Saturday, May 29, 2010

menjana kasih kepada Rasulullah s.a.w.

Menjana kasih kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam

Mengenai kisah2 yang disampai dari cerita2 yang diperolehi daripada kitab2 lama, seperti injil dan taurat dsbnya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda agar umatnya mendengarnya dan jangan menyangkal maupun membenarkan.

Kedatangan nabi akhir zaman sangatlah ditunggu2 oleh bangsa Yahudi sejak dari zaman nabi Musa s.a. lagi. Nabi inilah yang diceritakan mereka sebagai Rasulullah…rasul2 terdahulu adalah rasul bagi umat bangsanya sahaja, sementara rasul akhir zaman inilah Rasul bagi seluruh makhluk.

Dialah Rasul yang dinanti2 yang akan membawa umatnya kepada kemenangan dan kebahagian yang hakiki, dunia akhirat, yang amat kasih kepada umatnya dan yang amat disayangi oleh tuhan rabbul’alamin.

Dikatakan diakhirat nanti selepas selesai urusan kira mengira dosa pahala, dan yang masuk syurga telah berada didalam syurga2 nikmat masing2, sementara yang masuk neraka sedang mengalami azab…nabi ini akan meminta untuk menziarahi umatnya yang telah dimasukkan ke dalam neraka. Apabila berita ini di sampaikan kepada neraka, bahawa Rasulullah berhasrat datang menziarahinya untuk melihat keadaan umatnya, menggigillah neraka ketakutan ia mengingatkan bahawa kekasih Allah akan datang kepadanya. Rasulullah telah memerintahkan agar neraka mengeluarkan semua umatnya daripada dalam neraka untuk dibawa masuk kedalam syurga..semua umat nabi akhir zaman ini dimasa itu dikeluarkannya daripada dalam neraka …. melainkan umatnya yang tidak mahu. Umatnya yang tidak mahu ialah mereka yang ingkar terhadap kalimah syhadah la ilaaha illallah….begitu diantara cerita keistimewaan nabi akhir zaman didalam kitab2 lama.

Ulama’ yahudi telah menyembunyikan fakta yang terdapat didalam taurat dan injil apabila sahaja yakin akan perutusan nabi akhir zaman ternyatanya dari kalangan bangasa Arab dan bukan bangsa yahudi. Hingga sekarang ini hanya ulama’ terbesar dari kedua- dua agama kitabiah ini, yahudi dan nasara, yang memperolehi keterangan2 kitab2 mereka yang disembunyikan dari khalayak umum. Khalayak umum mereka tidak mengetahui langsung akan perkara sebenar dan sehingga kini masih yakin dan menanti2 kan perutusan kepada mereka nabi akhir zaman yang mereka sanjungi…..

…melainkan ulama’2 mereka yang ikhlas imannya kepada Allah seperti Abdullah b Salam ra dan Abi Hurairah ra…mereka berdua telah memeluk islam dan menjadi diantara para sahabat yang amat setia dan rela menggadai nyawa dalam mempertahankan Rasulullah s.a.w. untuk meyempurnakan misinya menyampaikan seruan Allah kepada makhluknya.

Didalam kitab hindu juga ada menyebut kisah nabi terbesar dan terulung akhir zaman ini, yang penganutnya masih menanti2kan kemunculannya hingga kini. Dikhabarkan bahawa nabi akhir zaman ini akan merentasi bumi ini dengan kuda terbang bersayap dan menerokai langit tinggi. Alaahai nabi yang mereka tunggu2 telah pun datang dan kembali kepada tuhanNya tanpa disedari oleh puak2 hindu ini…walhal mereka menjadi pula penentang yang keras kasar terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan umat2nya.

Kebesaran dan kemuliaan Rasulullah s.a.w yang telah dianugerahkan Allah dapat kita hayati melalui peristiwa2 yang telah kita ketahui melalui hadis2 sahih dan dari Al Quran sendiri.

semasa perang khandak - ketika menggali parit, para sahabat buntu tidak berupaya memecah 2 batu besar yang menghalangi penggalian parit. Nabi s.a.w. pun diberitahu perkara yang dihadapi. Ketika nabi s.a.w. mengangkat penukul untuk menukul batu, Abu Ayub al Ansari terlihat ikatan batu pada perut yang mulia (cara orang Arab menahan lapar kerana tak makan beberapa hari). Dengan mudah nabi memecah kedua batu2 itu, yang menunjukkan kelebihan kekuatan nabi s.a.w. melebihi umatnya yang kuat2. Bersama kehancuran batu itu nabi s.a.w. di gambar kepadanya oleh Allah bahawa umatnya akan berjaya mengalahkan Parsi dan Empire Rome. Abu Ayub dengan diam2 pulang meminta isterinya menyediakan sedikit roti dan daging untuk menjamu Rasulullah s.a.w. Jamuan sedikit cukup untuk 3/4 orang, namun nabi s.a.w. telah memanggil semua yang hadir kepada jemputan Abu Ayub ra. Nabi mendoakan keatas makanan yang kemudiannya dimakan oleh beratus dari para sahabat yang kelaparan diketika itu.

semasa isra’ - semua rasul2 terdahulu dikumpulkan di masjidil Aqsa sebagai memberi penghormatan kepada pemimpin sekalian rasul2, dan nabi mengimami mereka didalam sembahyang berjemaah menghadap Allah subhana wa taala.

semasa mi’raj - malaikat Jibril telah terhenti dipenghujung langit yang ke-7. hanya nabi s.a.w. sahaja diberi kebenaran dan dianugerah kekuatan untuk melangkaui langit ke-7 untuk sampai ke ‘Arash Allah yang maha agung.

Kita hayati pula kisah para sahabat yang mengalang nyawa mendindingi nabi s.a.w. daripada serangan gabungan bangsa2 arab musrik dipeperang Uhud. Diwaktu tentera islam mengalami saat genting kekalahan… talhah dan saad abi waqas berserta dengan 10 sahabat2 ansar telah bermati2an mempertahankan keselamatan Rasulullah s.a.w. Sehingga Rasulullah patah gigi taringnya, 10 sahabt ansar shahid dan talhah patah tangan kirinya selain luka2 yang banyak diseluruh badan yang dialami oleh saad dan talhah. Itu lah tanda dan bukti kasih para sahabat kepada Allah dan RasulNya…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

sekian sedikit nukilan diantara keistimewaan nabi kita sallallahu alaihi wa sallam….

No comments:

Post a Comment

 

accutane