Wednesday, May 26, 2010

solat hajat

PERTANYAAN:
Apakah solat hajat itu hukumnya sunnah (dituntut) atau bid'ah?

JAWAPAN:
Menurut para ulama hadis (muhaddis) bahawa semua hadis-hadis tentang solat hajat adalah hadis dha'if (hadis lemah). Tidak boleh mengamalkan hadis lemah walaupun banyak bilangannya.

Mendirikan solat hajat hukumnya adalah bid'ah menurut Imam Bukhari rahimahullah (dan ramai imam-imam hadis yang lain) kerana:
“Setiap rawi yang telah dijelaskan tentang hadis solat hajat adalah merupakan mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.”

Antara hadis yang menjadi hujah pada mereka yang melakukan solat hajat ialah dari Imam Tirmizi, Imam Hakim…

Menurut ulama hadis, hadis2 ini sangat lemah (daif). la dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1/477), oleh Imam Hakim (1/320) dan dikeluarkan juga oleh imam-imam yang lain. Hadis2 ini adalah disampaikan dari jalan Faaid bin Abdullahrahman Abu al-Waruqa, dari Abdullah bin Abi Auf secara marfu'

Imam Tirmizi dalam riwayatnya menjelaskan bahawa:
“Hadis ini gharib (asing), pada sanadnya ada perbincangan (maqal) disebabkan Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan di dalam hadisnya.”
Didapati sanad hadis ini sangat lemah kerana Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan oleh ramai (sejumlah besar) ulama hadis (muhaddis).

Dengan keterangan ini jelaslah bahawa hadis tentang solat hajat sangat lemah kerana telah dilemahkan oleh ramai para ahli (ulama) hadis. Maka melakukan solat hajat adalah perbuatan bid'ah yang diada-adakan kerana tiada keterangan dalil yang sahih yang membolehkannya.

Adapun pengganti solat hajat apabila ada keperluan atau hajat, ialah solat istiharah sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis yang sahih.

(Dipetik dari pelbagai sumber).


Pandangan yang membolehkan solat hajat

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

Walau bagaimanapun mafhum hadis dan dari perlakuan Rasulullah saw serta para sahabat yang tiada pernah diberitakan telah melakukan solat hajat, membawakan tafsiran hadis ini tertuju kepada semua sembahyang baik fardhu maupun sunat yang dilakukan oleh seseorang muslim.

Terjelas bahawa Rasulullah saw apabila memohon sesuatu hajat didalam sembayang2 fardhu berjemaah meletakkan doa yang diamiinkan makmum pada iqtidal selepas ruku’ terakhir sembahyang.

Rasulullah saw juga bersabda bahawa manusia itu paling hampir kepada tuhannya pada ketika ia sujud dan menyarankan agar kita berdoa diketika sujud. Tentunya doa2 yang panjang sayugianya dilakukan tidak semasa sembahyang berjemaah yang boleh menganggu sembahyang seseorang didalam jemaah itu, tetapi dilakukan didalam sembahyang2 sunat seperti sunat rawatib dsb nya.

Wallahu ‘alam.

No comments:

Post a Comment

 

accutane