Friday, May 28, 2010

Hukum mengadakan kenduri arwah

Hukum Kenduri Arwah

Ada dua pendapat di nukilkan di bawah ini - iaitu dilarang / diharuskan:

Yang berhujjah sebagai sesuatu yang dilarang:

Disiarkan pada Mar 09, 2009 dalam kategori Ibadah |
(Post by Budak Perak)

Soalan: Apakah agama menyuruh kita mengadakan kenduri atau jamuan sempena kematian seseorang yang dinamakan dengan kenduri arwah. Sesetengah ‘ustaz’ akan mencerca sesiapa yang tidak mahu buat dan menganggap sesiapa yang tidak buat kenduri arwah macam tidak menghormati mazhab al-Syafi’i. Apakah ini benar?

Jawapan: Sesuatu yang hendak dikaitkan dengan agama ini mestilah mempunyai dalil yang membuktikannya. Dalam masalah jamuan sempena kematian, sahabat Nabi bernama Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali menyebut:

كُنَّا نَرَى الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنْ النِّيَاحَةِ

Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat) (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah; sanadnya sahih)

Berdasarkan kepada hadith, maka kenduri arwah bukan dari ajaran Islam, ia menyerupai perbuatan meratapi mayat yang dilarang oleh syarak. Maka, amalan itu adalah warisan jahiliyyah yang para sahabah elakkannya.

Malang sekali sesetengah pihak menganggap ini merupakan pendapat mazhab al-Syafi’i. Jawapan kita dalam masalah ini;

Pertama: pendapat siapa pun, mazhab apa pun jika berbeda dengan nas Allah dan rasulNya, maka apa yang ditegaskan oleh Allah dan rasul itulah yang diperintahkan untuk kita pegang.

Kedua: karangan para ulama mazhab al-Syafi’i juga menunjukkan mereka tidak pernah menyukai perbuatan ini. Tokoh besar mazhab al-Syafi’i, al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) umpamanya dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab, 5/320, Beirut: Dar al-Fikr.)

Demikian tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i, antaranya al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji menulis dalam kitab mereka: “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati adalah mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya”.

Tambah mereka lagi: “Menyusahkan keluarga si mati dengan membuat makanan dan menghimpunkan orang ramai kepada makanan – seperti yang menjadi kebiasaan di zaman kini - adalah bid’ah yang bertentangan dengan sunnah dengan percanggahan yang amat sangat”. (Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, 1/263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Bahkan kitab-kitab jawi Nusantara juga bertegas dalam masalah ini. Antara apa yang disebut oleh Syeikh Daud al-Fatani dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (Daud al-Fatani, Bughyah al-Talab 2/34).

Demikian juga kenyataan yang sama dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin (m.s 87), al-Syeikh Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi (7/130).

Kata Sayyid Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah: Para imam (ilmuan besar) bersepakat tentang kemakruhan keluarga si mati menyediakan makanan untuk orang ramai lalu mereka berhimpun untuk jamuan tersebut. Demikian itu menambahkan kesusahan dan kesibukan keluarga si mati, juga menyerupai amalan masyarakat jahiliyyah. Ini berdasarkan hadis Jarir: “Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan selepas pengebumian mayat termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat)”.

Sebahagian ulama berpendapat perbuatan ini adalah haram”. (Fiqh al-Sunnah 1/508)

Maka perbuatan mengadakan kenduri sempena kematian adalah bid’ah, menyanggahi sunnah Nabi s.a.w.

ALLAH LEBIH MENGETAHUI

00000000000000000000000000

Yang mengharuskan:

Kenduri arwah hukumnya harus
Posted by: almalakawi | 21 Julai 2009

Kenduri arwah hukumnya harus kerana tiada dalil melarang daripada berbuat demikian. Tidak semestinya suatu yang Rasulullah dan sahabat Nabi tidak lakukan kita tidak boleh melakukannya.

Sumber hukum ialah Al-Quran, Sunnah, Ijmak, dan Qias, tiada pada sumber hukum suatu yang dinamakan pekara ini tidak datang warid daripada salaf, sehinga Rasulullah meninggalkan memperbuat sesuatu tidak dikira semata-mata haram.

Di dalam amalan kenduri arwah ada bersedekah makanan kepada tetamu yang hadir, membaca ayat Al-Quran, berzikir yang mana pahalanya diniatkan untuk simati, maka ini adalah sunat, kerana banyak dalil-dalil yang menyatakan amalan orang hidup boleh menolong orang yang telah mati.

Amalan orang hidup boleh menolong orang mati
Abu Daud dan Bayhaki ada meriwayatkan
كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا فرغ من دفن الميت وقف عليه فقال : “استغفروا لأخيكم وسألوا له التثبيت فإنه الآن يسأ ل “. رواه أبو داود

Adalah Nabi صلى الله عليه وسلم apabila selesai menanam mayat berhenti di atas kubur maka baginda berkata minta ampun sekalian kamu bagi saudara kamu dan do’akan baginya ketetapan, sesungguhnya dia sekarang ditanya.

عَنْ ‏ ‏عَائِشَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ‏ ‏أَنَّ ‏ ‏رَجُلا ‏ ‏قَالَ لِلنَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏إِنَّ ‏ ‏أُمِّي ‏ ‏افْتُلِتَتْ ‏ ‏نَفْسُهَا وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ

Dari Aisyah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا bahawa sesungguhnya telah datang seorang lelaki pada nabi صلى الله عليه وسلم seraya berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal mendadak sebelum berwasiat, kukira bila dia sempat berbicara mestilah ia akan bersedekah, bolehkah aku bersedekah atas namanya?, Rasul صلى الله عليه وسلم menjawab : “Boleh” (Sahih Muslim)

Berkata Imam Nawawi rahimahullah didalam Syarah Muslim :
وفي هذا الحديث أن الصدقة عن الميت تنفع الميت ويصله ثوابها وهو كذلك باجماع العلماء وكذا أجمعوا على وصول الدعاء
“Dan dalam hadis ini (hadis riwayat sahih muslim diatas) menjelaskan bahawa sedekah untuk mayat bermanfaat bagi mayat, dan pahalanya disampaikan pada mayat, demikian pula menurut Ijmak (sepakat) para ulama, dan demikian pula mereka bersepakat atas sampainya do’a”

Maka apabila keluarga si mati menyediakan makanan dengan maksud bersedekah maka hal itu sunat, apalagi bila diniatkan pahala sedekahnya untuk mayat, demikian kebanyakan orang yang kematian kerabat, mereka menjamu tetamu dengan sedekah makanan yang pahalanya untuk si mati, maka hal ini sunat.

Sementara orang ramai yang datang mensedekahkan pahala bacaan Al-Qurann, zikir, dan lainnya bagi si mati kan itu sunat.

عن القرطبي من حديث علي رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من مر على المقابر وقرأ قل هو الله أحد إحدى عشرة مرة ، ثم وهب أجره للأموات أعطي من الأجر بعدد الأموات
Qrtubi ada meriwayat hadis dari Sadina Ali, dia berkata telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم “Barang siapa lalu di perkuburan dan membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali kemudian dia menghadiahkan pahala bacaannya kepada sekelian orang yang telah mati nescaya diberikan kepadanya pahala sebanyak mana bilangan orang yang telah mati”.

قال أحمد بن حنبل : إذا دخلتم المقابر فاقرءوا الفاتحة والمعوذتين ، وقل هو الله أحد واجعلوا ثواب ذلك لأهل المقابر فإنه يصل إليهم ،.
Imam Ahmad berkata apabila kamu berada di perkuburan hendaklah kamu membaca (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَق) ((قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الناسِ dan ( قل هو الله أحد) dan kamu jadikan pahalanya bagi ahli demikian perkuburan maka sesunguhnya pahala itu sampai kepada mereka itu.

Berkata Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim:
والمشهور في مذهبنا أن قراءة القرآن لا يصله ثوابها ، وقال جماعة من أصحابنا : يصله ثوابها ، وبه قال أحمد بن حنبل
Yang mashur pada Mazhab syafie bahawa bachan Al-Quran tidak sampai pahalanya tetapi berkata kebanyakan ulamak syafie “sampai pahala bachan Al-Quran, dan imam Ahmad bin Hambal berkata seperti itu (sampai pahala bachan Al-Quran).

Orang hidup boleh mengantikan puasa orang mati:
Bukhari dan Muslim ada meriwayat hadis:
قال النبي- صلى الله عليه وسلم: “من مات وعليه صيام صام عنه وليه” يعني قريبه،
Bersabda nabi صلى الله عليه وسلم “sesiapa yang mati dan dia ada meningalkan puasa yang wajib atasnya, maka kaum kerabatnya berpuasa ganti bagi pihaknya”.

Kesudahan:
Mengatakan kenduri arwah amalan jahiliah adalah melampau pada menghukum, serta tidak bercermat pada demikian itu.

Setiap hukum yang hendak dikeluarkan biarlah mengikut kaidah (cara) yang betul bukan agak-agak.

Setiap mazhab ada sumber hukum tersendiri.

Pada amalan yang berbentuk fadilat kita dibolehkan beramal dengan hadis yang dhaif (lemah), begitu juga menurut Mazhab Syafie kita dibenarkan beramal kaul yang dhaif, tetapi pada menghukum atau mengeluar fatwa hendaklah dengan kaul yang muktamad.
Kaul marjuh tidak boleh di amalkan. Kaul marjuh di dalam Mazhab Syafie ialah lawan kaul sahih . والله اعلم .

0000000000000000000000000000

No comments:

Post a Comment

 

accutane