Friday, May 21, 2010

melayu yang tak sedar diri - dari melayu angkat

Tuesday, 18 May 2010
Melayu yang tak sedar diri

Sebenarnya malas nak komen pasal PRK Sibu. Entah mengapa hati 'tak minat' sangat.

Tetapi sebagai orang Melayu, Tak tahu apa yang hendak diungkapkan atau ditaipkan bila membaca blog blog Melayu khasnya Penyokong Tegar dan Taksub PAS yang amat Gembira dengan kemenangan DAP tu. Gembiranya mereka MELEBIHI kegembiraan Ahli DAP barangkali!

Tahniah pada PAS!!! Mungkin ramai yang telah pun buat Sujud Syukur. Tidak cukup dengan itu sekarang ada juga yang mula mengikut langkah Bos terulung idola hidup mati mereka memuji-muji LKY of Singapore!!

AstagfirullahalAzim, apa nak jadi dengan orang Melayu?

Bertungkus lumus pemimpin Tanah Melayu sejak belum merdeka hinggalah sekarang, mencuba sedaya upaya untuk kesejahteraan mereka, tapi mereka PURA PURA tak nampak, tidak mahu menerima hakikatnya apatah lagi menghargainya walau dengan seungkap "Terima Kasih" atau pun sekurang-kurangnya, "Kami bersyukur kehadzrat Illahi jadi rakyat Malaysia".

SEGALA Apa disekeliling mereka yang mereka kecapi dari jalan raya yang dipijak tapak-tapak kami mereka, merentasi segala kemudahan lebuh raya yang telah disedia tidak langsung memberi ingatan betapa bertuah jadi rakyat Malaysia dan bukti segala prasarana yang disediakan untuk kemudahan kehidupan mereka. Tidak, mereka tidak nilai ini semua. Dan dari segi keRohanian telah disediakan begitu banyak sekali Masjid dan surau juga tidak dihargai dan disyukuri, malah kalau boleh mahu dicemari. Dicemari dengan hasutan politik, memecahbelahkan lagi orang Melayu. Mengelirukan lagi remaja yang memang amat senang terkeliru.

Ya Allah, Ya Rabb, lindungi lagi kami, anak-anak kami, pemimpin pemimpin Negara kami.

Cabaran hidup buat bangsa Melayu terlalu banyak dewasa ini. Kalau dulu cabaran Kerajaan dan setiap famili adalah lebih pada 'survival' bagaimana nak sama tinggikan orang Melayu dengan orang Cina, khasnya, dari segi kek ekonomi. Tapi hari ini lebih mencabar. Rakyat diajar tidak menghargai apa pun yang Kerajaan sedang lakukan, dan menyulitkan lagi jika orang Melayu sendiri sudah tidak sedar diri mereka, mereka di ajar DAP lebih baik dari UMNO. UMNO yang terang terang telah melakukan segalanya untuk bangsa, Agama dan Negara mereka selama ini.

UMNO tidak sempurna, tidak ada APA PUN yang sempurna dalam dunia ini. Tapi janganlah sampai begitu teruk sekali bersekongkol dengan DAP dan menyokong pula bukan setakat Lim Kit Siang tapi Lee Kuan Yew hanya kerana baru dua tahun lebih berbaik dengan DAP!

Sedarlah orang Melayu, kamu tu Melayu. Janganlah fikir Cina DAP dan LKY tu sayang sangat pada bangsa Melayu. Kalau tak ada DEB yang paling DAP benci selama ini, dapatkah dibayangkan taraf hidup orang Melayu hari ini? Buat Baiklah pada siapa pun, sokonglah tapi biarlah berpada-pada. Buat Jahat jangan sekali, terutama pada yang sebangsa dan seAgama. Ingatlah pada nasib anak bangsa kita untuk 20, 30, 40 akan datang bukan setakat hari ini sahaja..kesianilah mereka. Bayangkan jika mereka hidup pada masa itu dalam tangan DAP. Waliyazubillahminzalik....!!!!!!

Posted by melayuangkat at Tuesday, May 18, 2010

No comments:

Post a Comment

 

accutane