Friday, May 28, 2010

Contoh ucapan kpd hadirin sebelum mayat dibawa ke kubur

1. Saya menguchapkan berbanyak terima kasih (bagi pihak keluarga si mati) diatas kehadiran tuan2, menyempurnakan sembahyang jenazah dan mendoakan si mati - semoga arwah ini mendapat keampunan Allah dan di masukkan kedalam kumpulan hamba2nya yang soleh.

2. Arwah semasa hidupnya sudah tentu tak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan, dan di akhir2 saatnya berada dimukabumi ini, sangat2 mengharapkan kemaafan dan keampunan dari hadirin dan kenalannya sekalian… sekiranya terdapat salah silapnya sewaktu2 dimasa hidupnya…oleh itu maafkanlah dan ampunkan dia.

3. Sekiranya arwah ini ada menangung hutang, maka diharapkan dapatlah tuan2 memaafkan dan menghalalkannya…jika perlu dipersilakanlah mereka2 yang memberikan hutang supaya membuat tuntutan kepada ahli waris arwah ini selepas ini untuk hutang2 nya dilangsaikan. Tanggungjawab menyelesaikan sebarang hutang2 arwah ini dengan ini adalah diambilalih oleh waris2nya.

4. Pengumuman keduri arwah (jika ada).

5. Sekian, silakanlah membawa arwah ini untuk dikebumikan.

9 comments:

  1. Terima kasih Jauhara, smg penulisan ringkas ini menjadi amal jariah tuan/puan nnt. Izinkan saya untuk mengambil manfaat.

    ReplyDelete
  2. Norizwan Mohammed Dawam

    Terima kasih tuan. Saya mohon kebenaran untuk menggunakan ucapan ini pada hari ini 16/11/2020

    ReplyDelete
  3. Tuan izinkan saya ambil segala ucapan tuan ini, t.kasih

    ReplyDelete
  4. izinkan saya ambil segala ucapan tuan ini, t.kasih

    ReplyDelete
  5. As salam Tuan/Puan...Sy dgn rs rendah diri mohon izin utk copy n paste ucapan ini..TQ Tuan/Puan

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian. Mohon izin digunakan

    ReplyDelete
  7. izinkan saya ambil ucapan tuan ni terima kasih

    ReplyDelete
  8. terima kasih tuan.. mohon izin gunakan info

    ReplyDelete
  9. Mohon keizinan menggunakan ucapan ini. Semoga Allah SWT merahmati Tuan/Puan. Terima kasih.

    ReplyDelete

 

accutane