah sebagai sesuatu yang dilarang:

Disiarkan pada Mar 09, 2009 dalam kategori Ibadah |
(Post by Budak Perak)

Soalan: Apakah agama menyuruh kita mengadakan kenduri atau jamuan sempena kematian seseorang yang dinamakan dengan kenduri arwah. Sesetengah ‘ustaz’ akan mencerca sesiapa yang tidak mahu buat dan menganggap sesiapa yang tidak buat kenduri arwah macam tidak menghormati mazhab al-Syafi’i. Apakah ini benar?

Jawapan: Sesuatu yang hendak dikaitkan dengan agama ini mestilah mempunyai dalil yang membuktikannya. Dalam masalah jamuan sempena kematian, sahabat Nabi bernama Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali menyebut:

كُنَّا نَرَى الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنْ النِّيَاحَةِ

Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat) (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah; sanadnya sahih)

Berdasarkan kepada hadith, maka kenduri arwah bukan dari ajaran Islam, ia menyerupai perbuatan meratapi mayat yang dilarang oleh syarak. Maka, amalan itu adalah warisan jahiliyyah yang para sahabah elakkannya.

Malang sekali sesetengah pihak menganggap ini merupakan pendapat mazhab al-Syafi’i. Jawapan kita dalam masalah ini;

Pertama: pendapat siapa pun, mazhab apa pun jika berbeda dengan nas Allah dan rasulNya, maka apa yang ditegaskan oleh Allah dan rasul itulah yang diperintahkan untuk kita pegang.

Kedua: karangan para ulama mazhab al-Syafi’i juga menunjukkan mereka tidak pernah menyukai perbuatan ini. Tokoh besar mazhab al-Syafi’i, al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) umpamanya dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab, 5/320, Beirut: Dar al-Fikr.)

Demikian tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i, antaranya al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji menulis dalam kitab mereka: “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati adalah mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya”.

Tambah mereka lagi: “Menyusahkan keluarga si mati dengan membuat makanan dan menghimpunkan orang ramai kepada makanan – seperti yang menjadi kebiasaan di zaman kini - adalah bid’ah yang bertentangan dengan sunnah dengan percanggahan yang amat sangat”. (Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, 1/263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Bahkan kitab-kitab jawi Nusantara juga bertegas dalam masalah ini. Antara apa yang disebut oleh Syeikh Daud al-Fatani dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (Daud al-Fatani, Bughyah al-Talab 2/34).

Demikian juga kenyataan yang sama dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin (m.s 87), al-Syeikh Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi (7/130).

Kata Sayyid Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah: Para imam (ilmuan besar) bersepakat tentang kemakruhan keluarga si mati menyediakan makanan untuk orang ramai lalu mereka berhimpun untuk jamuan tersebut. Demikian itu menambahkan kesusahan dan kesibukan keluarga si mati, juga menyerupai amalan masyarakat jahiliyyah. Ini berdasarkan hadis Jarir: “Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan selepas pengebumian mayat termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat)”.

Sebahagian ulama berpendapat perbuatan ini adalah haram”. (Fiqh al-Sunnah 1/508)

Maka perbuatan mengadakan kenduri sempena kematian adalah bid’ah, menyanggahi sunnah Nabi s.a.w.

ALLAH LEBIH MENGETAHUI

00000000000000000000000000

Yang mengharuskan:

Kenduri arwah hukumnya harus
Posted by: almalakawi | 21 Julai 2009

Kenduri arwah hukumnya harus kerana tiada dalil melarang daripada berbuat demikian. Tidak semestinya suatu yang Rasulullah dan sahabat Nabi tidak lakukan kita tidak boleh melakukannya.

Sumber hukum ialah Al-Quran, Sunnah, Ijmak, dan Qias, tiada pada sumber hukum suatu yang dinamakan pekara ini tidak datang warid daripada salaf, sehinga Rasulullah meninggalkan memperbuat sesuatu tidak dikira semata-mata haram.

Di dalam amalan kenduri arwah ada bersedekah makanan kepada tetamu yang hadir, membaca ayat Al-Quran, berzikir yang mana pahalanya diniatkan untuk simati, maka ini adalah sunat, kerana banyak dalil-dalil yang menyatakan amalan orang hidup boleh menolong orang yang telah mati.

Amalan orang hidup boleh menolong orang mati
Abu Daud dan Bayhaki ada meriwayatkan
كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا فرغ من دفن الميت وقف عليه فقال : “استغفروا لأخيكم وسألوا له التثبيت فإنه الآن يسأ ل “. رواه أبو داود

Adalah Nabi صلى الله عليه وسلم apabila selesai menanam mayat berhenti di atas kubur maka baginda berkata minta ampun sekalian kamu bagi saudara kamu dan do’akan baginya ketetapan, sesungguhnya dia sekarang ditanya.

عَنْ ‏ ‏عَائِشَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ‏ ‏أَنَّ ‏ ‏رَجُلا ‏ ‏قَالَ لِلنَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏إِنَّ ‏ ‏أُمِّي ‏ ‏افْتُلِتَتْ ‏ ‏نَفْسُهَا وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ

Dari Aisyah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا bahawa sesungguhnya telah datang seorang lelaki pada nabi صلى الله عليه وسلم seraya berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal mendadak sebelum berwasiat, kukira bila dia sempat berbicara mestilah ia akan bersedekah, bolehkah aku bersedekah atas namanya?, Rasul صلى الله عليه وسلم menjawab : “Boleh” (Sahih Muslim)

Berkata Imam Nawawi rahimahullah didalam Syarah Muslim :
وفي هذا الحديث أن الصدقة عن الميت تنفع الميت ويصله ثوابها وهو كذلك باجماع العلماء وكذا أجمعوا على وصول الدعاء
“Dan dalam hadis ini (hadis riwayat sahih muslim diatas) menjelaskan bahawa sedekah untuk mayat bermanfaat bagi mayat, dan pahalanya disampaikan pada mayat, demikian pula menurut Ijmak (sepakat) para ulama, dan demikian pula mereka bersepakat atas sampainya do’a”

Maka apabila keluarga si mati menyediakan makanan dengan maksud bersedekah maka hal itu sunat, apalagi bila diniatkan pahala sedekahnya untuk mayat, demikian kebanyakan orang yang kematian kerabat, mereka menjamu tetamu dengan sedekah makanan yang pahalanya untuk si mati, maka hal ini sunat.

Sementara orang ramai yang datang mensedekahkan pahala bacaan Al-Qurann, zikir, dan lainnya bagi si mati kan itu sunat.

عن القرطبي من حديث علي رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من مر على المقابر وقرأ قل هو الله أحد إحدى عشرة مرة ، ثم وهب أجره للأموات أعطي من الأجر بعدد الأموات
Qrtubi ada meriwayat hadis dari Sadina Ali, dia berkata telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم “Barang siapa lalu di perkuburan dan membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali kemudian dia menghadiahkan pahala bacaannya kepada sekelian orang yang telah mati nescaya diberikan kepadanya pahala sebanyak mana bilangan orang yang telah mati”.

قال أحمد بن حنبل : إذا دخلتم المقابر فاقرءوا الفاتحة والمعوذتين ، وقل هو الله أحد واجعلوا ثواب ذلك لأهل المقابر فإنه يصل إليهم ،.
Imam Ahmad berkata apabila kamu berada di perkuburan hendaklah kamu membaca (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَق) ((قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الناسِ dan ( قل هو الله أحد) dan kamu jadikan pahalanya bagi ahli demikian perkuburan maka sesunguhnya pahala itu sampai kepada mereka itu.

Berkata Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim:
والمشهور في مذهبنا أن قراءة القرآن لا يصله ثوابها ، وقال جماعة من أصحابنا : يصله ثوابها ، وبه قال أحمد بن حنبل
Yang mashur pada Mazhab syafie bahawa bachan Al-Quran tidak sampai pahalanya tetapi berkata kebanyakan ulamak syafie “sampai pahala bachan Al-Quran, dan imam Ahmad bin Hambal berkata seperti itu (sampai pahala bachan Al-Quran).

Orang hidup boleh mengantikan puasa orang mati:
Bukhari dan Muslim ada meriwayat hadis:
قال النبي- صلى الله عليه وسلم: “من مات وعليه صيام صام عنه وليه” يعني قريبه،
Bersabda nabi صلى الله عليه وسلم “sesiapa yang mati dan dia ada meningalkan puasa yang wajib atasnya, maka kaum kerabatnya berpuasa ganti bagi pihaknya”.

Kesudahan:
Mengatakan kenduri arwah amalan jahiliah adalah melampau pada menghukum, serta tidak bercermat pada demikian itu.

Setiap hukum yang hendak dikeluarkan biarlah mengikut kaidah (cara) yang betul bukan agak-agak.

Setiap mazhab ada sumber hukum tersendiri.

Pada amalan yang berbentuk fadilat kita dibolehkan beramal dengan hadis yang dhaif (lemah), begitu juga menurut Mazhab Syafie kita dibenarkan beramal kaul yang dhaif, tetapi pada menghukum atau mengeluar fatwa hendaklah dengan kaul yang muktamad.
Kaul marjuh tidak boleh di amalkan. Kaul marjuh di dalam Mazhab Syafie ialah lawan kaul sahih . والله اعلم .

0000000000000000000000000000

Perkara2 penting berhubung Nabi Muhammad sallallahu salihiwa sallam

Life Sketch of Prophet Muhammad (SAW)


1. HOLY NAMES
Muhammad
Ahmed
Hamid
Mahmood
Mahi
Hashir
Aaqib

2. HOLY BIRTH
Islamic Dates/Day/Time/Place
12th or 9th Rabbi-ul-awal, Monday, Early in the morning (before sun rise) at Holy MAKKAH
or
English date/year
17th June 569. A.D
or
Hindi date date/year
1st of jaaith 3672 kul jug
or
Other Dates
1st year of elephant. (on40thday after elephant event) 2675th year to Prophet Noah's flood 2585th year to Prophet Ibrahimi year

3. DEATH
12th Rabbi-ul-awwal 11 hijrah, 23 Nabvi, 8th June, 632 A.D, At the time of chast (after sun rise) In Madina munawwarah
In the house of Bibi Ayesha R.A. Burried in the house of bibi Aysha R.A Grave exactly where died in the room

4. LIFE SPAN Total Life Span
63 years +0 month+4days+6 hours or
total 22330 days or total 535924 hours
Stay in Holy Makkah - 53 years
Stay in Holy Madina - 10 years

5. UNCLES
Total uncles - 9
Only 2 Accepted ISLAM - Syedna Hamza R.A & Syedna Abbas R.A
7. Uncles Did not become Muslim -
Aabu Talib, Abu Lahab, Zubair, Maqoom, Zarrar, Haris & Mugheera

6. AUNTS
Total Aunts - 6
Only one Accepted ISLAM; Syeda Safia R..A
5 Aunts didnot accept ISLAM -
Um-e-Hakeem Baiza (Grandmother of Syedna Usman R.A), Aroohi (Some says perhaps she accepted Islam but not confirmed), Ateka (Some says perhaps she accepted Islam but not confirmed), Barrah, Amemmah

7. EVENTS BEFORE WAHEE
a) Death of Father Abdullah Bin Mutalib------------Before Holy Birth
b) Death of Mother Bibi Amena----------------------- 6th year after Birth
c) Death of Grand Father Abu Mutalib----------- 8th year after Birth
d) First business trip towards Syria------------- 13th year after Birth
e) Participation- Harb-e-Fajar (battle for Kabba hurmat )15th year Birth
f) Second business trip (with Mehsraslave of Bibi Khateeja R. A) 23rd year Birth
g) Wedding with Syeda Khateeja R.A ---------------25th year after Birth
h) Resolved tribe conflicts (fixing of Hajr-e-Asvad) 35th year after Birth
i) Starting to go to Cave Hira --------------------------36th year after Birth
j) Beginning to ascend Vahee------------------------40th year after Birth

8. WIVES - AZWAJ-E-MUTAHERAT

Wife Name Nikkah Age Wife's
Year Wife age Prophet's age Death Burried Before Nikkah Status
Khateeja R.A. 15 B.N 40 25 10A.N Makkah widow twice --------
Sudah R.A 10 A.N 50 50 23 hijra Madina widow --------
Ayesha R.A 02 hijra 10 55 57 hijra Madina virgin --------
Hafsa R..A 03 hijra 56 45 hijra Madina widow husb died in badar
Zanab hazima 04 hijra 57 Madina widow husb died in uhad
umm-e-salma 04 hijra 57 63 hijra Madina widow husb died in uhad
Zanab hajash 04 hijra 57 20 hijra Madina Divorced
Jvaria 05 hijra 15 58 50 hijra Madina Divorced
Umm-e-Habiba 05 hijra 58 44 hijra Madina seperated husb left islam
Memoona R.A 06 hijra 59 51 hijra sarif widow twice
Safia R.A. 05 hijra 15 58 50 hijra Madina Divorced
Maria Qubtia 16 hijra Madina



IMPORTANT TO NOTE
a) Syeda Ayesha R.A was the daughter of sydna abu baker siddiq R.A
b) Syeda hafza was the daughter of syedna umer R.A
c) Syeda umm-e-habiba was the daughter of abu sufiyan
d) Only syeda khateeja and syeda zainab hazima died in prophet's life
e) 9 wives were alived when Prophet S. A. W Passed away.

9. SONS
Total Sons - 3
1. Syedna QASIM from Khateeja.R.A
2. Syedna Abdullah (Tayab, Tahir) from Khateeja R.A
3. Syedna Ibraheem from Maria Qubtia R.A All the sons died in their child hood, first 2 are burried in Jannat-ul-Moalla Makkah and Last one is in Jannat-ul-Baqqi Madina
.
10. DAUGHTERS - 4 Daughters
1.. Syeda Zainab R.A. married with Abual Bin Aas Bin Rabbi
2. Syeda Ruqayyia R.A married with Syedna Usman Bin Affan
3. Syeda Um-e-Kulsoom married with Syedna Usman bin Affan
4. Syeda Fatima ZUHRA married with Syedna Ali Bin Abi Talib All daughters were from Um-ul-Momeneen Syeda Khatija R. A. All daughters except Syeda Fatima died in Prophets' life. All daughters burried in Jannat-ul-Baqi Madina.


11. BATTLES
Battles in which Prophet took part physically, called GHAZWAT. Battles in which Prophet not command physically, called SARAYAS GHAZWAT - 27
1. WADAN
2. BAWAT
3. SAFWAN
4. ZU-ALASHEERA
5. BADAR KURA
6. QANEEQAH
7. AL-SAWEEQ
8. QAR-QARA lekaarmd
9. UZFAN
10. UHAD
11. HMRA-O-ASAD
12. BANU NASEER
13. BADAR-AKHIR
14. DOMTA JANDOL
15. BANU MUTLAQ
16. AHZAB/TRENCH
17. BANU QAREEZA
18. BANU LAHYAN
19. ZE-FARDA
20. HUDABIYA
21. KHYBER
22.. VADI-E-ANQRA
23. ZAT- UL- RAQA
24.. MAKKAH
25.. HUNNAIN
26.. TAIF
27. TUBOOK

12. The Prophet's Last Sermon

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful This sermon was delivered on the ninth day of Dhul Hijah, 10 A.H. (632 A.D.) in the valley of Mount Arafat . The contents of the message were collected from different narrations, and there are other parts to it that are not mentioned here. This sermon still needs the authenticity of all of its parts to be checked.

"O People, lend me an attentive ear, for I know not whether, after this year, I shall ever be amongst you again. Therefore, listen to what I am saying to you very carefully and take these words to those who could not be present today.
O People, just as you regard this month, this day, this city as sacred, so regard the life and property of every Muslim as a sacred trust. Return the goods entrusted to you to their rightful owners. Hurt no one so that no one may hurt you. Remember that you will indeed meet your Lord, and that He will indeed reckon your deeds. Allah has forbidden you to take interest, therefore, all interest obligations shall henceforth be waived. Your capital, however, is yours to keep. You will neither inflict nor suffer inequity. Allah has judged that there shall be no interest and that all interest due to Abbas bin Abdul-Muttalib (the prophet's uncle) shall henceforth be waived.

Every right arising out of homicide in pre-Islamic days is henceforth waived and the first such right I waive is that arising from the murder of Rabiyah bin Al-Harith (relative of the prophet). O Men, the unbelievers indulge in tampering with the calendar in order to make permissible that which Allah forbade, and to forbid that which Allah had made permissible. With Allah the months are twelve; four of them are holy; three of these are successive and one occurs singly between the months of Jumadah and Shaaban. Beware of Satan, for the safety of your religion. He has lost all hope that he will ever be able to lead you astray in big things, so beware of following him in small things.

O People, it is true that you have certain right with regard to your women, but they also have rights over you. If they abide by your right then to them belongs the right to be fed and clothed in kindness. Do treat your women well and be kind to them for they are your partners and committed helpers. And it is your right that they do not make friends with any one of whom you do not approve, as well as never commit adultery.

O People, listen to me in earnest, worship Allah, say your five daily prayers, fast during the month of Ramadhan, and give your wealth in zakat. Perform Hajj if you can afford to.. All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab, nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over a black, nor a black has any superiority over white except by piety and good action. Learn that every Muslim is the brother of another Muslim, and that Muslims constitute one brotherhood. Nothing shall be legitimate to a Muslim which belongs to a fellow Muslim unless it was given freely and willingly. Do not, therefore, do injustice to your selves.

Remember, one day you will appear before Allah and answer for your deeds. So beware, do not stray from the path of righteousness after I am gone.

O People, no prophet or apostle will come after me and no new faith will be born. Reason well, therefore, O People, and understand my words which I convey to you. I leave behind me two things, the Quran and my example, the Sunnah, and if you follow these you will never go astray.

All those who listen to me shall pass on my words to others, and those to others again; and may the last ones understand my words better that those who listen to me directly. Be my witness O Allah, that I have conveyed Your message to Your people."


Alahumma infa`ni bima `allamtani wa `allamni ma yanfa`uni!

OH ALLAH! Make useful for me what You taught me
and teach me knowledge that will be useful to me! (Aameen)

Guiding one soul to knowledge and faith is a momentous achievement.
It is what will earn us great blessings...
(Insha Allah)

Please keep forwarding this "Hadith" to all .... Because
the Prophet (sallallaahu alayhi wa sallam) said:
"Pass on knowledge from me even if it is only one Verse".

galakan berfikir di dalam islam

Galakan berfikir di dalam islam

Allah berfirman:

yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.
QS. az-Zumar (39) : 18

solat istikharah

Solat istikharah

Istikharah ialah doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau melalui solat sunat dan diikuti dengan doa.

Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam.

Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout), - Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apabila seseorang kamu menginginkan sesuatu maka hendaklah ia ruku’ ( solat ) dua rakaat yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa :

“ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.

Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi.

Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”

Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu yang agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara2 Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkanlah ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”


Perlu juga diingat bahawa :-

Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin).

Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”.

Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).

Solat istikharah 7 kali berturut

Adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datangnya dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datang terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)

(dari forum web)

qiamullail

Qiyamul lail

Qiyamul lail ialah sholat malam. Juga disebut tahajjud. Asalnya dari kata kerja (fi’il) tahajjada, artinya: bangun tidur. Qiyamul lail hukumnya sunnah, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. “Shalat yang paling utama sesudah yang fardhu ialah shalat lail” (HR. Muslim)

Sejarah Qiamullail

Pada awalnya qiamullail wajib bagi Rasulullah dan para sahabat. (surah al-Muzammil 1-10). Namun setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad bagi setiap Umat Islam.

Firman Allah SWT : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (ayat 79 Al-Isra')

Afdhalnya qiamullail ini dikerjakan di rumah. Bahkan semua solat2 sunat lebih afdal dikerjakan di rumah.

Cara Qiamullail Rasulullah s.a.w serta yang diamalkan para Sahabah

Sabda Rasulullah s.a.w. : Sunat malam itu dua, dua rakaat dan apabila subuh sudah hampir berwitirlah satu rakaat.

Diberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa bersembahyang sebanyak 11 rakaat setiap malam dan dikerjakan pada sepertiga malam terakhir, iaini sepertiga yang terhampir dengan waktu subuh. Baginda ada kalanya diriwayatkan bersembahyang dua, dua rakaat dengan salam setiap dua rakaat, sehingga lapan rakaat yang panjang masa berdiri ruku’ dan sujudnya, disudahi dengan 2 rakaat witir - salam, dan satu rakaat lagi - salam. (riwayat ibnu abbas).
Diriwayatkan juga baginda bersembahyang 4 rakaat berserta tashhud dan tahyaat akhir (iaini seperti solat zuhur/asar/isya’), diikuti 4 rakaat lagi sepeti itu, dan disudahi dengan 3 rakaat witir (2 + satu seperti tersebut diatas). (riwayat s. aieshah).

Perlakuan para sahabat ialah dengan bersembahyang sunat malam (sunat tahajjud) dua, dua rakaat dengan salam setiap dua rakaat dan diakhiri dengan sembahyang sunat witir serakaat atau 3 rakaat (boleh dengan 2 salam atau satu salam asal jangan menyerupai sembahyang maghrib).

Sunat malam (qiamullail) yang dikerjakan dimesjid2 Mekah dan Nabawi setiap seperdua terakhir bulan Ramadan dengan berjemaah ialah bersolat sunat malam (sunat tahajjud) 10 rakaat dengan salam setiap 2 rakaat disudahi dengan 3 rakaat witir dengan 2 salam.

Begitulah maksud qiamullail yang juga disebut sembayang sunat malam yang juga disebut sembahyang sunat tahajjud.


Tafsiran lain cara berTahajjud

Tahajjud = Semua sembahyang2 sunat

Tahajjud masa kini ditafsirkan sebagai merangkuli semua sembahyang2 sunat tambahan (nawafil), yang dikerjakan selepas bangkit daripada tidur di tengah malam. Apa jua sembahyang2 sunat yang dikerjakan diwaktu itu adalah tahajjud.

Qiamullail dimasa ini kerap dilakukan dengan berjemaah dimesjid2 dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat Taubat, Hajat, Tahajjud, Tasbih, Witir serta amalan2 seperti membaca Al-Quran , berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.

Cara qiamullail sebegini saya kira di masyhorkan oleh ABIM (angkatan belia islam malaysia) sekitar tahun 70an yang mana sehingga sekarang ini telah berkembang menjadi pengertian termasyhor sebagai apa yang dimaksudkan dengan qiamullail itu.

Tahajjud = Sembahyang Witir

Ada juga kumpulan2 yang mengambil arti qiamullail itu sebagai sembahyang sunat witir yang dikerjakan selepas bangun tidur di tengan malam. Kumpulan ini mengerjakan sembahyang sunat witir sebelas rakaat dengan tiap-tiap dua rakaat satu salam. Manakala rakaat yang terakhir- iaitu rakaat sebelas- dengan satu rakaat satu salam.

Doa Qiyamul Lail

Tidak ada doa khusus setelah qiyamul lail.
Namun demikian terdapat masakini banyak sekali kitab2 doa yang melakarkan doa2 khusus bagai setiap jenis sembahyang sunat. Kesemuanya adalah memohon kepada kebaikan dan tidak mengapa jika diamalkan.

Namun saya tersangatlah teruja kepada sebuah hadis berhubung malam lailatulqadr dimana seorang sahabat telah bertanyakan Rasulullah s.a.w. apakah yang patut beliau pohon sekiranya beliau bertemu dengan malam berkat itu - jawab Rasulullah s.a.w. - bacalah “Allahumma innaka affuwun, tuhibbul affwa, fa’fu anni”.

WalAllahu ‘alam…
( dirujuk dari berbagai sumber )

Thursday, May 27, 2010

solat tasbih

Kesahihan solat tasbih

Hadith yang bersabit dengan solat tasbih ialah:

Sabda Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib:
“Wahai Abbas bapa saudaraku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan -sepuluh sifat- jika engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksankan solat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, Kemudian rukuklah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sedang rukuk, kemudian sujudlah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu”
[H.R. Abu Daud]

Sayugia di ingatkan bahawa tiada galakan atau suruhan tentang solat tasbih daripada imam2 mazhab, yang ada hanya daripada ulama2 mazhab selepas imam tersebut.

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (no:482)dan ibnu Majah (no:1386) dari jalan Abu Rafi’ yang mana dinilai sebagai hadis gharib (pelik) oleh Tirmizi sendiri.Malah berkata Ibnu al-‘Arabi pada mensyarahkan hadis Tirmizi ini dengan mengatakan bahawa ianya adalah hadis dhoif dan tidak ada asalnya pada menilainya sohih dan hasan.An-Nasaie mengatakan hadis ini matruk (ditinggalkan).( Tahqiq Tuhfatuz Zakirin Imam Syaukani oleh As-syaikh Ibrahim Al-Misri , m/s : 223 )

Ibnu Qudamah berkata: “Jika ada orang yang melakukannya maka hal tersebut tidak mengapa, karena solat nawafil dan Fadhoilul A’maal tidak disyaratkan harus dengan berlandaskan kepada hadits sahih” (Al-Mughny 2/123)

Begitu juga hadith2 tentang solat tasbih dinilai dhaif oleh ulama2 hadith terdahulu, dan dinilai sahih atau hasan oleh sebahagian ulama hadith moden.

Secara ringkas berkenaan status hadis solat tasbih, ia dikeluarkan antaranya oleh Abu Daud, at-Tirmizi, Ibn Khuzaimah dan lain2.

Dan hadis solat tasbih ini adalah khilaf antara ulama, ada yg mensahihkannya (sahih li ghairihi), ada yg menghasankannya, ada yg mendhaifkannya dan malah ada yg menyatakan ia palsu.

Dibawah ini adalah antara qaul Imam Huffaz Hadis Salaf al-Mutaqaddimun tentang hadis solat sunat tasbih:

1- Imam Ali ibn Madini: "ia adalah hadis Mungkar" ['Ilal Ali ibn Madini]

2- Imam al-Uqaili: "tiada hadis yg tsabit tntg solat sunat tasbih" - [al-Dhu'afa]

3- Imam Ibn Khuzaimah: Ibn Khuzaimah mendhaifkan hadis ini dgn katanya: "jika benarlah hadis ini sahih (in sahhal khabar) dan sesungguhnya hati ini merasakan sesuatu akan sanad hadis ini" - [sahih Ibn Khuzaimah]

4- Imam at-Tirmizi: at-Tirmizi mendhaifkan hadis ini dgn katanya : "hadis hasan gharib..terdapat beberapa hadis solat tasbih yg disandarkn kpd Nabi akan tetapi tiada satupun yg sahih" - [sunan Tirmizi]

5- Imam Ahmad: "dinaqalkan oleh Ibn Qudamah, ditanya kpd Imam Ahmad adakah beliau melakukan solat sunat tasbih. jawab Imam Ahmad: "tidak sama sekali [lam]", ditanya kenapa?, jawab Imam Ahmad: "tiada satupun dlm bab ini yg sahih" dan kemudian Imam Ahmad menyilangkan tangannya menunjukkan bahawa ianya Mungkar" - [al-Mughni]

Fatwa para ulama' salafi moden

Status solat tasbih ini adalah antara yg paling extensive perbincangannya dlm forum Multaqa Ahl Hadis dan stakat pencarian ana, terdapat lebih 10 thread tntg solat tasbih sahaja. dibawah ini antara fatwa para ulama' salafi moden tentang tarjih antara sahih atau tidak sahih tentang solat sunat tsbih ini, yg dikumpulkan Multaqa' Ahl Hadis:

1- syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni: liqa' (pertemuan) telah diadakan antara Multaqa' dan syaikh al-Muhaddith Syarif Hatim al-Awni, dan telah ditanya kepada syaikh akan solat sunat tasbih, jawab syaikh:

"dan sesungguhnya hadis solat sunat tasbih ianya hadis Mungkar, dan sesungguhnya telah mensahihkan sesetengah ahli ilmu akan hadis ini, dan sesungguhnya telah mendhaifkan hadis ini oleh kelompok(jamaah) ahli ilmu yg lebih berilmu dari kalangan mrk (-فقد ضعفه جماعة هم أعلم منهم-) yg lebih berilmu dari mereka, dan petunjuk yg kuat adalah dgn dhaifnya, dan sesungguhnya ia adalah hadis Mungkar" - www.ahlalhdeeth.com

2- syaikh al-Muhaddith Abdul Aziz Ibn Baaz: "telah khilaf akan ulama' tntg status solat sunat tasbih dan yg benar terpelihara (sawab) adalah sesungguhnya ianya tidak sahih. ianya adalah syadz dan matannya mungkar- والصواب أنه ليس بصحيح لأنه شاذ ومنكر المتن- serta ia bersalahan/bertentangan dengan hadis-hadis sahih yg ma'ruf dari Nabi tntg sifat solat nafilah (solat sunat), solat yg telah disyariatkan oleh Allah kepada hambaNya dlm ruku'nya dan sujudnya adalah tidak seperti ini (tidak seperti solat tasbih), dan yg benar terpelihara (sawab) adalah pendapat yg menyatakan ianya tidak sahih...dan sesungguhnya kesemua sanad2 hadis ini semuanya dhaif, Allah Maha Mengatahui" - www.binbaz.org

3- syaikh al-Muhaddith Soleh al-Fawzan: "sesungguhnya telah membaca (mendapati) kita dlm sesetangaH kitab tntg solat sunat tasbih dan juga tntg khilafnya para 'Aimmah tntg sifatnya, bilangan rakaatnya, dan adakah ia benar/tsabit dari Nabi dan solat nya?...solat sunat tasbih terdapat hadis2 dan yg rajih dari kalangan MAJORITI huffaz adalah meninggalkan kesahihannya (ianya dhaif)-رجَّح كثير من الحفاظ عدم ثبوته - , bahkan berkata Ibn Jauzi ianya adalah dari hadis yg maudhu', ..sesetengah ulama menyatakan ia mustahab/harus..akan tetapi majoiti dari para Muhaqqiq berpendapat bahawa ianya tidak disyariatkan bahkan (ada yg menyatakn) ianya bid'ah, dan hadis2 dlm hal ini tidak tsabit dari Nabi ..(oleh itu sebaiknya) kita mengambil (mengutamakan dan mengamalkan) solat-solat yg telah disyariatkan lagi tsabit (dan tiada khilaf tntgnya) dari Nabi seperti solat tahajjud malam, solat witir, dan memelihara solat2 rawatib antara solat fardhu dan solat dhuha dan sesugguhnya terdapat banyk solat2 nawafil yg tsabit (tanpa khilaf) dari Nabi " - www.alfuzan.net

4- syaikh al-Muhaddith Soleh ibn Uthaimin: "solat sunat tasbih adalah tidak disyariatkan, kerana hadisnya dhaif dan berkata Imam Ahmad bahawa tiada satupan dlm hal ini yg sahih, bahkan Ibn Taimiah menyatakan bahawa ianya palsu dan ia tidak pernah dianjurkan oleh imam mazhab yg empat..." - www.islam-qa.com

5- syaikh al-Muhaddith Soleh al-Munajjid: "terdapat hadis-hadis tntg solat sunat tasbih yg telah disandarkan kpd Nabi yg mana ia dinilai hasan oleh sesetengah ahli ilmu, akan tetapi kebanyakan ahli ilmu menyatakn bahawa ianya dhaif dan solat ini tidak disyariatkan dlm Islam...dan oleh kerana ianya tidak pernah dianjurkan oleh para imam mazhab kita tahu bahawa ianya tidak sahih, keganjilan tntg tatacara solat ini dilakukan iaitu smada 1 kali dlm sehari, atau 1 kali dlm seminggu, atau 1 kali dlm sebulan, atau 1 kali dlm setahun atau 1 kali dlm seumur hidup, ini antara yg menunjukkan bahawa hadis ini tidak sahih, sekiranya ianya disyariatkan maka ianya tentu suatu yg dianjurkan dilakukan secara biasa (seperti mana solat sunat lain) dan seseorang tidak akan diberi pelbagai pilihan cara perlaksanaannya, oleh sebab itu org ramai sepatutnya meninggalkan solat ini, dan Allah Maha Mengetahui.."- www.islam-qa.com

6- syaikh al-Muhaddith Salman Aodah: "yang muktabar dari kalangan 'Aimmah hadis (salaf) seperti Imam Ahmad, Bukhari, Ibn Ma'in, Ibn Madini, Nasaie dan semisal mereka..sesungguhnya hadis2 dlm solat sunat tasbih adalah tidak sahih dari Nabi dan bahkan ianya wahi dan tidak disyariatkan untuk mendirikannya...bahkan disisi (sesetengah) muhaqqiq ianya bid'ah...dan adapun dari sesetengah mutaakhirin yang menguatkan hadis ini dan menghasankannya, maka pendapat (mereka) itu adalah tidak rajih (tidak kuat)..." -www.ahlalhdeeth.com

7- syaikh al-muhaddith Abu Bakr bin Abdullah Abu Zaid: "...dan sesungguhnya telah berpendapat para muhaqqiq untuk meninggalkan pensyariatan (mendhaifkan hadis) solat sunat tasbih antara mereka adalah syaikhul Islam Ibn Taimiah, Ibn Jauzi dan lain-lain, dan juga telah berpendapat dari selain mereka akan (mengambil) pensyariatannya antara mereka adalah alhafiz Ibn Hajar dan Ibn Nasiruddin al-Dimasqi dan lain-lain, dan pendapat yang awal yang meninggalkan pensyariatannya adalah yg benar terpelihara (sawab)..." - www.ahlalhdeeth.com

sekian
Wallah-hu-'alam,
Allah Maha Mengetahui.

''Bertaqlid kepda Manhaj Imam Hadith Salaf (Mutaqaddimun) Dalam Penilaian Status Hadith Adalah Satu Kewajipan''

dari: al-fikrah.net

Wednesday, May 26, 2010

solat taubat

Solat Taubat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Allah Ta’ala berfirman,
“Dan (juga) orang – orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa – dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui” (QS. Ali Imran : 135)

Dari Ali radhiyallaHu ‘anHu, bahawa Rasulullah ShallallaHu alaiHi wa sallam bersabda,
“Tidaklah seseorang melakukan perbuatan dosa lalu dia bangun dan bersuci, kemudian mengerjakan shalat, dan setelah itu memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan memberikan keampunan kepadanya” (HR. At Tirmidzi no. 406, lafazh ini miliknya, Abu Dawud no. 1521, Ibnu Majah no. 1395 dan lainnya, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Albani dalam Shahih Sunan At Tirmidzi I/128)

Syarat-syarat taubat :
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba


Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
• Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas),
• Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
• Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
• Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
• Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),



(dipetik dari pelbagai sumber).

solat hajat

PERTANYAAN:
Apakah solat hajat itu hukumnya sunnah (dituntut) atau bid'ah?

JAWAPAN:
Menurut para ulama hadis (muhaddis) bahawa semua hadis-hadis tentang solat hajat adalah hadis dha'if (hadis lemah). Tidak boleh mengamalkan hadis lemah walaupun banyak bilangannya.

Mendirikan solat hajat hukumnya adalah bid'ah menurut Imam Bukhari rahimahullah (dan ramai imam-imam hadis yang lain) kerana:
“Setiap rawi yang telah dijelaskan tentang hadis solat hajat adalah merupakan mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.”

Antara hadis yang menjadi hujah pada mereka yang melakukan solat hajat ialah dari Imam Tirmizi, Imam Hakim…

Menurut ulama hadis, hadis2 ini sangat lemah (daif). la dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1/477), oleh Imam Hakim (1/320) dan dikeluarkan juga oleh imam-imam yang lain. Hadis2 ini adalah disampaikan dari jalan Faaid bin Abdullahrahman Abu al-Waruqa, dari Abdullah bin Abi Auf secara marfu'

Imam Tirmizi dalam riwayatnya menjelaskan bahawa:
“Hadis ini gharib (asing), pada sanadnya ada perbincangan (maqal) disebabkan Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan di dalam hadisnya.”
Didapati sanad hadis ini sangat lemah kerana Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan oleh ramai (sejumlah besar) ulama hadis (muhaddis).

Dengan keterangan ini jelaslah bahawa hadis tentang solat hajat sangat lemah kerana telah dilemahkan oleh ramai para ahli (ulama) hadis. Maka melakukan solat hajat adalah perbuatan bid'ah yang diada-adakan kerana tiada keterangan dalil yang sahih yang membolehkannya.

Adapun pengganti solat hajat apabila ada keperluan atau hajat, ialah solat istiharah sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis yang sahih.

(Dipetik dari pelbagai sumber).


Pandangan yang membolehkan solat hajat

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

Walau bagaimanapun mafhum hadis dan dari perlakuan Rasulullah saw serta para sahabat yang tiada pernah diberitakan telah melakukan solat hajat, membawakan tafsiran hadis ini tertuju kepada semua sembahyang baik fardhu maupun sunat yang dilakukan oleh seseorang muslim.

Terjelas bahawa Rasulullah saw apabila memohon sesuatu hajat didalam sembayang2 fardhu berjemaah meletakkan doa yang diamiinkan makmum pada iqtidal selepas ruku’ terakhir sembahyang.

Rasulullah saw juga bersabda bahawa manusia itu paling hampir kepada tuhannya pada ketika ia sujud dan menyarankan agar kita berdoa diketika sujud. Tentunya doa2 yang panjang sayugianya dilakukan tidak semasa sembahyang berjemaah yang boleh menganggu sembahyang seseorang didalam jemaah itu, tetapi dilakukan didalam sembahyang2 sunat seperti sunat rawatib dsb nya.

Wallahu ‘alam.

Tuesday, May 25, 2010

Sumber hukum didalam Islam

Apakah sumber-sumber ilmu Fiqh?

Sumber-sumber ilmu Fiqh bermaksud dalil-dalil yang menjadi sandaran ahli-ahli Fiqh (Faqih atau Fuqahak) dalam mengeluar hukum-hakam Fiqh. Ia terdiri dari sumber-sumber asal dan sumber-sumber sokongan. Sumber asal bagi ilmu Fiqh ada dua sahaja iaitu;

1. Al-Quran
2. As-Sunnah (disokong dan diperjelas oleh perlakuan2 para sahabat)

Sumber-sumber (dalil-dalil) tambahan yang membantu ahli-ahli Fiqh untuk mengeluarkan hukum-hakam Fiqh menepati prinsip sumber asal di atas (al-Quran dan as-Sunnah). Ia terdiri dari;

1. Ijmak
2. Qiyas
3. Istishab
4. Masalih Mursalah
5. Istihsan
6. 'Uruf
7. Syari'at terdahulu

000000000000000000000000000000000

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU USUL FEQH

Syariah Islamiah yang telah sampai kepada kita melalui Penutup segala nabi dan rasul Saidina Muhammad bin Abdullah asasnya ialah Al-Quran dan dijelaskan oleh baginda s.a.w dengan Sunnah perkataan, perbuatan, ikrar, dan juga ijtihad baginda s.a.w bagi hukuman terhadap peristiwa-peristiwa yang telah diperakui oleh Allah s.w.t. Maka kedua-dua Al-Quran dan Sunnah merupakan asas agama yang menetapkan hukum-hukum syarak.
Selepas kewafatan baginda s.a.w, para Sahabat r.a bangun melihat kepada nas-nas Al-Quran dan Sunnah, mencari ijtihad Rasululah s.a.w terhadap hukum-hukum peristiwa yang telah berlaku, dan juga ijtihad sahabat-sahabat yang telah diperakui oleh baginda s.a.w. Apabila mereka melihat kepada hukum-hukum syarak, didapati ianya mempunyai sifat-sifat yang kembali kepada maslahat ummah berakar daripada Al-Quran dan Sunnah yang dinamakan Kias. Ia menggabungkan di antara apa yang tiada dalam nas dengan apa yang terdapat dalam nas dengan sifat-sifat tersebut. Begitu juga mereka mengambil kata sepakat daripada ijtihad para Mujtahid terdiri daripada dalil Al-Quran, Sunnah, dan Kias yang apabila mereka bersepakat terjauh daripada kesalahan. Asas ini dinamakan Ijmak.
Pada awalnya, mereka tidak memerlukan tata bahasa Arab untuk memahami nas-nas Al-Quran dan Sunnah kerana mereka dari golongan ahli bahasa. Mereka juga tidak memerlukan ilmu kaedah-kaedah menerima dan menolak sesuatu hadis, ini kerana mereka adalah sahabat nabi s.a.w yang selalu berdamping dengan baginda bahkan mereka juga adalah orang yang adil sepertimana yang disebutkan di dalam Al-Quran dan Sunnah.
Pada pertengahan zaman tabiin iaitu pada kurun kedua hijrah, munculnya orang-orang yang permainkan hadis dan membuat hadis palsu diikuti dengan kedatangan bangsa asing merosakkan bahasa Arab. Oleh itu, ulama'-ulama' mula menoleh kepada bahasa Arab yang berkaitan dengan isntinbat (pengeluaran hukum) daripada nas dan mencari permasalahan-permasalahan dalam ilmu hadis yang berkaitan dengan penerimaan dan penolakan hadis.
Dalam kurun ini juga, terdapat perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa baru yang tidak berlaku pada zaman sebelumnya. Ini disebabkan pembukaan-pembukaan Hadarah Islam, perbezaan budaya, dan pertembungan di antara ahli-ahli Falsafah dan Ilmu Kalam dengan Ahli-ahli Hadis dan Fuqaha yang menyebabkan mereka membincangkan beberapa permasalahan di dalam ilmu Usul Feqh ini dan mendalaminya, seterusnya meletakkan di dalam karya-karya mereka ilmu riwayat dan feqh . Kemudiannya barulah mereka mengasingkan ilmu ini menjadi satu ilmu yang bersendiri.
Diriwayatkan bahawa Imam Abu Hanifah (W150H) mempunyai karya di dalam ilmu Usul Feqh iaitu 'Kitabu Ar-Raky' begitu juga dengan dua orang anak muridnya: Qadi Abu Yusuf dan Muhammad bin Al-Hasan.
Ulama' telah bersepakat bahawa orang yang pertama menulis dalam bidang ini ialah Imam Syafie (W204H) dengan karyanya yang masyhur 'Ar-Risalah'. Seterusnya diikuti oleh para ulama' menulis dalam bidang ini dan memperluaskan permasalahannya.
Oleh kerana terdapat perbezaan cara yang digunakan dalam mengeluarkan hukum, dan juga ketidaksepakatan istilah yang digunakan oleh ulama', maka setiap jalan dengan caranya sendiri. Pada awalnya hanya terdapat dua jalan yang mereka lalui.
Sebahagian daripada mereka mengikut cara teori sahaja yang dipanggil Method Ulama Kalam. Cara ini banyak menggunakan teori, perdebatan, perbincangan dalil, dan tidak membincangkan perkara cabang melainkan ia dijadikan sebagai contoh bagi kaedah atau menerangkan kesalahannya bersandar pada kaedah yg digunakan.

Di antara karya-karya mereka ialah :
1. al-Muktamad fi Usul al-Feqh oleh Abu al-Husain al-Basri al-Muktazili (w436h),
2. al-Ihkam fi Usul al-Ahkam oleh Ibnu Hazm al-Andalusi az-Zahiri (w456h),
3. al-Uddah fi Usul al-Feqh oleh Abu Ya'la al-Farra (w458h),
4. at-Tamhid fi Usul al-Feqh oleh Abu al-Khatab al-Kalwazani (w510h),
5. al-Adl wa al-Insaf fi Usul al-Feqh wa al-Ikhtilaf oleh Abu Ya'kob al-Warijlani (w570h),
6. at-Tabsira wa Syarh al-Lumak oleh Abu Ishak as-Shirazi (w476h),
7. Ihkam al-Fusul fi Ahkam al-Usul oleh al-Baji al-Maliki (w474h),
8. al-Burhan fi Usul al-Feqh oleh Imam al-Haramain al-Juwaini (w478h),
9. al-Mustasfa oleh Hujatul Islam Abu Hamid al-Ghazali (w505h),
10. al-Wusul ila al-Usul oleh Ibn Burhan al-Baghdadi (w520h),
11. al-Mahsul fi Usul al-Feqh oleh Fakhr ad-Din ar-Razi (w606h),
12. al-Ihkam fi Usul al-Ahkam oleh Saif ad-Din al-Amidi (w631h).

Sebahagian daripada mereka pula mengikut cara praktikal yang dipanggil Method Ulama Feqah atau Method Ulama Hanafi. Ia merupakan kaedah-kaedah istinbat yang diambil daripada hukum-hukum dan perkara-perkara cabang yang telah dikeluarkan oleh imam mereka.
Di antara karya-karya mereka pula :

1. 'Maakhid as-Sharaik' oleh Abu Mansor al-Maturidi (w330h),
2. 'Kitab al-Usul' oleh Imam al-Karkhi (w340h),
3. 'Kitab al-Usul' oleh Imam al-Jassas (w370h),
4. 'Takwim al-Adillah wa Taksis an-Nazar' oleh Imam Abu Zaid ad-Dabusi (w430h),
5. 'Kitab al-Usul' oleh Imam al-Bazdawi (w482h),
6. 'Kashf al-Asrar' oleh Abd Al-Aziz syarah kitab di atas.
7. 'Kitab al-Usul' oleh Shams al-Aimmah as-Sarakhsi (w490h),
8. 'Kitab al-Manar' oleh Hafiz ad-Din an-Nasafi (w790h).

Berlarutan perselisahan di antara dua halatuju ini sehingga terbentuk satu lagi cara baru yang menggabungkan kedua-dua jalan tersebut pada akhir kurun ke-tujuh hijrah. Jalan ini mengumpul keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di dalam kedua-dua jalan dan menjauhkan daripada kesalahan-kesalahan yang berlaku.
Di antara karya-karya yang didapati dalam jalan ini :

1. 'Badi' an-Nizam al-Jamik bayn Usul al-Bazdawi dan al-Ahkam' oleh Muzaffar ad-Din as-Sa'ati (w694h),
2. 'Tankih al-Usul' oleh Sadr as-Shariah 'Ubaidullah bin Mas'ud (w747), beliau telah meringkaskan kitab al-Bazdawi, al-Mahsul, dan Mukhtasar Ibnu al-Hajib,
3. 'Jam'u al-Jawami'' oleh Taj ad-Din 'Abd al-Wahhab bin 'Ali as-Subki (w771h),
4. 'at-Tahrir' oleh al-Kamal bin al-Hammam (w861h),
5. 'Musalam as-Thubut' oleh Muhib ad-Din bin Abd as-Shukur (w1119h).

Kemudiannya, pada kurun ke-lapan hijrah munculnya Imam Abu Ishak as-Shatibi (w790h) yang membuat satu lagi jalan baru dalam ilmu Usul Feqh di dalam kitabnya yang berjudul 'al-Muwafakat'. Iaitu jalan Makasid, dimana ianya menitikberatkan hikmah, objektif dan tujuan pensyariatan.
Di antara karya-karya yang didapati dalam jalan ini :

1. 'Makasid as-Syariah al-Islamiah' oleh Muhammad At-Tahir bin 'Asyur (w1975m),
2. 'Mahasin as-Syariah al-Islamiah wa Makarimuha' oleh 'Allal Al-Fasi (w1394h),
3. 'Dhawabit al-Maslahah fi as-Syariah al-Islamiah' oleh Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti.

Begitulah ilmu ini dari masa ke semasa mendapat pembaharuan dan berkembang, berkhidmat untuk menjaga Islam, agama yang terunggul di muka bumi ini.


000000000000000000000000000000000

Monday, May 24, 2010

taat kepada pemerintah

Gesaan supaya semua muslim jangan perlekehkan perintah Allah dan Rasul supaya taat pada pemerintah

Jangan diikutkan cakap ulama’ yang membolehkan kita menentang dan memperlekehkan pemerintah… Janganlah kita mengambil risiko hanya kerana taat pada ulama’ yang tidak berada didalam kebenaran dan sebenarnya tidak yakin diatas apa yang di fatwakannya. Hayati lah Firman Allah dan Hadis2 Rasulullah saw dibawah ini:

Firman Allah s.w.t.: Wahai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah, ta’atilah Rasul, dan ulil amri (‘pemerintah) kamu. (an-Nisa’ 4: 59)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (r.a.) berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang taat kepadaku, sungguh dia telah taat kepada Allah. Barangsiapa yang derhaka kepadaku, sungguh dia telah derhaka kepada Allah. Barangsiapa mentaati amir (penguasa), sungguh dia telah taat kepadaku. Dan barangsiapa yang menderhakai (menentang) kepada amir sungguh dia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 7137; Muslim, no. 1835; an-Nasa’i, no. 4204, 5525, dari Abu Hurairah r.a.)

Dari Shahih Bukhari:

Volume 9, Book 88, Number 175:
Narrated Abdullah:
Allah's Apostle said to us, "You will see after me, selfishness (on the part of other people) and other matters that you will disapprove of." They asked, "What do you order us to do, O Allah's Apostle? (under such circumstances)?" He said, "Pay their rights to them (to the rulers) and ask your right from Allah."

Volume 9, Book 88, Number 176:
Narrated Ibn Abbas:
The Prophet said, "Whoever disapproves of something done by his ruler then he should be patient, for whoever disobeys the ruler even a little (little = a span) will die as those who died in the Pre-lslamic Period of Ignorance. (i.e. as rebellious Sinners).

Volume 9, Book 88, Number 177:
Narrated Ibn 'Abbas:
The Prophet said, "Whoever notices something which he dislikes done by his ruler, then he should be patient, for whoever becomes separate from the company of the Muslims even for a span and then dies, he will die as those who died in the Pre-lslamic period of Ignorance (as rebellious sinners). (Fateh-Al-Bari page 112, Vol. 16)

Volume 9, Book 88, Number 178:
Narrated Junada bin Abi Umaiya:
We entered upon 'Ubada bin As-Samit while he was sick. We said, "May Allah make you healthy. Will you tell us a hadeeth you heard from the Prophet and by which Allah may make you benefit?" He said, "The Prophet called us and we gave him the Pledge of allegiance for Islam, and among the conditions on which he took the Pledge from us, was that we were to listen and obey (the orders) both at the time when we were active and at the time when we were tired, and at our difficult time and at our ease and to be obedient to the ruler and give him his right even if he did not give us our right, and not to fight against him unless we noticed him having open Kufr (disbelief) for which we would have a proof with us from Allah."

Volume 9, Book 88, Number 179:
Narrated Usaid bin Hudair:
A man came to the Prophet and said, "O Allah's Apostle! You appointed such-and-such person and you did not appoint me?" The Prophet said, "After me you will see rulers not giving you your right (but you should give them their right) and be patient till you meet me."

Siapalah diantara kita agaknya yang lebih berpegang teguh kepada al Quran and Hadis daripada para sahabat...yang menjadikan kita orang yang memperolehi mandat untuk mengenepikan hadis2 ini...

Hubaya hubayalah wahai sekalian muslimin….

**********************************************************************************

Syarahan lanjut berhubung issue ini diperturunkan dibawah ini:

WAJIBNYA TAAT KEPADA PENGUASA MUSLIM

Dasar pertama: Allah telah memerintahkan kaum muslimin untuk taat kepada penguasanya betapapun buruk dan dzalimnya mereka. Tentunya dengan syarat, selama para penguasa tersebut tidak menampakkan kekafiran yang nyata. Allah juga memerintahkan agar kita bersabar menghadapi kedzaliman mereka dan tetap berjalan di atas sunnah.

Karena barangsiapa yang memisahkan diri dari jamaah dan memberontak kepada penguasanya maka matinya mati jahiliyyah. Yakni mati dalam keadaan bermaksiat kepada Allah seperti keadaan orang-orang jahiliyyah.
1 (Lihat ucapan Al-Imam An-Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: ”Rasulullah r bersabda:
“Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak dia sukai dari penguasanya, maka bersabarlah! Karena barangsiapa yang memisahkan diri dari jamaah sejengkal saja, maka ia akan mati dalam keadaan mati jahiliyyah.” (Shahih, HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dasar kedua yang perlu dipatuhi terhadap pemerintah ialah mengenai bagaimana cara pendekatan yang harus diambil dalam menasihati pemerintah kerana mereka adalah manusia yang berhak menerima penghormatan daripada seluruh rakyat jelata. Islam menyaran umatnya menjauhi sikap khuruj (memberontak, penderhakaan atau lain-lain cara penentangan yang salah). Adanya kesalahan pada diri peminpin, bukan bermakna kita boleh memijak kehormatan mereka. Kita disyariatkan untuk menasihat dan menjelaskan kesalahan mereka dengan cara-cara yang betul, sejajar dengan situasi yang dibenarkan oleh agama. Perbuatan menegur dengan cara penderhakaan atau caci maki yang menimbulkan rasa benci dan marah di kalangan rakyat yang cintakan keamanan adalah sangat ditegah. Teguran yang membina terhadap pemerintah adalah teguran dan nasihat yang ikhlas, bukan berselindungan dengan perasaan hasad dengki atau berbentuk meruntuhkan segala apa yang ada di hadapannya tanpa mengira buruk baiknya atau untung ruginya .

Oleh kerana pemerintah tidak selalunya benar dan tidak mencapai darjat maksum, maka mereka yang ingin menasihatinya atau memperbetulkan kesilapannya perlulah mengikut mekanisme yang dibenarkan oleh syariat. Ini sesuai dengan panduan Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda baginda bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t meredai untuk kamu tiga perkara, antaranya kamu menasihati mereka yang diangkat untuk menjaga urusan kamu.” (Riwayat Ahmad)

Sesunguhnya Allah s.w.t meredai di kalangan hamba-Nya yang dapat menasihati pemimpin supaya bersikap jujur, dan perlulah bermuamalah dengan menjelaskan mana-mana kesalahannya melalui cara yang dibenarkan oleh syariat.
Berhubung perkara ini, Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan umat baginda mengenai tiga perkara penting yang hati orang mukmin tidak sanggup untuk berlaku curang dalam melakukannya.

Pertama, ikhlas beramal kepada Allah s.w.t.
Kedua, dalam menasihati pemerintah,
dan ketiga, dalam kesetiaan terhadap jemaah.

Berhubung perkara menasihati pemerintah ini, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa ingin menasihati sultan (pemerintah) dengan sebarang urusan, janganlah menampilkan kepadanya secara terang-terangan. Tetapi hendaklah memegang tangannya, lalu dibawa ke suatu tempat yang tersembunyi (pada masa itu bolehlah dia menasihatinya secara berseorangan dan jika nasihatnya diterima, maka itulah yang sebaik-baiknya dan kalau tidak, maka dia sudah pun menunaikan tanggungjawabnya sendiri.” (Riwayat Tarmizi)

Daripada hadis tersebut dapatlah difahami bahawa sesiapa yang ingin menasihati sultan (raja) atau pemerintah, tidak harus secara terbuka atau di hadapan umum secara terang-terangan atau di atas pentas di tengah-tengah perhimpunan umum. Demikianlah ajaran yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun, ramai yang lupa kerana keghairahan ingin menonjolkan sebagai jaguh masyarakat di samping bertujuan menarik perhatian ramai supaya disanjung atau dipilih sebagai ketua.

Dasar ketiga ialah kita harus mendengar dan taat kepada penguasa pada perkara yang bukan maksiat kepada Allah. Tidak ada kebaikan bagi masyarakat kecuali dengan jemaah. Dan urusan jemaah tidak akan berjalan lancar melainkan dengan adanya ‘imamah’ (kepimpinan). Dan tidak akan lurus atau bergerak lancar sesuatu kepimpinan kecuali dengan ketaatan. Dalam hal ini Nabi Muhammad s.a.w menegaskan dalam suatu hadis yang bermaksud: ”Barangsiapa taat kepadaku, sungguhlah ia taat kepada Allah. Barangsiapa bermaksiat (melakukan kesalahan dari sisi agama) kepadaku, sungguhlah ia telah bermaksiat kepada Allah. Barangsiapa taat kepada Amir (penguasa), sungguhlah ia taat kepadaku. Dan barangsiapa yang bermaksiat kepada Amir, sungguhlah ia bermaksiat kepadaku.” (Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w pernah ditanya, apakah harus kita memerangi mereka (pemerintah) yang melakukan perkara yang tidak disenangi oleh rakyat dengan pedang atau mengunakan sebarang kekerasan. Nabi s.a.w menjawab menerusi sabda baginda yang bermaksud: ”Tidak, selama ia menegakkan (menunaikan) solat dengan kamu. Ketahuilah, orang yang dikuasai oleh seorang penguasa, dan melihatnya mengerjakan maksiat kepada Allah, hendaknya ia membenci maksiat kepada Allah yang dilakukannya itu dan tetap tidak melepaskan ketaatan kepadanya.” (Riwayat Muslim)

Meskipun apa yang diperintah atau dilaksanakan oleh umarak tidak menyenangkan hati kita, kita tidak sepatutnya menentang atau tidak mahu menerimanya selagi apa yang diperintah dan dilaksanakan itu tidak bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah. Ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w menerusi sabda baginda yang bermaksud: “Seseorang Muslim wajib memperkenankan (menerima) dan taat berkaitan apa sahaja (yang diperintahkan oleh ulil amri), suka atau tidak suka. Tetapi apabila ia (orang Muslim) diperintahkan berbuat maksiat, maka ketika itu tidak boleh diperkenankan (diterima), tidak juga taat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sekian - dipetik dan diulas dari bahan2 media.

Friday, May 21, 2010

melayu yang tak sedar diri - dari melayu angkat

Tuesday, 18 May 2010
Melayu yang tak sedar diri

Sebenarnya malas nak komen pasal PRK Sibu. Entah mengapa hati 'tak minat' sangat.

Tetapi sebagai orang Melayu, Tak tahu apa yang hendak diungkapkan atau ditaipkan bila membaca blog blog Melayu khasnya Penyokong Tegar dan Taksub PAS yang amat Gembira dengan kemenangan DAP tu. Gembiranya mereka MELEBIHI kegembiraan Ahli DAP barangkali!

Tahniah pada PAS!!! Mungkin ramai yang telah pun buat Sujud Syukur. Tidak cukup dengan itu sekarang ada juga yang mula mengikut langkah Bos terulung idola hidup mati mereka memuji-muji LKY of Singapore!!

AstagfirullahalAzim, apa nak jadi dengan orang Melayu?

Bertungkus lumus pemimpin Tanah Melayu sejak belum merdeka hinggalah sekarang, mencuba sedaya upaya untuk kesejahteraan mereka, tapi mereka PURA PURA tak nampak, tidak mahu menerima hakikatnya apatah lagi menghargainya walau dengan seungkap "Terima Kasih" atau pun sekurang-kurangnya, "Kami bersyukur kehadzrat Illahi jadi rakyat Malaysia".

SEGALA Apa disekeliling mereka yang mereka kecapi dari jalan raya yang dipijak tapak-tapak kami mereka, merentasi segala kemudahan lebuh raya yang telah disedia tidak langsung memberi ingatan betapa bertuah jadi rakyat Malaysia dan bukti segala prasarana yang disediakan untuk kemudahan kehidupan mereka. Tidak, mereka tidak nilai ini semua. Dan dari segi keRohanian telah disediakan begitu banyak sekali Masjid dan surau juga tidak dihargai dan disyukuri, malah kalau boleh mahu dicemari. Dicemari dengan hasutan politik, memecahbelahkan lagi orang Melayu. Mengelirukan lagi remaja yang memang amat senang terkeliru.

Ya Allah, Ya Rabb, lindungi lagi kami, anak-anak kami, pemimpin pemimpin Negara kami.

Cabaran hidup buat bangsa Melayu terlalu banyak dewasa ini. Kalau dulu cabaran Kerajaan dan setiap famili adalah lebih pada 'survival' bagaimana nak sama tinggikan orang Melayu dengan orang Cina, khasnya, dari segi kek ekonomi. Tapi hari ini lebih mencabar. Rakyat diajar tidak menghargai apa pun yang Kerajaan sedang lakukan, dan menyulitkan lagi jika orang Melayu sendiri sudah tidak sedar diri mereka, mereka di ajar DAP lebih baik dari UMNO. UMNO yang terang terang telah melakukan segalanya untuk bangsa, Agama dan Negara mereka selama ini.

UMNO tidak sempurna, tidak ada APA PUN yang sempurna dalam dunia ini. Tapi janganlah sampai begitu teruk sekali bersekongkol dengan DAP dan menyokong pula bukan setakat Lim Kit Siang tapi Lee Kuan Yew hanya kerana baru dua tahun lebih berbaik dengan DAP!

Sedarlah orang Melayu, kamu tu Melayu. Janganlah fikir Cina DAP dan LKY tu sayang sangat pada bangsa Melayu. Kalau tak ada DEB yang paling DAP benci selama ini, dapatkah dibayangkan taraf hidup orang Melayu hari ini? Buat Baiklah pada siapa pun, sokonglah tapi biarlah berpada-pada. Buat Jahat jangan sekali, terutama pada yang sebangsa dan seAgama. Ingatlah pada nasib anak bangsa kita untuk 20, 30, 40 akan datang bukan setakat hari ini sahaja..kesianilah mereka. Bayangkan jika mereka hidup pada masa itu dalam tangan DAP. Waliyazubillahminzalik....!!!!!!

Posted by melayuangkat at Tuesday, May 18, 2010

Tuesday, May 4, 2010

agama dan politik

AGAMA DAN POLITIK oleh Prof Dato Dr Ismail Ibrahim

Umat Islam, terutamanya para ulamak, apabila bercakap tentang politik dan Islam, hendaklah tahu membezakan apakah artinya politik dan agama menurut perspektif ajaran Islam yang sebenarnya tentang takrif Islam dan takrif politik itu?
Rasulullah SAW adalah sorang ahli politik, kerana baginda telah mengetuai umat Islam dalam semua urusan pemerintahan, terutamanya setelah membentuk kerajaan Islam di Madinah dalam tahun 622 M. Baginda mengetuai urusan pentadbiran, ekonomi, pertahanan, dan baginda juga sebagai panglima angkatan tentera, serta urusan lain.
Urusan dan tindakan baginda itu adalah tindakan mengenai pentadbiran dan politik pemerintahan negara. Baginda juga memerintah dengan penuh beradab dan sentiasa berpandukan ilmu dan hikmah, sebab itulah baginda tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ahli politik hari ini, ketika "berpolitik" artinya taksub kepada politik partisan, taksub dan fanatik kepada puak dan parti sendiri sahaja, boleh mengutuk dan menjatuhkan hukuman kepada parti lawan dan ahlinya sebagai "sekular" dan sebagainya tanpa memahami pun apakah sebenarnya konsep sekularisme itu.
Sebab itulah juga baginda Rasulullah SAW berucap, berkhutbah dan sebagainya dengan menyentuh isu-isu pemerintahan negara dan urusan rakyat, tetapi baginda tidak pernah berkasar kepada para pengikutnya, baginda sentiasa berlembut dan beramanah dengan ilmu dan hikmah tanpa mengatakan orang lain munafik, jahat, boleh mendoakan untuk kebinasaan parti lawan, dan sebagainya. Kalau berpolitik seperti baginda, maka memang tidak ada larangan untuk digunakan masjid dan sebagainya untuk memandu dan menasihati orang awam tanpa sebarang perbezaan.
Tetapi kalau berpolitik untuk mengata nista, mengutuk dan mencerca, maka jauhilah dari masjid yang menjadi kepunyaan semua orang Islam tanpa mengira parti politik, politik tidak mempunyai tempat untuk orang yang berfahaman politik partisan melulu, politik sempit yang tidak sejajar dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Politik kepartian pada hari ini sebenarnya merupakan politik yang sering disalah gunakan, termasuk oleh para ulamak sendiri, iaitu apabila ianya dijadikan pentas dan platform untuk memusuhi lawan politik, memaki hamun dan melontarkan kata nesta kepada orang lain, iaitu satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.
Oleh itu tak usahlah para ulamak politik, atau sesiapa sahaja orang politik boleh mendakwa bahawa politik pada hari ini sama sahaja dengan politik pada zaman Rasulullah SAW, oleh itu ia juga sama dengan Rasulullah untuk bertindak dalam "kempen" politik, menggunakan masjid dan sebagainya untuk "berpolitik" sedangkan "politik" yang dibawanya adalah "politik kotor" penuh emosi, taksub dan fanatik melulu, terkeluar dari ajaran Islam seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.
Orang ramai tidaklah seharusnya keliru dengan berbagai-bagai fatwa dan ajaran ahli politik taksub kepartian ini, kerana niatnya hanyalah untuk mendapat sokongan untuk politik nya dan partinya, sedangkan orang Islam seluruhnya haruslah juga mengetahui bahawa parti politik itu bukanlah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui Rasulullah SAW yang tidak boleh diingkari, dan ahli politik itu juga bukanlah "Pesuruh Allah" yang tidak boleh di-ingkari juga segala kata-katanya.
Parti politik adalah parti politik buatan manusia yang ada salah dan silapnya, ahli politik kepartian itu juga adalah manusia biasa yang tidak maksum, dan suci, malah mungkin lebeh kotor dari orang lain yang tidak taksub kepartian.
Ingatlah parti politik bukannya agama, dan ahli politik itu bukanlah Nabi atau Rasul. Berhati-hatilah dengan hakikat ini supaya hidup kita juga tidak menjadi sesat dan berdosa.

Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriah, di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim itu suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa agar orang lain tidak menyakiti kamu. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan keatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai saat ini.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak kamu, maka mereka berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh membawa masuk orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak lebih mulia seseorang itu dari yang lainnya kecuali yang lebih taqwa dan amal salehnya.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awaslah, agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lagi agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang aku sampaikan kepada kamu ini. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini, menyampaikan pula kepada orang lain. Ada kalanya orang yang disampaikan kepadanya itu lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang menyampaikan yang mendengarnya terus dariku.


Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.

Sunday, May 2, 2010

Teguh and istiqamah dalam pegangan kepada alquran dan sunnah.

Asas kepada agama islam yang mulia ini ialah pegangan umatnya kepada al Quran dan Sunnah.
Dalam menuruti sunnah ini terdapat pula banyak perbezaan pendapat didalam berbagai aspek amalan dan hukum-hakam agama, yang mana masing2 'mazhab' merasa yakin merekalah yang berada diatas kebenaran.

Berpandu kepada al Quran dan pendapat2 mazhab yang 4 yang termasyhor, saya akan membincangkan didalam blog ini pandangan2 saya keatas beberapa aspek2 agama ini yang mana amalan2nya dinegara ini saya pandang perlu diperbaiki/diperbetulkan.

Pandangan2 ini akan dimuat-turunkan satu persatu apabila saja selesai saya nukilkan nanti.
 

accutane