Saturday, July 17, 2010

Pendirianku

PENDIRIANKU dalam berpolitik dan agama

Aku sentiasanya terasing dari berpolitik…sejak berumur 10 tahun lagi, selagi yang teringat bagiku.

Aku sentiasa menyokong pemerintah negara dan parti politik yang menerajuinya, UMNO. Ini adalah agar aku tidak terjebak kedalam melanggar batas2 larangan keras Hadis yang menegah umat muslimin mengingkari pemerintah. Aku telah mengharungi penghidupan sebagai seorang melayu islam dalam waktu2 sebelum merdeka, juga dalam waktu2 selepas merdeka, dan aku sentiasa amat menghargai usaha UMNO dan pemerintah selama ini dalam memperbaiki semua aspek penghidupan orang Melayu dan taraf ugama Islam di negara ini.

Mereka2 yang menentang UMNO dan kerajaan dengan menonjolkan salahlaku penjawat parti dan kakitangan kerajaan pada hematku telah banyak terlepas pandang dan tak dapat membezakan yang kecil dari yang asas. Sekiranya dibuat perbandingan akan kemajuan2 yang telah dicapai negara berbanding dengan negara2 lain yang menempuh keadaan yang hampir sama dengan kita, nyata2nya keterampilan yang besar telah kita capai selama ini berbanding yang lain.

Saya manganuti firkah ahlul_sunnah_wal jamaah.. iaitu dengan berpegang kuat kepada AlQuran dan Hadis (Sunnah) sebagai pembimbingku selamanya didalam agama ini. Saya berpegang kepada mazhab Shafiee pada sejumlah besar dari hukum hakam agama ini, melainkan dalam perkara2 di mana Shafiee sendiri menyatakan ‘jika terdapat hadis2 yang menyalahi fatwa2ku maka hadis2 itulah fatwaku, dan tinggalkan apa yang aku fatwakan’.

Sebagai seorang yang berpegang kuat kepada alQuran dan Sunnah dalam kepercayaan beragama, undang2 Hudud sebagai yang termaktub didalam alQuran dan dihurai didalam hadis2 adalah hukum yang mesti dianuti dinegara ini. Sekiranya kerajaan negara tidak dapat atau tidak berupaya melaksanakannya, walau atas dasar apa sekalipun, maka kepertanggung jawaban dalam perkara itu adalah terpikul kebahu ahli2 yang memerintah. Walau demikian tidaklah aku akan menjadi penentang kepada kerajaan kerana arahan hadis untuk taat pemerintah adalah tegas dalam hal sebegini.

Aku berpendapat bahawa negara ini tidaklah diperintah sebagai sistem sekular …seperti sistem sekular yang dianuti oleh negara2 barat yang mengasingkan agama dan urusan pemerintahan. Negara ini dalam hematku diperintah mirip ala sekular. Agama Islam sebagai agama rasmi negara dan agama yang dianuti orang2 UMNO tidak memungkinkan penanutan sistem sekular barat yang mengasingkan agama kristian dari urusan2 pentadbiran negara. Kerana Islam itu menyelubungi keseluruhan budaya penghidupan penganutnya.

Agama Islam itu melingkupi keseluruhan penghidupan, sementara urusan2 pemerintahan hanyalah salah satu dari aktiviti penghidupan yang termasuk didalamnya aktiviti2 perniagaan dan lain2 aturcara penghidupan. Kesemua aktiviti2 ini tentunya sentiasa tertakluk dibawah hukum hakam agama.

No comments:

Post a Comment

 

accutane