Kesahihan solat tasbih
Hadith yang bersabit dengan solat tasbih ialah:
Sabda Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib:
“Wahai Abbas bapa saudaraku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan -sepuluh sifat- jika engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksankan solat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, Kemudian rukuklah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sedang rukuk, kemudian sujudlah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu”
[H.R. Abu Daud]
Sayugia di ingatkan bahawa tiada galakan atau suruhan tentang solat tasbih daripada imam2 mazhab, yang ada hanya daripada ulama2 mazhab selepas imam tersebut.
Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (no:482)dan ibnu Majah (no:1386) dari jalan Abu Rafi’ yang mana dinilai sebagai hadis gharib (pelik) oleh Tirmizi sendiri.Malah berkata Ibnu al-‘Arabi pada mensyarahkan hadis Tirmizi ini dengan mengatakan bahawa ianya adalah hadis dhoif dan tidak ada asalnya pada menilainya sohih dan hasan.An-Nasaie mengatakan hadis ini matruk (ditinggalkan).( Tahqiq Tuhfatuz Zakirin Imam Syaukani oleh As-syaikh Ibrahim Al-Misri , m/s : 223 )
Ibnu Qudamah berkata: “Jika ada orang yang melakukannya maka hal tersebut tidak mengapa, karena solat nawafil dan Fadhoilul A’maal tidak disyaratkan harus dengan berlandaskan kepada hadits sahih” (Al-Mughny 2/123)
Begitu juga hadith2 tentang solat tasbih dinilai dhaif oleh ulama2 hadith terdahulu, dan dinilai sahih atau hasan oleh sebahagian ulama hadith moden.
Secara ringkas berkenaan status hadis solat tasbih, ia dikeluarkan antaranya oleh Abu Daud, at-Tirmizi, Ibn Khuzaimah dan lain2.
Dan hadis solat tasbih ini adalah khilaf antara ulama, ada yg mensahihkannya (sahih li ghairihi), ada yg menghasankannya, ada yg mendhaifkannya dan malah ada yg menyatakan ia palsu.
Dibawah ini adalah antara qaul Imam Huffaz Hadis Salaf al-Mutaqaddimun tentang hadis solat sunat tasbih:
1- Imam Ali ibn Madini: "ia adalah hadis Mungkar" ['Ilal Ali ibn Madini]
2- Imam al-Uqaili: "tiada hadis yg tsabit tntg solat sunat tasbih" - [al-Dhu'afa]
3- Imam Ibn Khuzaimah: Ibn Khuzaimah mendhaifkan hadis ini dgn katanya: "jika benarlah hadis ini sahih (in sahhal khabar) dan sesungguhnya hati ini merasakan sesuatu akan sanad hadis ini" - [sahih Ibn Khuzaimah]
4- Imam at-Tirmizi: at-Tirmizi mendhaifkan hadis ini dgn katanya : "hadis hasan gharib..terdapat beberapa hadis solat tasbih yg disandarkn kpd Nabi akan tetapi tiada satupun yg sahih" - [sunan Tirmizi]
5- Imam Ahmad: "dinaqalkan oleh Ibn Qudamah, ditanya kpd Imam Ahmad adakah beliau melakukan solat sunat tasbih. jawab Imam Ahmad: "tidak sama sekali [lam]", ditanya kenapa?, jawab Imam Ahmad: "tiada satupun dlm bab ini yg sahih" dan kemudian Imam Ahmad menyilangkan tangannya menunjukkan bahawa ianya Mungkar" - [al-Mughni]
Fatwa para ulama' salafi moden
Status solat tasbih ini adalah antara yg paling extensive perbincangannya dlm forum Multaqa Ahl Hadis dan stakat pencarian ana, terdapat lebih 10 thread tntg solat tasbih sahaja. dibawah ini antara fatwa para ulama' salafi moden tentang tarjih antara sahih atau tidak sahih tentang solat sunat tsbih ini, yg dikumpulkan Multaqa' Ahl Hadis:
1- syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni: liqa' (pertemuan) telah diadakan antara Multaqa' dan syaikh al-Muhaddith Syarif Hatim al-Awni, dan telah ditanya kepada syaikh akan solat sunat tasbih, jawab syaikh:
"dan sesungguhnya hadis solat sunat tasbih ianya hadis Mungkar, dan sesungguhnya telah mensahihkan sesetengah ahli ilmu akan hadis ini, dan sesungguhnya telah mendhaifkan hadis ini oleh kelompok(jamaah) ahli ilmu yg lebih berilmu dari kalangan mrk (-فقد ضعفه جماعة هم أعلم منهم-) yg lebih berilmu dari mereka, dan petunjuk yg kuat adalah dgn dhaifnya, dan sesungguhnya ia adalah hadis Mungkar" - www.ahlalhdeeth.com
2- syaikh al-Muhaddith Abdul Aziz Ibn Baaz: "telah khilaf akan ulama' tntg status solat sunat tasbih dan yg benar terpelihara (sawab) adalah sesungguhnya ianya tidak sahih. ianya adalah syadz dan matannya mungkar- والصواب أنه ليس بصحيح لأنه شاذ ومنكر المتن- serta ia bersalahan/bertentangan dengan hadis-hadis sahih yg ma'ruf dari Nabi tntg sifat solat nafilah (solat sunat), solat yg telah disyariatkan oleh Allah kepada hambaNya dlm ruku'nya dan sujudnya adalah tidak seperti ini (tidak seperti solat tasbih), dan yg benar terpelihara (sawab) adalah pendapat yg menyatakan ianya tidak sahih...dan sesungguhnya kesemua sanad2 hadis ini semuanya dhaif, Allah Maha Mengatahui" - www.binbaz.org
3- syaikh al-Muhaddith Soleh al-Fawzan: "sesungguhnya telah membaca (mendapati) kita dlm sesetangaH kitab tntg solat sunat tasbih dan juga tntg khilafnya para 'Aimmah tntg sifatnya, bilangan rakaatnya, dan adakah ia benar/tsabit dari Nabi dan solat nya?...solat sunat tasbih terdapat hadis2 dan yg rajih dari kalangan MAJORITI huffaz adalah meninggalkan kesahihannya (ianya dhaif)-رجَّح كثير من الحفاظ عدم ثبوته - , bahkan berkata Ibn Jauzi ianya adalah dari hadis yg maudhu', ..sesetengah ulama menyatakan ia mustahab/harus..akan tetapi majoiti dari para Muhaqqiq berpendapat bahawa ianya tidak disyariatkan bahkan (ada yg menyatakn) ianya bid'ah, dan hadis2 dlm hal ini tidak tsabit dari Nabi ..(oleh itu sebaiknya) kita mengambil (mengutamakan dan mengamalkan) solat-solat yg telah disyariatkan lagi tsabit (dan tiada khilaf tntgnya) dari Nabi seperti solat tahajjud malam, solat witir, dan memelihara solat2 rawatib antara solat fardhu dan solat dhuha dan sesugguhnya terdapat banyk solat2 nawafil yg tsabit (tanpa khilaf) dari Nabi " - www.alfuzan.net
4- syaikh al-Muhaddith Soleh ibn Uthaimin: "solat sunat tasbih adalah tidak disyariatkan, kerana hadisnya dhaif dan berkata Imam Ahmad bahawa tiada satupan dlm hal ini yg sahih, bahkan Ibn Taimiah menyatakan bahawa ianya palsu dan ia tidak pernah dianjurkan oleh imam mazhab yg empat..." - www.islam-qa.com
5- syaikh al-Muhaddith Soleh al-Munajjid: "terdapat hadis-hadis tntg solat sunat tasbih yg telah disandarkan kpd Nabi yg mana ia dinilai hasan oleh sesetengah ahli ilmu, akan tetapi kebanyakan ahli ilmu menyatakn bahawa ianya dhaif dan solat ini tidak disyariatkan dlm Islam...dan oleh kerana ianya tidak pernah dianjurkan oleh para imam mazhab kita tahu bahawa ianya tidak sahih, keganjilan tntg tatacara solat ini dilakukan iaitu smada 1 kali dlm sehari, atau 1 kali dlm seminggu, atau 1 kali dlm sebulan, atau 1 kali dlm setahun atau 1 kali dlm seumur hidup, ini antara yg menunjukkan bahawa hadis ini tidak sahih, sekiranya ianya disyariatkan maka ianya tentu suatu yg dianjurkan dilakukan secara biasa (seperti mana solat sunat lain) dan seseorang tidak akan diberi pelbagai pilihan cara perlaksanaannya, oleh sebab itu org ramai sepatutnya meninggalkan solat ini, dan Allah Maha Mengetahui.."- www.islam-qa.com
6- syaikh al-Muhaddith Salman Aodah: "yang muktabar dari kalangan 'Aimmah hadis (salaf) seperti Imam Ahmad, Bukhari, Ibn Ma'in, Ibn Madini, Nasaie dan semisal mereka..sesungguhnya hadis2 dlm solat sunat tasbih adalah tidak sahih dari Nabi dan bahkan ianya wahi dan tidak disyariatkan untuk mendirikannya...bahkan disisi (sesetengah) muhaqqiq ianya bid'ah...dan adapun dari sesetengah mutaakhirin yang menguatkan hadis ini dan menghasankannya, maka pendapat (mereka) itu adalah tidak rajih (tidak kuat)..." -www.ahlalhdeeth.com
7- syaikh al-muhaddith Abu Bakr bin Abdullah Abu Zaid: "...dan sesungguhnya telah berpendapat para muhaqqiq untuk meninggalkan pensyariatan (mendhaifkan hadis) solat sunat tasbih antara mereka adalah syaikhul Islam Ibn Taimiah, Ibn Jauzi dan lain-lain, dan juga telah berpendapat dari selain mereka akan (mengambil) pensyariatannya antara mereka adalah alhafiz Ibn Hajar dan Ibn Nasiruddin al-Dimasqi dan lain-lain, dan pendapat yang awal yang meninggalkan pensyariatannya adalah yg benar terpelihara (sawab)..." - www.ahlalhdeeth.com
sekian
Wallah-hu-'alam,
Allah Maha Mengetahui.
''Bertaqlid kepda Manhaj Imam Hadith Salaf (Mutaqaddimun) Dalam Penilaian Status Hadith Adalah Satu Kewajipan''
dari: al-fikrah.net
Thursday, May 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment