Friday, May 28, 2010

qiamullail

Qiyamul lail

Qiyamul lail ialah sholat malam. Juga disebut tahajjud. Asalnya dari kata kerja (fi’il) tahajjada, artinya: bangun tidur. Qiyamul lail hukumnya sunnah, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. “Shalat yang paling utama sesudah yang fardhu ialah shalat lail” (HR. Muslim)

Sejarah Qiamullail

Pada awalnya qiamullail wajib bagi Rasulullah dan para sahabat. (surah al-Muzammil 1-10). Namun setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad bagi setiap Umat Islam.

Firman Allah SWT : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (ayat 79 Al-Isra')

Afdhalnya qiamullail ini dikerjakan di rumah. Bahkan semua solat2 sunat lebih afdal dikerjakan di rumah.

Cara Qiamullail Rasulullah s.a.w serta yang diamalkan para Sahabah

Sabda Rasulullah s.a.w. : Sunat malam itu dua, dua rakaat dan apabila subuh sudah hampir berwitirlah satu rakaat.

Diberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa bersembahyang sebanyak 11 rakaat setiap malam dan dikerjakan pada sepertiga malam terakhir, iaini sepertiga yang terhampir dengan waktu subuh. Baginda ada kalanya diriwayatkan bersembahyang dua, dua rakaat dengan salam setiap dua rakaat, sehingga lapan rakaat yang panjang masa berdiri ruku’ dan sujudnya, disudahi dengan 2 rakaat witir - salam, dan satu rakaat lagi - salam. (riwayat ibnu abbas).
Diriwayatkan juga baginda bersembahyang 4 rakaat berserta tashhud dan tahyaat akhir (iaini seperti solat zuhur/asar/isya’), diikuti 4 rakaat lagi sepeti itu, dan disudahi dengan 3 rakaat witir (2 + satu seperti tersebut diatas). (riwayat s. aieshah).

Perlakuan para sahabat ialah dengan bersembahyang sunat malam (sunat tahajjud) dua, dua rakaat dengan salam setiap dua rakaat dan diakhiri dengan sembahyang sunat witir serakaat atau 3 rakaat (boleh dengan 2 salam atau satu salam asal jangan menyerupai sembahyang maghrib).

Sunat malam (qiamullail) yang dikerjakan dimesjid2 Mekah dan Nabawi setiap seperdua terakhir bulan Ramadan dengan berjemaah ialah bersolat sunat malam (sunat tahajjud) 10 rakaat dengan salam setiap 2 rakaat disudahi dengan 3 rakaat witir dengan 2 salam.

Begitulah maksud qiamullail yang juga disebut sembayang sunat malam yang juga disebut sembahyang sunat tahajjud.


Tafsiran lain cara berTahajjud

Tahajjud = Semua sembahyang2 sunat

Tahajjud masa kini ditafsirkan sebagai merangkuli semua sembahyang2 sunat tambahan (nawafil), yang dikerjakan selepas bangkit daripada tidur di tengah malam. Apa jua sembahyang2 sunat yang dikerjakan diwaktu itu adalah tahajjud.

Qiamullail dimasa ini kerap dilakukan dengan berjemaah dimesjid2 dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat Taubat, Hajat, Tahajjud, Tasbih, Witir serta amalan2 seperti membaca Al-Quran , berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.

Cara qiamullail sebegini saya kira di masyhorkan oleh ABIM (angkatan belia islam malaysia) sekitar tahun 70an yang mana sehingga sekarang ini telah berkembang menjadi pengertian termasyhor sebagai apa yang dimaksudkan dengan qiamullail itu.

Tahajjud = Sembahyang Witir

Ada juga kumpulan2 yang mengambil arti qiamullail itu sebagai sembahyang sunat witir yang dikerjakan selepas bangun tidur di tengan malam. Kumpulan ini mengerjakan sembahyang sunat witir sebelas rakaat dengan tiap-tiap dua rakaat satu salam. Manakala rakaat yang terakhir- iaitu rakaat sebelas- dengan satu rakaat satu salam.

Doa Qiyamul Lail

Tidak ada doa khusus setelah qiyamul lail.
Namun demikian terdapat masakini banyak sekali kitab2 doa yang melakarkan doa2 khusus bagai setiap jenis sembahyang sunat. Kesemuanya adalah memohon kepada kebaikan dan tidak mengapa jika diamalkan.

Namun saya tersangatlah teruja kepada sebuah hadis berhubung malam lailatulqadr dimana seorang sahabat telah bertanyakan Rasulullah s.a.w. apakah yang patut beliau pohon sekiranya beliau bertemu dengan malam berkat itu - jawab Rasulullah s.a.w. - bacalah “Allahumma innaka affuwun, tuhibbul affwa, fa’fu anni”.

WalAllahu ‘alam…
( dirujuk dari berbagai sumber )

No comments:

Post a Comment

 

accutane